Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 24 February 2013

Main Masak-masak jom!!

KETAM GORENG TELOR MASIN

Assalamualaikum...

Dek kerana suka stalker instagram Dato Siti, #ctdk maka terjumpalah resepi baru**bagi aku untuk di cuba.... resepi nie dah lama tapi aku br try lah... mula2 xyakin boleh buat..tapi bila dah tersedia atas meja makan.. heheh ok lah..for the 1st trial kan... sedikit kelam kabut semasa proses masak tu sampai bahan2 yang ditumis boleh hangit..hahahah...


Meh jenguk bahan-bahannya

Ketam bunga - 3 ekor (potong setengah)
Kuning telur masin - 5 biji (direbus)
Bawang putih - 3 ulas (dicincang)
 Cili padi - 8 biji (dicincang)
Tepung kanji - 2 sudu besar)
 Mentega - 2 sudu besa
Susu cair - 2 sudu besar
Daun kari - 5 helai
Garam & lada sulah secukupnya


Part nak tulis cara-cara buat yang paling malas... untuk lebih mudah...i copy n paste je dr blog lain... yang penting cara buatnya sama aje..ya..

Cara membuatnya 

  • Ketam di goreng dulu ya..
  • Gaulkan ketam bersama tepung kanji & goreng di dalam minyak yang banyak. Toskan & angkat. Ketepikan
  • Tumis bawang putih yang dicincang bersama mentega dan kuning telur masin yang juga dicincang dengan api perlahan
  • Masukkan daun kari dan susu cair
  • Masukkan ketam yang digoreng tadi, gaul mesra
  • Perasakan dan sedia dihidangkan



Setelah berperang lebih kurang 45 minit hah...Tadaaaaaa...inilah hasilnya ya....

Neh masakan utk hari nie setelah sebulan xmain masak2... yummmyyy....


Ok babai...next resepi plizz!!!

Friday 22 February 2013

PERKAHWINAN ARTIS PILIHAN ANDA???

EDISI TAKDE KERJA LAGI YA....

Perkahwinan selebriti/artis yang manakan yang paling anda ingati...

Perkahwinan Yang Paling Ditunggu Ramai
Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Mohamed Jiwa (21-08-2006)

Semua terkejut bila Dato Siti ambik keputusan nak kawen dengan Dato' K... pe yang peliknya..biarlah.. asalkan beliau bahagia n xnyusahkan orang2 kampung ...kan..hehe.. Perkahwinan yang menelan belanja lebih kurang 500k, meliputi semua costing..***wow!!!!juling mata aku $ $ $ $ money..money money.... dan hantaran sebanyak RM 22,222.....semoga terus kekal bahagia ya CTDK... xmau cerai berai macam artis lain...



Perkahwinan Yang Diserbu Tetamu Tidak Diundang Paling Ramai
Ziana Zain & Armin Zaharin (2-5-1998)
Antara perkahwinan artis yang paling aku suka...majlis yang xdelah berlakunya pembaziran yang melampau..
Menurut sumber yang aku temui, seramai 15,000 peminat ziana yang tidak diundang telah menyerbu majlis perkahwinan ini..tetapi tetap dilayan baik oleh ahkak ziana sekeluarga... bagus ahkak ziana... the most popular artis yang tidak sombang and tidak berlagak diva....




Perkahwinan Ditaja Paling Singkat
Erra Fazira & Yusry (15-3-2003)

Mengikut feng shui cina..no 3 adalah angka panas....majlis erra n yusry banyak sangat menggunakan angka ....nikah pada 15-3-03, wang hantaran bernilai 33,333.33, entourage pihak lelaki seramai 33 orang dan mereka kena datang pukul 3.30 petang. Malangnya, pasangan Erra dan Yusry mampu bertahan selama tiga tahun sahaja dan bercerai pada 16-6-06... tapi kalau dah bukan jodoh tu..macam2 mana tetap cerai jugak kan... takdir dah semuanya....





