Assalamualaikum...
Seperti biasa..dalam perjalanan ke tempat kerja yang memakan masa hampir sejam..kalau tak sangkut dgn jem.. dari Sepang ke Masjid Jamek.. celoteh JOHARA akan menemani aku yang kekadang sempat bermimpi dalam kereta..serta En Suami yang keseorangan memandu mengadap jem dan kereta berduyun2 menuju ke pusat bandar. Hari-hari JOHARA akan keluarkan topik untuk dibincangkan bersama pendengar. Pada hari ini topiknya ialah PERKERJAAN YANG PALING HORROR yang pernah anda lakukan..
Tapi entry aku kali nie bukan pasal topik yang dibincangkan pada hari ini..tapi topik pada hari semalam..iaitu BFF ataupun Best Friend Forever..
Berdasarkan tinjauan aku dari beberapa buah blog yang pernah buat entry berkenaan BFF ini.. kebanyakkan ciri-ciri BFF adalah seperti berikut
*Ambil berat tentang anda tapi bukan yang suka jaga tepi kain anda.
*Kawan yang ada bila anda susah dan senang.
*Kawan yang tidak mementingkan harta dan rupa.
*Kawan yang tidak membawa pengaruh buruk kepada kita.




