Assalamualaikum...
Hari ni nak buat entry tentang makanan yang menjadi ketagihan aku kini.. ceh ketagih tu...
Ayam Penyet!!! sebut je namanya dah terbayang2 kerangupan ayam yang berisi lembut serta sambal yang pedas.. memang menjadi feveret aku skg neh... sekarang nie boleh dikatakan tiap2 bulan, malah sebulan tu berkali2 aku akan ke restoren ayam penyet dan lokasi yang paling hampir dengan aku adalah Dapur Penyet di Maju Junction. Semalam pun aku dan kawan seofis terjah Dapur Penyet di Maju Junction... makan xhengat dunia....
Ini Ayam Penyet dari Dapur Penyet, di Maju Junction.
Ayam penyet adalah makanan dari Indonesia yang terdiri daripada ayam yang di penyet supaya isinya jadi lembut, sambal, timun batang, taufu dan tempe goreng. Ayam penyet juga terkenal di sebabkan oleh sambalnya yang pedas yang dihasilkan melalui campuran cili, ikan bilis, tomato, bawang, bawang putih, belacan, asam dan jus lime..
Terdapat pelbagai jenis ayam penyet yang ada di Malaysia nie.. antaranya ialah
a) Ayam penyet Api
b) Ayam penyet AP
c) Ayam penyet Wong Solo
d) Dapur Penyet
e) Ayam penyet ria..
Aku dah pernah cuba Ayam Penyet Api, Ayam penyet Ap.. dan ayam penyet Wang Solo... tapi yang paling best dan terangkat jari adalah Dapur Penyet.. best sangat..makan hingga kenyanglah...