Perkahwinan Yang Mempunyai Hantaran Paling TinggiMazuin Hamzah & Pengiran Sufri (11-12-1987)

Kisah cinta penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M yang kecil molek bernama Mazuin Hamzah, umpama kisah dongeng Cinderella yang dilamar putera raja. Pertemuan pertama Mazuin dengan Pengiran Sufri berlaku pada tahun 1987 dan dalam tahun yang sama, Mazuin menggemparkan Malaysia apabila dipinang oleh Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan hantaran bernilai satu juta ringgit.

Tak kiralah bagaimana rupa paras bakal suami atau perangainya, dilamar oleh putera raja dari golongan keluarga diraja paling kaya di dunia, tak rasa nak kahwin pun tiba-tiba jadi rasa. Pada 11 Disember 1987, mereka disatukan secara gilang gemilang di Brunei selepas berbulan-bulan persediaan dilakukan oleh pihak istana. Selepas berkahwin, Mazuin diberi gelaran Pengiran Bini Mazuin dan tinggal di istana. Namun selepas 17 tahun bersama, pasangan ini bercerai dan Mazuin hanya membawa gelaran Hajah Mazuin binti Hamzah sahaja.

*************copy n paste je neh***************


Wednesday 20 February 2013

Kek Kawin Utk Anda!!!



Assalamualaikum.....

Edisi xde kerja boring xtau nak buat apa nak buat kerja memang malas di tambah memang xde mood so aku google cari2 benda yang boleh aku jadikan entry kat blog pada hari ini dan hasil ini yang aku jumpa....

fuhhhh...faham x kalo aku buat karangan tapi xde tanda koma dan noktah.... mesti rasa cam nk hantuk je kepala aku kat dinding kan...haha...

Idea dari aku utk bakal pengantin.... 



Kalo sape2 yang gila glemer sangattt boleh lah buat kek muka n tubuh badan sendiri..kalo tetamu datang dan xjumpa dengan pengantin pon xper..pegi je jumpa kek dia.. mesti akan ckp..ohhh inilah pengantin nye.... akeke****




Ini sesuai sangat bagi pengantin yang gila ketam... eiuuuwww...eiuwwww cam kek berulat je....





Haaaaa..kalo sape2 berjiwa ROCK..bole try tempah kek camnie... mesti budak2 xmerenggek nak makan kek kawin korang....




eeeee kek apa nie?? tapi cute kan..bole lah try..xsalah buat lain dari yang lain kan..walhal ko sendiri pon xde slera nak makan..haha

Kalo nak kek yang meriah...kek ini pon boleh..unik... kalo nak lagi best..korang boleh ukir muka semua ahli keluarga korang n siap bina rumah sekali..n then pacak atas kek neh..mesti gempak kan....







kek camnie pon rare jugak..haha




Bagi aku kek yang palin cantik yang aku jumpa adalah kek perkahwinan penyanyi no 1 negara... harganya pon cantik... kos majlis kawen pon dah menyamai harga kek neh... wakaka...


haaaaa dha tengok kek yang aku kira paling cantik diantara kek2 perkhawinan artis lain.....

haaa???kek kawen aku??? malo nak show off....

hahahha...babai....


Monday 18 February 2013

Perkahwinan ini: Kemana Tujunya??

Artikel iluvislam.com



Sewaktu keinginan yang mendalam untuk bernikah bertandang di hati, kalian anak muda perlu berjuang. Ya, bukan sekadar berusaha, tapi berusaha dengan penuh perjuangan dan kesungguhan untuk menjaga iman dan kehormatan. Berjuang untuk merealisasikan perancangan pernikahan.

Dan dalam masa yang sama pula, syaitan juga turut sama akann berjuang mengagalkan niat kita menghalalkan hubungan, kerana syaitan amat suka dengan kemesraan (kemaksiatan) waktu berpacaran.

