Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 30 April 2014

KAU DAH KENAPA??


Assalamualaikum... 

Kalau anda aktif bersama media sosial seperti facebook dan twitter mesti selalu jumpa dengan golongan yang suka update status..ataupun tweet berkenaan dengan perkara yang menampakkan bahawa dia lah yang paling hebat..paling bagus... paling alim..dan orang tu buat tak kena..orang ni tak patut lakukan itu... Allah bersama aku.. kau akan terima akibatnya nanti ... pedulikan apa orang nak kata, bukan susahkan orang pun....kalau sekali sekala keluarkan status begitu, boleh di terima..mungkin untuk kuatkan semangat diri sendiri... tapi bila hari-hari duk up-status sebegitu.. orang pun mula lah pelik.. KAU DAH KENAPA kan???

Golongan yang macam nie tak tahu lah apa yang dia nak tunjuk dan cuba sampaikan sebenarnya....mesti ada sesuatu yang dipendamkan di sebalik status yang dikeluarkan... Contohnya dia terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan barang berjenama sebab suaminya hanya kerja biasa... berbanding jiran sebelah rumah yang  hanya goyang kaki je kat rumah  tapi setiap bulan dapat shopping barang mewah sebab suami kerja bagus.... secara tak langsung sedikit perasaan iri hati timbul dalam dirinya... untuk sedapkan hati sendiri, maka keluarlah ayat-ayat yang boleh menampakkan dia hebat di mata orang.. walhal hakikatnya dia sedikit kecewa dengan nasib hidup dia... ini sekadar contoh aku jelah... pendapat aku je..kalau anda semua tak setuju..tak apa... 

Seperti yang aku cakap di atas tadi.. tak salah kalau sekali sekala buat macam tu... mungkin untuk kuatkan semangat kita untuk terus  berusaha..tapi bila hari2 up status nak tunjuk diri hebat dalam segala hal..orang pun akan rasa annoying kan?? Bertambah annoying dan menyampahnya apabila kita dapat tahu yang apa yang dia cakap tu amat berbeza dengan keadaan dirinya yang sebenarnya... sekadar keluarkan status untuk sedapkan hati dan mau tunjuk yang diriya hebat sahaja... orang kata "cakap je pandai"

Susah aku nak jelaskan... kalau cakap je senang..tapi nak menulis macam nie..terasa susah sikit nak di huraikan..hehe...

4 comments:

  1. orang macam nie biasanya terdiri daripada orang yang jenis attention seeker..nak orang tengok pahit maung dia jer...pahit maung orang lain dia tak kira plak..hehehe

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. iri hati...penyakit hati,,,,,
    follower #226

    ReplyDelete
  3. Org mcm tu kehidupan dia tak best kot... sbb tu dia sibuk smpi mcm tu sekali... wallahualam...

    ReplyDelete
  4. susah nak diungkapkan orang2 yang macam nie kan...ermmmmm entahlah..kadang2 baca status macam tue rasa kesian...tapi....kadang2........

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!