Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label yang terindah hanya sementara. Show all posts
Showing posts with label yang terindah hanya sementara. Show all posts

Monday, 24 February 2014

YANG TERINDAH HANYA SEMENTARA

Assalamualaikum...

Hari ni masuk bab hiburan sikit!!

Semua orang dah tahu kan kes perceraian yang melanda penyanyi, pelakon, pengacara dan model popular Erra Fazira kan... tapi biarlah, semoga Erra terus tabah menghadapi liku2 kehidupan... 

Yang aku nak cerita neh bukan pasal perceraian itu, memang tak lah kan aku nak jadi Melodi nak ulas panjang isu itu. Aku cuma nak terbitkan rasa "respect" aku pada Erra Fazira neh... dari luaran nampak dia seorang yang tabah (dalaman aku tak tahu, hanya dia dan Allah s.w.t sahaja yang tahu)... sedikit pun tak terkeluar tentang masalah yang dihadapi sehingga meruntuhkan rumah tangga dia walaupun di asak oleh pelbagai soalan dari wartawan.

Kan bagus kalau semua orang macam tu.. tak perlu nak tuding jari antara satu sama lain..sebab masing2 tahu punca sebenar.. tak perlu nak kecoh sana sini..buat kenyataan itu ini di media..biarlah ianya menjadi rahsia peribadi.. tak guna bercerita buruk pada pihak lain.. sebab kita pernah berkonsi hidup dengan dia.. 3 kali Erra gagal dalam perhubungan dan tidak pernah sekali pun dia burukkan ataupun keluarkan kenyataan di media tentang masalah yang mereka hadapi. 

Pihak media pun janganlah nak jadi batu api sangat. tak perlu kot nak buat andaian macam2.. tuan punya badan pon tak komen apa2..

Peminat pun jangan nak buat andaian yang bukan2... siapalah kita nak "jugde" nasib yang menimpa orang kan.. 

Semoga Erra terus tabah... tahniah Erra..anda sememangnya berjaya meletakkan diri anda pada kelas tersendiri.. 


antara lagu Erra yang menjadi kegemaran aku dari dulu hingga kini adalah lagu ni..

YANG TERINDAH HANYA SEMENTARA... 

Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tiada hentinya memanjangkan doa
Semoga jiwa ini terus tabah

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali

Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini