Assalamualaikum....
Minggu lepas aku berpeluang jejak kaki ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang diadakan di KLCC bermula 9-12 April 2014. Semasa menulis neh, showcase itu dah habis dah..hehe... sekarang baru berkesempatan untuk update di blog..
Dah namanya INTERNATIONAL, jadi produk-produk yang dipamerkan pun tentulah datangnya dari pelbagai negara di seluruh dunia dan yang pasti semua produk yang dipamerkan adalah HALAL...
Bagi individu yang terlibat dalam dunia perniagaan retail, katering, wholesale, manufacturing ataupun apajua melibatkan pembelian produk halal dari luar negara, memang digalakkan untuk ke pameran ini.
Kena daftar dulu di kaunter, bila isi borang terus dia print-kan pass pelawat untuk kita... dan aku mewakili syarikat tempat aku kerja..bukan pergi atas urusan peribadi..hiii
Apa yang aku dapat melalui MIHAS ini adalah networking ataupun jaringan untuk mendapatkan produk halal dari negara-negara yang terlibat untuk dipasarkan di sini. Hal ini kerana, produk yang dipamerkan kebanyakkan belum mempunyai pasaran lagi di Malaysia dan tujuan mereka menyertai MIHAS adalah untuk mencari jaringan/ rakan partner untuk memasarkan produk mereka di Malaysia dan seluruh negara.
produk dari Saudi Arabia.. memang terkenal dengan buah kurma..hampir semua booth dipamerkan dengan produk yang berasakan buah kurma..
Selain itu, pengetahuan baru yang aku peroleh adalah mengenai status halal sesuatu produk dari luar negara. Kita sering merasa was-was untuk menggunakan produk yang mempunyai tulisan negara yang mengeluarkan produk terbabit di bungkusan kerana menyangka ianya tidak halal. Contohnya, makanan ataupun produk yang dikeluarkan di Thai, China, Korea dll. Dari dulu sampai sekarang aku tak berapa gemar guna produk dari negara Thai dan China... memang dah set dalam kepala ianya tak halal..dasyatkan...?? tengok tulisan Thai di bungkusan MILO terus tak mau beli kan..hehe..Tapi bila ke pameran ini, aku bertambah yakin bahawa tidak semua makanan ataupun produk luar negara tidak halal, ada juga produk yang halal dan boleh digunakan tanpa was-was..tapi untuk kepastian, silalah cek logo halal di setiap bungkusan produk yaa... dan logo halal adalah berbeza bagi setiap negara. Jangan pula produk yang ada logo halal dari negara Thai, kamu kata tak sah..sebab ianya memang berbeza dari negara kita..hehe...
Produk dari Thailand... ada tulisan thai..dulu2 memang takkan beli...sebab ingat tak halal.. sekarang dah yakin untuk guna dah..akeke...
Logo halal dari negara THAI
Logi halal dari SPAIN
Booth untuk produk tempatan
booth untuk produk korea
Afrika Selatan
Indonesia
Hampir 4 jam aku pusing dalam showcase ini.. semua gerai dari semua negara aku lawati.. kaki lenguh tak perlu cakaplah..memang penat sangat..tapi seronok..sebab dapat kenal pelbagai produk luar negara yang halal...tapi yang best boleh rasa setiap produk yang dipamerkan..sebab ada tester.. 4 jam duk pusing2 tak terasa lapar pun... sebab dah try banyak makanan..hehe
wow...mcm2 ada
ReplyDeleteKN kalau product luar negara yang ada tanda halal tu, KN confident je nak consume. Hehe... best jugak kalau dapat pergi showcase ni boleh menambahkan keyakinan terhadap kehalalan produk luar.
ReplyDeleteBest jugak eh pergi ke MIHAS ni... Hehehe... Dapat la kenal macam2 produk Halal dari pelbagai negara. X pernah pergi pun MIHAS ni...
ReplyDelete*Singgah menabung mr.nuff Zalora. Boleh klik balik sini: Levi's Keep Cool .TQ.
Bestnya kalau dpt pegi MIHAS ni... dapat tau pelbagai produk halal dari serata negara... ^__^
ReplyDeleteThis year tak sempat pergi..tapi memang seronokpun ..kenal & merasa produk dia orang...ada yang memenag best sebab produk-produk tu tak ada kat sinikan..
ReplyDeletekenape macam tak pernah nampak nescafe tin hijau tu yer?>
ReplyDeleteevent nie memang besar kan??dulu pernah jadi exhibitor untuk program nie..memang macam2 barang ada display kat situ...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-