Jika telah habis cara dan idea untuk memasuki gerbang pernikahan, apakah pilihan yang kita ada...?

Juga berjuang. Berjuang dan bermujahadah menjaga kehormatan diri samada dengan berpuasa dan pelbagai cara yang munasabah selagimana ianya dapat mengelakkan diri daripada terjerumus di dalam kehinaan tipudaya syaitan. Namun, tetaplah juga bersangka baik dengan Allah, Allah akan memakbulkan doamu pada waktu yang tepat. Teruslah mengisi masa mencari ilmu, beramal, membangun peribadi seorang hamba dan khalifah yang mukmin.

Pada yang telaz melafaz nikah, kini kalian telah menjejak alam pernikahan, yang dahulunya terdorong bernikah kerana ingin menjaga kebersihan hati dan perasaan. Namun, kita terlepas pandang, rupa-rupanya satu bahagian hati terjaga, tapi bahagian hati yang lain masih berperang...

Kita terlupa seketika, ' peperangan' dalam jiwa itu selalu ada...hingga akhir hayat. Selalu kena bermujahadah, di dalam dan di luar pernikahan. Jika dahulu kita hanya menjaga hati sendiri, tetapi setelah lafaz nikah terlafaz, banyak pula hati lain yang perlu dijaga

... jaga hati suami,

... hati mertua,

.. hati ipar duai,

...hati teman-teman yang masih bujang

Saat itu hati telah pun 'terjaga', dan punya teman hidup yang setia, namun ke mana kita hendak bawa pernikahan itu? Adakah Setakat itu sajakah?

Dulu yang saya 'belajar' dari novel-novel cinta, jua romantic movies, banyaknya seperti itulah... 'berjuang' untuk merebut atau mempertahan cinta si dia, dan kemudian 'live happily ever after'.

Andai ada datang masalah.. ya, 'cinta kita' akan kuat untuk menempuh badai gelombangnya. Demikianlah kisah-kisah cinta yang banyak termuat di dalam novel-novel cinta yang mempersona lahirnya.

Tapi alhamdulillah setelah sedikit sebanyak kita belajar dari buku penerang dan petunjuk dari ALLAH – Al Quran- saya mula nampak bagaimana pernikahan saya dan kita akan memberi kesan pada suasana politik antarabangsa dan bagaimana ia akan mempengaruhi iklim dunia.

Wah begitu sekali kah?

Ya. Pernikahan kita bukan berkisar pada gelora jiwa kita sahaja. Ia adalah bagaimana kita memanfaatkan seluruh nikmat dan potensi yang Allah kurniakan untuk cemerlang sebagai hamba dan Khalifah.

Dan 'cinta suci kita' sahaja tidak cukup untuk mempertahankan rumahtangga, apatah lagi untuk pernikahan kita itu memberi nilai tambah pada ummah.

Bagaimana?

Pernikahan yang membangunkan potensi individu

Dulunya, antara niat saya, moga pernikahan yang menyatukan saya dan suami ini tidak lain menjadi wasilah untuk kami menjadi hamba-hamba Allah yang lebih baik, lebih bersungguh mencari keredaan dan keampunanNya.

Namun masa yang berlalu, saya mula berfikir. Kesenangan dan kesulitan yang ALLAH datangkan ke dalam rumahtangga ini, adakah benar-benar meningkatkan keperibadian kita seorang insan?

Apa khabar dengan ilmu kita tentang Allah dan Islam?

Akhlak kita masih di takuk lama atau banyak yang sudah digilap?

Sejauh mana kesungguhan kita memuhasabah dan memperbaiki diri kita dalam melunaskan hak pasangan?

Adakah makin bersemangat untuk beramal soleh dan istiqamah dengannya?

Adakah pernikahan ini benar-benar membawa kita menggantungkan hati dan memperhambakan diri padaNya?

