Gaji banyak tapi xcukup dan cepat habis.. kadang2 xsedar pon kita buat apa dengan gaji tu tetiba je dah habis kan.. tak sampai hujung bulan poket kering.. dah pokai.. dah tu mulalah cakap barang2 skg dah mahal,
jangan salahkan orang yaa... muhasabah diri tu dulu... kadang2 ianya berkaitan juga dengan keberkatan gaji tersebut. kalau gaji tak berkat.. memang xdpt rasa nikmatnya lah kan.. kerja keluar rumah pagi..malam baru sampai rumah.. badan lenguh2.. tapi bila dapat gaji.. dalam sekelip mata je dah habis..
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat.
SUMBER YANG HARAM
- kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya.
TIDAK LAKSANAKAN TUGAS DENGAN IKHLAS/BERSUNGGUH2...
- ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
MASALAH DISIPLIN YANG TERUK
- Melakukan pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.
- So sama2 lah kita nilai sejauh mana berkatnya gaji kita neh eh.... :-P
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!