Assalamualaikum...
Kehidupan manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang telah dimiliki. Sering sahaja merungut baik yang kaya, apatah lagi yang miskin. Golongan kaya, mahu lagi kaya.. masuk tender projek berjuta-juta.. sanggup bagi rasuah untuk dapatkan sesuatu projek..halal haram sudah tidak dipedulikan, yang penting syarikat mendapat keuntungan berbilion ringgit. Walaupun begitu rezekinya tetap murah walaupun kedang2 terpaksa meggunakan jalan yang bengkok..
Bagaimana pula yang bekerja bertungkus lumus, mencari rezeki halal..pagi dan malam tetapi masih lagi tidak mencukupi untuk menanggung diri sendiri apatah lagi anak isteri. Di manakah silapnya.. Orang kata Usaha tangga kejayaan tapi setelah berusaha siang malam..tapi masih lagi makan pagi kais pagi...kais petang makan petang.. Kenapa rezeki itu susah untuk menjadi miliknya sedangkan sudah berusaha..
Sebenarnya cukup atau tidak rezeki yang diberikan bukanlah bergantung kepada jumlah rezeki yang diperolehinya tapi cara kita untuk menguruskannya...Dalam dunia ini tidak semua bergaji ribu riban.. malah yang bergaji ribu riban itu belum tentu mencukupi sekiranya salah menguruskannya..
Pada hari ini, sepatutnya sudah tiada golongan yang merempat dan mengemis..dengan kemajuan negara peluang pekerjaan sentiasa ada dan pintu rezeki sentiasa terbuka luas.. pendatang asing boleh hidup mewah di negara kita..masakan kita warga tempatan hidup merempat di negara sendiri... lakukanlah apa jua pekerjaan yang halal walaupun ganjarannya sedikit....golongan yang mendapat upah seharian dalam lingkungan RM20 sehari pun ada.. tapi masih lagi mampu untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulilah...Mungkin ada yang anggap dengan RM20 sehari, apa saja yang boleh di beli?? Namun bersyukurlah, walaupun kecil itulah rezeki.. jangan merungut..rezeki datang dari Allah s.w.t.. siapa tahu esok lusa rezeki akan berganda..yang penting teruskan berusaha..
Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :
1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh
Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.
Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. {Istighfar} - sumber : facebook Tanyalah Ustaz