Inilah persoalan yang perlu saya dan kalian jawab, jika benar pernikahan bukan tujuan kehidupan, tapi satu medan besar meningkatkan kesabaran dan ketaqwaan.

Pernikahan yang membangunkan potensi keluarga

Saya dulu tidak terlalu memikirkan soal anak, dan malah saya rasa tidak matang untuk jadi ibu walau jauh di sudut hati, saya ingin melahirkan generasi yang dicintai Allah. Sedar-sedar, dengan izin Allah saya dikurniakan seorang anak yang rasanya begitu pantas membesar. Apa perancangan saya untuk mencorakkan kehidupan anak ini? Bukan kah dia juga kelak ditaklifkan untuk beribadah dan memimpin ummah ke jalan Allah?

Lantas, tiada ada cara lain, saya dan suami harus menyuburkan ilmu dan iman. Agar anak-anak ini turut membesar dalam suasana yang mengenal hakikat kehidupan, mengenal amanah yang datang dengan segala nikmat pemberian tuhan.

Karakter dan pembawaan dirinya akan banyak sekali ditentukan oleh persekitaran yang dicorakkan kami ibu bapanya dan orang-orang terdekat dengannya.

Jika dulu saya bersetuju, bahawa mereka yang bernikah jangan sekadar fikir sampai ke pelamin, tapi hingga ke lampin (anak-anak). Kini saya ingin mengembangkannya, harus kita fikirkan, pernikahan kita yang baru bermula ini, bagaimanakah kelak akan membantu anak-anak kita membina pernikahan yang penuh sakinah, rahmah wa mawaddah?


Pernikahan yang membangunkan ummah

Ummah ini mampu hebat jika setiap keluarga benar-benar menerapkan islam sebagai a way of life. Suami isteri yang berusaha memahami petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah, pastinya akan berusaha untuk mengukir keluarga dengan acuan Islam yang syumul.

Adakah pernikahan kita, keluarga yang kita bina, menjadi batu-bata yang menguatkan bangunan Islam?

Mungkin kita sendiri masih mencari ilmu, kita juga masih kabur keluarga bagaimana yang Islam kehendaki, ....tidak mengapa, langkah yang kita mulakan perlahan-lahan ini, mudah-mudahan mendorong anak-anak untuk kelak sama-sama mendalami ilmu Allah.

Mungkin kita sendiri masih banyak kelemahan akhlak yang perlu diperbaiki> Maka ayuh temanku, kita berganding bahu mencantikkan diri dengan akhlak islami, sebagai ibu bapa, sebagai isteri atau suami, kita saling mendoakan agar insan-insan tersayang turut berada dalam petunjuk tuhan.

Mudah-mudahan dengan terbinanya keluarga yang berusaha menjadikan Islam sebagai cara hidup akan melahirkan generasi ummah yang madaniah pada masa mendatang. InsyaAllah

Pernikahan yang membangunkan mahligai di syurga

Rasul SAW berpesan agar kita selalu berhubung dengan ALLAh SWT, hati yang zikrullah dalam banyak keadaan, boleh memberi kebahagiaan di dunia dan di syurga.

Syurga itu mungkin terlalu jauh untuk kita harapkan dengan banyaknya kelemahan dan kesilapan kita. Namun, usah sekali-kali kita berputus asa dari rahmat Tuhan. Kita mungkin selalu tewas oleh godaan syaitan dan hambatan nafsu dan perasaan, namun sentiasa ada ruang taubat dan kembali pada tuhan.

Khadijah, Fatimah, Asiah dan Maryam.. keimanan dan kecantikan akhlak mereka ayuh kita jadikan teladan. Mereka penghuni syurga, maka merekalah contoh terbaik untuk diikuti bersama. Kepada para suami, sesungguhnya sebaik-baik suami adalah Rasulullah SAW sendiri. Maka contohilah baginda dalam mengurusi keluarga yang tersedia.

