Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label tips cinta jarak jauh. Show all posts
Showing posts with label tips cinta jarak jauh. Show all posts

Monday, 6 January 2014

TIPS CINTA JARAK JAUH...

Assalamualaikum....

Dua hari lepas, aku ada "chatting" dengan kawan-kawan masa sekolah di "group chatting facebook". Saja tanya khabar kawan-kawan... dari "chatting aku dapat tahu bahawa ada seorang kawan aku neh sekarang tengah melalui Perkahwinan Jarak Jauh... Kawan aku seorang cikgu, sedang mengajar di salah sebuah sekolah di Serawak, manakala suaminya pula berkerja di Kelantan. mereka mempunyai 2 orang anak perempuan yang berusia 2 tahun dan yang bongsu xberapa pasti berapa bulan... Dalam mendengar cerita kawan aku tu, terdetik pulak dalam hati ini bertapa tabahnya kawan aku itu menghadapi cabaran dan dugaan..berjauhan dengan suami dan anak-anak adalah dugaan yang paling berat terpaksa dihadapi oleh seorang isteri dan ibu...


gambar ihsan En. Google

Aku dulu2 pun pernah jugak alami situasi ini..tapi bukan perkahwinan..tapi percintaan jarak jauh..hehehe.. 5 tahun bercinta tak pernah duduk berdekatan walaupun kami satu negeri, satu daerah dan juga pernah satu sekolah.. tamat belajar sekolah menengah aku terus sambung belajar di UUM, Kedah.. si dia pula sertai latihan Bomba dan Penyelamat di Akademi Bomba, Wakaf Tapai.. bila aku dah habis belajar, dan balik kerja di Kelantan, si dia pula dah kerja di Ibu Pejabat Bomba, Putrajaya.. selepas 6 tahun bercinta baru boleh duduk berdekatan.. sebab kami dah kahwin..alhamdulilah... 

Ini adalah tips-tips yang mungkin boleh membantu semua pasangan sama ada yang tinggal sebumbung atau berjauhan. Sama-samalah kita mempraktikkan tip ini dalam hubungan dan membaiki diri ke arah lebih baik. 

• Manfaatkan masa yang ada 

Masa dan peluang yang ada untuk bertemu pasangan perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Elakkan daripada mengeruhkan suasana. Jika ada perkara yang membuatkan anda terasa, cepat-cepat padamkan perasaan itu supaya ia tidak berlarutan.