Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 12 May 2014

BUKAN SOMBONG TAPI...

Assalamualaikum...

Bukan sombong tapi tak mahu buka peluang dan ruang.. haa inilah prinsip yang aku pegang dari zaman mula-mula bercitan cintun sehingga kini..dan hingga ke akhir hayat..InsyaAllah.... Kepada yang mempunyai hubungan istimewa.. sama ada kekasih ke..suami ke..isteri ke... sila pegang prinsip ini supaya orang ketiga tak boleh "cross line" dalam hubungan kita... 

Laman sosial dikatakan punca yang paling tinggi berlakunya sesuatu yang tidak diingini dalam setiap perhubungan. Semakin kita aktif dengan laman sosial, semakin besar peluang dan ruang untuk menjemput kehadiran orang ketiga... bermulanya dari perkenalan biasa, sehinggalah bertukar no. telefon... kalau tak ada langkah pertama... maka takkan wujud langkah seterusnya.. kalau tak dimulakan dengan pertukaran no telefon .. takkan ada mesej-mesej yang semakin hari semakin mesra... yang akhirnya boleh menjerumus kita ke lembah kecurangan dengan pasangan masing2..

Laman sosial tidak salah..yang salahnya adalah kita.. cara kita membawa diri semasa bersosial di alam maya adalah amat penting... bagi aku, persahabatan di laman sosial tambah2 lagi dengan lelaki biarlah berlaku di laman sosial sahaja.. aku agak tidak selesa bila baru 2 3 kali berbalas mesej, dah mula tanya soalan peribadi... dah mula minta no telefon... memang aku akan stop kat situ jelah.. terus jadi tak ada minat nak melayan... kalau betul2 nak berkawan, cukuplah sekadar berbalas komen di blog... berbincang sesuatu yang umum di facebook dll... kalau dah mula merebak ke perkara peribadi.. memang aku biarkan macam tu je..tanpa respon apa2..itu tanda aku tak suka..dan tak setuju dengan soalan atau isu yang dibangkitkan... 

Biar orang nak kata kita sombong ke apa..yang penting kita berpegang pada prinsip... tambah-tambah lagi bila dah bergelar isteri orang..memang tak sesuailah nak sambut perkenalan dari lelaki lain... mungkin niatnya ingin berkawan sahaja.. tapi minta maaf.. aku tak akan mula buka ruang itu.. awal2 lagi aku akan tutup... Sudah banyak contoh yang berlaku, perkenalan di facebook hanya sekadar teman biasa..lama-kelamaan bila dilayan... bila mendapat keserasian.. hubungan itu terus berlarutan hingga menghancurkan apa yang dibina sebelum ini... so daripada sesuatu yang tidak diingini berlaku.. seharusnya kita cegah dari awal...

Kepada yang tengah hangat bercinta tu..tambah2 lagi yang bercinta jarak jauh tu.. berpeganglah pada prinsip ini.. InsyaAllah istilah pasang dua..curang... kekasih ada buah hati lain... tak akan timbul... Ingat ya..jangan mula buka ruang.. kalau ada permulaan, mesti ia akan berlarutan... sebelum terjadi apa2 yang tidak diingini..tutuplah ruang itu yaa....

Notakakidantangan: tetiba teringat dugaan bercinta jarak jauh semasa belajar di kampus dulu.. aku di Kedah, kekasih hati di Terengganu... memang jeles tengok student lain couple..pergi kafe ada couple..pergi libraray ada couple.. pergi pusat sukan ada couple..keluar bandar Alor Star pun ada couple dar UUM... jeles tau... aku sesorang je... kalau hati tak kuat, mau juga termakan ayat2 student laki di situ..tapi sempat sedar diri... kekasih hati tengah tunggu..berkat sabar itu.. alhamdulilah.. kekasih hati itu telah 2 tahun selamat bergelar suami kita..akekeke... 


6 comments:

  1. betul tu...baik lelaki atau perempuan, mereka kena tau peranan dan batas pergaulan sebagai rakan media social...lebih2 lagi jika rakan mereka sudah berkhawin atau in relationship...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. btl..sy pun stuju..slalunye pape pun bermula skadar kwn..pastu???

    ReplyDelete
  3. Mmg betul tu setuju.. kepercayaan itu adalah tanggungjawab. Perhubungan rakan biarlah ada batasnya...

    ReplyDelete
  4. stuju., tp jgn blebihan da la., tkut jadi fitnah dan buah mulut orang., huhuhu

    ReplyDelete
  5. Setuju aje..dah banyak kes kan nanie..

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!