Jika kita gembira bahagia dengan pasangan hidup yang Allah takdirkan dengan kita waktu ini, bersyukurlah dengan terus lah mentaatiNya. Berdoa lah agar kemanisan ini bersambung di taman syurga sana.

Jika kita berduka lara dengan jodoh yang ditetapkan Allah, berusaha lah lakukan perbaikan di ruang yang ada. Dan rawatlah hati-hati itu dengan kesabaran dan keimanan yang sebenar-benarnya. Moga ia menjadi asbab juga untuk kita memperoleh pasangan sempurna di syurga...

Justeru, bernikahlah, raikan fitrah yang indah, bangunkan ummah dengan terus mencari ilmu dan redha Allah kerana di situ lah arah perkahwinan ini terbina.



Biodata Penulis

Nurul Adni Adnan dilahirkan 22 September 1984. Puteri sulung ayahbonda tercinta, Adnan Abdul Manap dan Normah Sabar. Anak ketiga dari sembilan beradik. Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kini menetap di Meru, Klang. Telah berumahtangga dan diamanahkan seorang cahaya mata. Beliau berkongsi karya di http://sisi-kehidupan.blogspot.com

happy besday to me..

13/02/2013!!!

Syukur alhamdulilah kerana masih lagi diberi kesempatan utk terus menikmati hidup di dunia yang sementara ini...




Doa Nabi Muhammad s.a.w

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ


“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

( Surah al-Baqarah : 286 )

Sunday 17 February 2013

BR1M oh BR1M

Assalamualaikum...

Proses pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia sedang hangat dijalankan di merata tempat di seluruh Malaysia... waaa senyum2 yaa mak cik makcik..ahkak..ahkak..ahbang..ahbang semua...dapat RM500.. banyak tu... boleh beli macam2 kan... 

Lepas nie harap2 xdelah kes mencuri untuk beli beras..susu..or papejelah untuk isi perut..kerajaan sangat bermurah hati dah... apalagi..ucaplah terima kasih pada PM kita... memang rakyat didahulukan...hoye..hoye...opppsss jgn lupa...UNDILAH BN utk PRU 13... akekeke...

Syarat Kelayakan untuk memohon Bantuna Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
Orang yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
Ketua isi rumah (bapa/ibu/anak) layak terima. Kalau ada anak yang tinggal bersama yang sudah kahwin, anak itu pun layak.
Ibu & bapa tunggal dan bujang yg ada tanggungan juga layak. Warga emas (sebatang kara) juga layak.
dah kenapa pulak aku pampang syarat2 kelayakan permohonan pulak kat sini....

Saja je aku nak baca sampai berpuluh2 kali... aku nak tahu betul2 berkuatkuasa ke syarat2 neh..ataupun sekadar syarat atas kertas untuk penuhkan ruangan dalam  proposal...dari segi undang2 memang masuk tong sampah....

terlebih dahulu aku nak mintak maaf yaa sekiranya komen aku neh bertentangan dengan pandangan/pendapat sesiapa..sesungguhnya ini adalah blog aku..suka hati aku lah nak tulis apa..selagi xmenjatuhkan maruah agama..bangsa dan negara...lalalalalal....

di ingatkan ulasan ini tiada kaitan dengan isu politik yaaa..apa barang main politik.... 

persoalan aku di sini....

Betul ke yang terima BR1M nie pendapatan isi rumah di bawah RM 3000.00...???

Jawapan aku: 

xsemua yang terima BRIM nie gaji di bawah 3k.. 

buktinya:

 kawan2 aku sendirilah...dah sah laki n bini kerja... sama2 graduate U.. tahu2 jelah kalo dah graduate dari U...starting gaji dah berapa kan.. kalo dah campur dua tu dah sah2 lebih... dah tu ramai yang mengaku gaji isi rumah lebih dari 3k tapi memang sengaja mohon..kalu dapat dikira rezeki..kalo xdapat xpelah cuba nasib... haaa ini pengakuan kawan aku sendiri tau... tapi aku memang xkan salahkan mereka lah.... sebab ikan kalo ada depan mata xkan kucing tengok je kan... mesti ngap punya... dalam hal ini, pihak terbabit perlu lah betul2 cek samada pemohon layak ke tak..jangan main lulus je...ingat tu semua duit rakyat... jangan nak bazirkan duit tu..kalo betul2 nak bantu..bantu yang memang memerlukan..kalo nak bagi semua..baik lupuskan je syarat2 kelayakan tu...

