Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 30 November 2015

PEPERIKSAAN SPA PEGAWAI TADBIR (NEGERI KELANTAN) N41

Assalamualaikum...

Alhamdulilah minggu lepas berjaya menjawab peperiksaan online SPA untuk jawatan Pegawai Tadbir Negeri (Pengambilan bagi Negeri Kelantan) dengan jayanya.. betul ke tak..lulus ke tak..malas nak fikir..yang penting dapat jawab semua soalan tanpa sebarang masalah walaupun kekadang server down dan PC hang..ish ish... sejam sebelum exam tu dah berdebar, bimbang kot sistem jem.. berdasarkan pengalaman kawan2 yang lepas, ramai yang sangkut sebab langsung tak dapat masuk sistem...duk loading je sampai habis exam.. so bila kita dapat jawab semua soalan dah kira syukur sesangat kan... alhamdulilah.. berjaya ke tak ke step seterusnya tu tak payah nak fikir lagi.

Seminggu sebelum peperiksaan tu, kita adalah buat ulangkaji sikit tentang isu semasa..dasar2 negara,..macam2 lagilah yang berkaitan dengan negara. Tapi sedikit kecewa bila tak jumpa perkongsian pengalaman blogger lain yang pernah ambil ujian PTN. Puas google tapi tak ada, yang ada kebanyakkannya pengalaman menjawab exam PTD.. lain tau exam PTN dan PTD.. Nak tahu jugakan bentuk soalan yang keluar tu.. tapi haremmm tak ku temui..hihi... so bila tak jumpa tu, buat pandai2 sendirilah.. dah nama lagi exam SPA, berdasarkan pengalaman exam SPA yang lepas,  so kita assume mesti banyak soalan tentang kenegaraan kan, isu berlaku dalam negara kini, dasar2 yang ditubuhkan,.. politik, ekonomi, sosial, GST, TPPA, DEB, NKRA, MKRA, NBOS semua ada..  2 3 hari duk google pasal ni je... langsung tak jenguk sejarah negeri.



Ujian dimulakan dengan ujian psikometrik... bahagian memang tak ada masalah..just be jadi diri sendiri je. Ujian kedua, Pengajian Am.. Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan pengetahuan am yang berlaku di dalam Malaysia dan luar negara. Tengah jawab exam tu sedikit berkerut muka kita, hampir 80% soalan yang diajukan berkaitan dengan Kerajaan Negeri Kelantan, dan hanya beberapa soalan sahaja yang berkaitan dengan bidang kuasa Kerajaan Perseketuan. adehh laaa.. bukan main lagi kita explore pasal apa yang berlaku di peringkat Kebangsaan tapi tak ada pun soalan yang berupa itu. Seriously, kita memang langsung tak review pasal sejarah Kelantan.. dan langsung tak terlintas dalam fikiran ni soalan banyak soalan yang berkaitan dengan negeri. Kepala hotak pun tak terlintas yang ini adalah ujian SPA pengambilan negeri Kelantan. Kalau tahu dah sah2 sejarah Kelantan kita khatam 3 kali.. hihihi...

Mesti ramai yang anggap..."alah, kan memang asal Kelantan, dari lahir dan dibesarkan di Kelantan, so apa masalahnya"..kan...?? ok, kalau soalan tanya siapa Sultan Kelantan kini, fungsi pejabat daerah, fungsi pejabat ukur tanah, tempat perlancongan di Kelantan, nama2 pantai dll... sure boleh jawab... tapi..tapi bila keluar soal sejarah & asal usul.. xke berkerut dahi mahu jawabnya.

Contoh soalan :

1) Siapakah pengasas pertama yang mula menubuhkan sekolah pondok di Pulai Chondong??
2) Siapakah nama sebenar Tok Kenali
3) Siapakah pencipta lagu Selamat Sultan iaitu lagu rasmi negeri Kelantan?
4) Apakah 4 wilayah Kelantan zaman pemerintahan Pattani?

Nampak senang je kan soalan tu.. tapi kalau dah tak tahu sejarah tu, tak boleh nak jawab jugakkan.. hiii... kalau google tu lain la..sekelip mata je dapat jawapan... hii yang ni sedikit frust.

Bahagian ketiga adalah daya penyelesaian masalah. Bahagian ini biasalah, soalan matematik lah kan.. Bagi kita soalan matematik untuk ujian SPA Negeri sedikit mudah kalau nak dibandingkan dengan ujian SPA untuk Gred 41 yang lain...ianya lebih kepada soalan matematik tingkatan 3..sesiapa yang terror main angka senang je nak skor.. tapi kalau jenis yang memang xreti kira2 macam kita neh..memang tembak menambak jelah kan... nak kira pun tak sempat.. haha...

So kesimpulannya, kepada sesiapa yang akan mengambil ujian SPA negeri, make sure fokus kepada perkembangan negeri itu sendiri... sejarah negeri, asal usul, sistem beraja, undang2 negeri, peranan kerajaan tempatan dll.

Oklah itu sahaja bebelan pada kali ini...

Babaiiiii...



No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!