Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 21 October 2015

Mature sikit boleh tak??

Teruknya jerebu yang menyerang negara kita sekarang... nak keluar rumah pun malas...bau asap, mata pedih, hidung pedih... tapi terpaksa juga keluar sebab bekerja.. kalau isytihar darurat kan best..tayah keluar rumah..tayah datang kerja... hah..thats point "tayah datang kerja".. walhal kalau bukan sebab jerebu pun memang selalu malas nak datang kerja pun kan... 

okesh entry ini tak nak cerita berkenaan dengan jerebu yang sedang menawan seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura.. tapi berkenaan dengan SIKAP.. yaaa sikap kita..sikap anda..sikap saya... !! kekadang kita tak sedar bahawa sikap kita ni terlalu baik.....terlalu ego..terlalu pemurah..terlalu menjengkelkan... dan ter ...terr.. ..haaa banyak terrrr... kita memang takkan sedar selagi orang sekeliling tak menyedarkan kita.....

Alam pekerjaan memang saling memerlukan antara satu sama lain... suka atau tak suka, kita kena berkerja dalam pasukan. So bila bekerja berpasukan kenalah jaga sikap... tolong matang dan profesional, jaga air muka orang.. jangan nak ikut sedap sendiri .. bila kena tegur sentap.. tak mau bercakap..tarik muka masam.. adehhh dah tua dah kan..jangan buat perangai bebudak... Lain lah kalau dekat syarikat awak tu, awak seorang sahaja staffnya.. terpulanglan nak jadi apapun.. jadi hantu ataupun buaya. (eh eh...macam lirik lagu) Ni tak, nak juga tunjuk perangai angin kus kus... nak tegur orang ikut mood... kalau macam tu peel perangainya, macam mana nak duduk semeja nak bincang pasal kerja... rakan kerja lain pun tak selesa... 

oklah, sesiapa kawan blogger ada tips untuk hadapi spesis rakan sekerja yang ada sikap seperti di atas, sila tinggal tip di rauangan komen ya.. nanti boleh amalkan.. tak seronoklah kerja 1 team tapi tak nak bercakap.. sentap tanpa sebab... kita ni bukannya jenis yang suka pujuk memujuk ni... dah awak tak nak cakap dengan kita...kita buat tak tahu jelah..sebab kita memang tahu kita tak salah dan kita tak buat apa2... kalau kita salah, kita akan mintak maaf... lagipun angin kus-kus awak bukan dengan kita je..tapi dengan semua orang awak buat macam tu... haihhh... 

kita tak tahu nak cerita kat siapa, kang bercerita dekat kawan sebelah kan kot dikatanya batu api ataupun dicop mengumpat, yalah takkan nak bercakap pasal rakan sekerja sendiri kan..paling kurang ayat ni je yang keluar "eh si minah tu dah kenapa pulak?"lepas tu masing2 pandang sesama sendiri..then wat hal masing2.. .. so kita ceritalah dekat blog kita...kiranya sebagai luahan perasaan jelah..tak ada niat nak cakap buruk pasai sikap orang..akekeke...

oklah, kita belanja sekeping gambar selfie kat sini... dah lama rasanya tak campak muka sendiri... gambar memang tiada kena mengena dengan cerita di atas..sekadar hiasan sahaja..hihihi


okbaiiiii


1 comment:

  1. kalau Fiza mmg tak layan la.. buat professional.. time kerja kita kerja sama2.. tak de kje buat hal masing2.. hehe...

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!