BR1M nie perlu diteruskan ke???

Jawapan aku:

Memang perlu tapi dengan syarat hanya untuk golongan rakyat yang betul2 susah sahaja. aku memang xtahu berapa peratus daripada rakyat Malaysia nie yang betul2 hidupnya susah...tapi melihat kepada pemohon yang lulus untuk terima BR1M.. hampir 80% pemohon yang hidupnya tidak terlalu susah..mampu tanggung kehidupan walaupun  xdapat bantuan... yalah, kebanyakkan yang datang ke lokasi pemberian bantuan menggunakan kereta... kalo kanci..mayv..viva or savy ok lah jugak... ni x..ada yang datang siap bawak HONDA CIVIC lagi... Inova... STORM.. paling lekeh pon persona or Saga (aku saksi sendiri di lokasi penyerahan BRIM)..... haiyooo betul2 ssh ke tu?? kalo susah sah2 datang ambik bantuan dengan beskal..jalan kaki...bas or teksi.. 

Memanglah,zaman sekarang nie gaji 1k **kalo keje GoV** dh lulus pinjaman utk kereta...sebab tu ramai yang pakai kereta pegi ambik BR1M...

yaaa jugak ek...

Tapi aku tetap xpuas hati...

.kalo yang pakai kereta tu dah di kira hidup senang...sebab kos utk nk bela kereta lagi tinggi k...minyak+maintanance+service+insurans+cukai.... kalo betul2 xmampu/susah..orang xkan mampu pakai kereta... baik kos bela kereta tu digunakan utk tanggung perbelanjaan dapur...x gtu???

Bagi aku BR1M nie hanya perlu bagi pada golongan yang betul2 miskin... yang kerja kais pagi utk makan pagi..kais petang utk makan petang...

Konpius aku tujuan BR1M ini tuk apa sebenarnya......

ni baru BR1M  utk isi rumah yang RM500...

BR1M utk belia yang gaji bawah 2k tu pe cite plaks..

pe kes nak bagi bantuan...bukan ada tangunggan pape pon..

Halo la...alang2 dh bazir duit rakyat.. pe kata lupuskan hutang PTPTN aku... hurmmm lena sikit aku tdo...
(caittttt...dah hutang pandai2 lah bayar, ketuk kan...)


Rumusan aku yang terakhir: tangan kat dada..mata ke atas...... motiffffffffffff BR1M????~~~~~~

REBONDING Rambut



Assalamualaikum...


Balik kampung hari tu aku sempat mentransformasikan rambut aku yang ala2 sabut kelapa neh . aku buat rebond.. hurmm lurus lah sikit... biar org kata rebond nie byk y buruk tapi aku tekad jugak..ehhh degil btl kan...

ada jugak yang kata rebond nie di kira mengubah kejadian Allah yang boleh jatuh kepada HARAM... tapi bila aku tanya rujuk dari sumber mana..xboleh jawab pulak...

Aku try jugak cari info kat google...tapi semua sumber xdapat menyatakan hukum sebenar... kebanyakkan sumber menyatakan HARUS sekiranya niat dan cara membuatnya HALAL...cth: niat utk cantik depan suami.. n cara: di dandan oleh kaum yang sama jantinannya serta menggunakan produk yang halal...dan juga dilakukan ditempat yang tertutup dimana aurat tidak didedahkan...

