Assalamualaikum....
Syukur alhamdulilah hari ini aku masih lagi dipanjangkan umur untuk menikmati usia 28 tahun..
Semoga hidup ini dimurahkan rezeki...diberikan kebahagian ... dikurniakan keberkatan hidup dan mendapat keredhaan daripada Alla s.w.t
Dengan menginjaknya angka usia ini..
- di harap diri mu lebih matang dalam menghadapi segala liku dan cabaran hidup... Lapangkanlah hati Naniey.. pejam mata...lupakan perkara yang telah lalu... bangkit dan terus mengorak ke hadapan.. Dengan kematangan yang ada pada diri sahaja boleh menyelesaikan segala kekusutan secara berhemah..
- Semoga ketabahan akan bersemadi di dalam dirimu Naniey.. hanya itu yang dapat membuktikan bahawa dirimu telah redha dengan segala ketetapan illahi... YAA aku harus lebih tabah... ini jalan hidup yang telah ku pilih.. dan aku harunginya sendiri... Oh hati..berhentilah menangis sendirian.. mata sudah tidak mampu lagi untuk mengeluarkan air mata.. sesungguhnya tangisanmu tiada siapa peduli dan ambil tahu... sedih sendiri..menangis sendiri..pujuk hati sendiri... dah bertahun2 Naniey..takkan tak boleh terima lagi keadaan ini....
- Berazamlah untuk terus mendekati Penciptamu Naniey!! dengan cara ini membuatkan dirimu lebih tenang walaupun di saat itu di bahumu sarat dengan bebanan yang harus dipikul... InsyaAllah... aku tak akan sesekali jauh dariMu ya Tuhan kerana Engkau Maha Besar,,Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
- Bahagiakanlah kedua ibu bapamu Naniey.. kerana jasa mereka terhadap dirimu terlalu besar.. tiada formula yang dapat mengira jumlah pengorbanan mereka. Mereka tiada galang ganti... hilang mereka tak berayah dan beribu lah kamu... bahagiakanlah mereka selagi mereka ada.... Mak Ayah.. memang jasamu di terbalas olehku.. sehingga kini aku masih lagi belum mampu untuk membalasnya walaupun 1%.. ampunkanlah anak mu ini yaa... mohon di halalkan segala2nya... dan doalah kebahagiaan anakmu ini walau dimana berada...
Sesungguhnya dengan umur 28 tahun ini..aku agak kecewa dengan jalan hidup yang dipilih, segalanya masih lagi tidak teratur.. lintang pukang...masih tercari2 rentak kehidupan yang teratur... dalam erti kata lain aku masih lagi GAGAL untuk menguruskan kehidupan sendiri.




