Assalamualaikum...
Bersalaman ataupun berjabat tangan adalah memang digalakkan oleh agama, selain mewujudkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain, bersalaman juga boleh mengeratkan hubungan. Namun begitu, bagi seseorang muslim, batas ketikan bersalaman harus di jaga. Adalah haram apabila kita bersalaman dengan bukan muhrim ataupun berlainan jantina.
Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.
Ada juga yang bersalaman apabila keadaan yang mendesak dan tidak boleh dielakkan seperti salam yang dihulurkan oleh klien syarikat yang berlainan jantina. Jika menolak bimbang menjatuhkan air mukanya. Dengan keadaan yang serba salah, salam yang dihulurkan tetap disambut. walaupun niat kita untuk menjaga air muka, tapi tindakan kita itu tetap haram.
- suami
- ayah
- ayah suami
- anak-anak lelaki
- anak-anak lelaki suami
- adik beradik lelaki
- anak lelaki kepada adik beradik lelaki (anak buah lelaki)
- anak lelaki saudara perempuan mereka (anak buah lelaki)
- Bapa saudara dari ibu dan bapa
- wanita-wanita di kalangan mereka
- hamba-hamba yang mereka miliki
- pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
sumber: cahayaislam.net