Kalau ikutkan syarat tu..aku lulus lah...sebab aku pakai tudung...keluar mana2 pakai tudung...bila d rumah je  free hair.. so memang xde niatlah nak tunjuk kat mana2 yang bukan mahram...

yang kedua, salon yang aku pergi tu owner nye melayu/islam...yang dandan rambut aku neh melayu/islam... tempat operasi memang tertutup dan terhalang dari pandangan orang luar..

RAKYAT MARHAEN: Hukum REBONDING Rambut - Ustaz Azhar Idrus

okk..kalau ada kekurangan...boleh lah bagi info yaaa..aku kureng sikit pasal2 nie... boleh tambah ilmu di dada....




PENJAGAAN RAMBUT REBONDING....

Sia2 jelah kan kalo buat renbond tapi xjaga kan... so aku pon goole lah mencari info....



  • Sejurus melakukan teknik pelurusan, elakkan mencuci rambut selama 3 hari. Ini adalah untuk memastikan krim rebonding tadi telah betul-betul menyerap pada rambut.


  • Elakkan mengikat rambut terlalu kuat.


  • Elakkan menyelit rambut ditepi telinga atau menyepit rambut dengan terlalu lama.



  • Elakkan menggunting rambut cara bertingkat (layer) atau menipiskan rambut yang direbonding terutama selepas 2-3 bulan teknik dilakukan. Ini kerana rambut anda akan mengembang kerana rambut dalam keadaan tidak sama panjang.



  • Elakkan dari kerap mengikat rambut terlalu ketat kerana rambut akan berbekas.



  • Gunakanlah serum setiap hari pada rambut.



  • Pastikan syampu dan perapi anda khas untuk rambut rebonding.



  • Lakukan pupur rambut (D.I.Y.) seminggu sekali.



  • Elakkan mewarna rambut selepas melakukan teknik rebonding kerana rambut akan terlalu kering dan akan rosak (Overprocessed). Jarak waktu yang terbaik untuk mewarnakan rambut selepas rebonding ialah sebulan selepas meluruskan rambut.










Came back to KeyYeLL.... ohhh sunyi sepi blog ini...

Assalamualaikum....

Dah terpampang entry kat bawah "BALIK KAMPUNG "kan... so seminggu jugak lah blog neh tersisih.. hadoiii keciannya kat diary elektronik aku neh...

Duk kt kg mana ada masa nak jenguk benda neh..di tambah pulak dengan line internet yang slow macam siputt vavi kan.. haha

jangan sedih2 ya.. skg tuan tanah dah balik KL... esok dah kerja..so hari nie kalo sempat tuan tanah akan goreng cerita utk dijadikan entry selama seminngu neh...kira cover balik laaa...akeke..

tapi sebelum teruskan menggoreng entry...biarkan saya kemas2 rumah dulu..dah seminggu tinggal rumah..memang berhabuk giler...then nak kena simpan baju2 yang ada dalam beg..then nak kena basuh baju yang bersemadi indah dalam bakul... then nak g mandi...then baru boleh goreng entry...

makkk aiii manyak ny kelija...sempat ke x nk goreng entry neh..kalo en.som dah balik dah sah2 xdpt menggoreng...yalah..dari ngadap pc..baik ngadap muka dia kan... akekeke..

xpe..tuan tanah buat yang mana sempat je yaaa...

ok nanti sambung...

babai....

Thursday 7 February 2013

Baru tahu ke???

Fakta: yaappp baru tau..hehe



1. Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).


2.  simbol Raja pada daun terup melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing: “Ace”= David/Raja Daud ; “Kelawar” = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Hati = Charlemagne/ Raja Prancis ; Diamond =Julius Caesar.



3. Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.




4. Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.


5. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa

6. Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.




7. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.



8. Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.



9. Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.



10. Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.


