Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 15 May 2014

Allah is the best planners...!!!

Terasa frust sangat apabila sesuatu yang di rancang rapi dari awal tiba-tiba terpaksa dibatalkan... terkesima..terkedu..terkelu... walaupun segala kos peruntukkan bukan menggunakan duit sendiri tetapi rasa sedikit kecewa bila usaha sebulan ni punah macam tu je... 

Sesungguhnya aku hanya merancang..Tuhan yang menentukkan.. dan sebagai yang beragama islam aku percaya setiap ketetapanNya...

Akeke..macam besar je kan perancangan yang di buat..walhal tak ada apalah sangat.. saja je nak buat mukadimah yang gempak sikit..hahaha...

Dalam entry lepas aku ada cakap bahawa office aku ada plan nak buat family day di Pulau Perhentian.. BACA SINI .... tapi agak kecewa sedikit bila program ini terpaksa di batalkan... semua perkara dah setel..cuma aku perlu buat bayaran terakhir..dan tunggu masa untuk ke sana pada hari isnin minggu depan...


Aku tak kecewa tak dapat ke sana..sebab aku dah pergi ke sana sebelum nie..tapi yang sedikit terkilan sebab aku dah rancang segalanya... dah booking semuanya... dah plan aktivitinya... tapi nak buat macam mana.. memang tak boleh nak buat apa-apalah... kerja yang ada ni yang lebih penting untuk diselesaikan...


7 comments:

  1. Sorry to hear that..tapi mesti dorang cancel pun atas alasan yang kukuh...mana tau kensel pergi perhentian dorang tukar pergi Krabi ker???hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. Memang frust jugak kan... tapi mesti ada hikmah disebalik tu. Tak pe... lepas ni boleh plan lagi...

    ReplyDelete
  3. hmm..kesiannya. Tapi sekali sekala memang terjadi jugak gitu. Mungkin Dia nak tegur kita sikit..

    ReplyDelete
  4. kita hanya merancang.. in syaa Allah akan ada perkara baik yg akan menyusul kemudian..

    ReplyDelete
  5. tak pe dear :) be strong ye. mayb not now but in the future who knows kan

    ReplyDelete
  6. Bersabarlah Naniey... pasti ada hikmah & kebaikannya tu.. In shaa Allah pasti ada yg lebih baik tu nanti.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  7. Betul tu.... frust bila yang dirancang x jadi... :)

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!