Fakta jugak: nama aku dalam surat beranak ialah : Siti Noorfarani binti Mohd Noor... sebab tu sekolah rendah cikgu2 n kawan2 panggil aku Farani... bila dah ada IC..nama aku ditukar jadi Siti Noorfarini Binti Mohd Noor... cikgu2 panggil Farini..kawan2 panggil naniey..akeke... sehingga kini nama aku kekal seperti dalam ic..n nama itu jugak tercatat pada kad daftar nikah..akekeke.....

konfius x???

xpayah nak konfius sgtlah..zaman dulu biasa la kalo pendaftar salah tulis nama..


Cameron Highlands again!!!


Hari selasa...5hb Februari kena g meeting di Cameron Highlands... jam 10 malam baru bertolak.. lbh kurng jam 4 pagi br sampai....

Ok dah..malas nk ulas lanjut pasal meeting or whatever had happen... juz nak masukkan gambar je..hahahahaha...........

Macam orang xpernah datang sini kan...ecehhhhh sedarlah Naniey..mu dh banyak kali dah naik tanah tinggi neh..xjemu2 lagi ke...ketuk kepala sdiri***



sampai 4 pagi check in di sini..Parkland hotel....

Mata dah nampak katil je kan..tapi sebelum ke acara yang lebih penting...kenalah lakukan perkara yang lagi penting kan...

a) Msj en.Somi..gtau dh selamat sampai...tapi dia xbalas..mayb dh tdo **dah nak kul 4..xkan xtdo lagi kan... xpon dia saja xbalas sbb masih marah lagi..kenapa dia marah..???

b) lepas msj suami..basuh muka..gosok gg...n sembahyang isyak... kul 4 sembahyang isyak ek.. gud naniey... !!


bilik share dengan hazwani.... weeeyyyyy....urghhhhhhh ..sleppyy...jom tido... sempat lagi borak2 dgn wani.... gosip2 je tau kan...

hahaha..layan jelah gambar kat bawah nie...malas nk ckp byk2..kan ada orang skodeng..lain pulak jadinya..wakaaka...


muka ngantokkk....






waiting!!!


ok..lokasi meeting di sini....








dah siap meeting..kita snap2 gambar  ya..




geram tgk bantal nie..nak beli..tapi pk ssh nak buat balik...









strawberry time: aku xbeli banyak pon..sebab dah tahu bila sampai bawah rasanya dah x ok..masam je... so beli dua kotak je.. 1 utk en.somi..1 utk housmate... 




pemilik kedai kata bunga ni tahan sampai 2 tahun... so aku beli lah..kalu seminggu dah rosak..aku akan pulangkan balik yaa...




kaktus..... mmg kesukaan..tapi xleh nak beli sebab ssh nak bawak balik..nanti kita ajak En. somi yaa.. sumbat byk2 dalam waja dia...akeke



Yang paling aku teruja adalah fridge magnet....tiap kali jumpa mesti nak beli... comey2 semuanya...


bunga..bunga..bunga...memang cantik kalo di sini..tapi kalo dah turun bawah..xkan secantik ini... layu je... xsuka.....so xbeli lah...





sebelum balik..jom minum dulu....






dalam jam 6 petang bertolak balik... u know...buat pertama kali aku keluarkan segala isi perot semasa turun..uhhh dasat..xpernah jadi sebelum neh... kenapa ya???

aku pon xtahu..

ok babai....


notakakidantangan: perkara wajib bila aku masuk hotel!!!

1) dah jadi habit aku dah bila masuk hotel perkara yang aku akan cari ialah CCTV..kot2 lah kan ada orang GS..tempat org mana kita tahu kan... mata meliar je cari setiap sudut... toilet pon aku cari jugak..kena cek btl2..dah byk kes kan ada cctv dlm bilik hotel..

2) Cek tingkap...cek kalo boleh kunci ke tak... seram jugak kalo tingkat xleh kunci..masuk orang minyak baru tau..eieewwwww seram...

2) cek air utk diminum.... aku memang kena minum air sebelum tido n selepas baru bgn tido..