Assalamualaikum...
Siapa dah tengok filem lakonan Dylan O'Brien iaitu The Maze Runner yang sedang ligat ditayangkan di pawagam2 di negara ini?? best tak?? cuba bagi pendpaat sikit....
Cuti hujung minggu semalam aku manfaatkan sepenuhnya dengan mengunjungi ke GSC Alamanda di Putrajaya untuk menonton filem ini. En. suami buat tempahan tiket melalui online, so tak adalah nak kena beratur untuk beli tiket...just aku je kena beratur sebab mulut gatal nak mengunyah pop corn kan.. adalah dalam 10 minit beratur..hehe...
Meh aku buat sinopsis sendiri...
Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja terperangkap di suatu tempat yang terasing yang dikelilingi oleh dinding batu. Kehidupan mereka bergantung kepada bekalan makanan yang di hantar melalui lift rahsia...mereka telah terperangkap bertahun-tahun lamanya... setiap bulan akan ada orang baru di hantar ke tempat tersebut, sehinggalah kehadiran Thomas yang telah mengubah segala-galanya. Sifat ingin tahu Thomas telah berjaya membebaskan mereka dari dinding batu yang di gelar THE MAZE... sebelum bebas tu tentulah ada pelbagai halangan dan aksi yang mendebarkan..so kalau nak tahu apa dan bagaimana aksi tu..silalah berkunjung ke pawagam berhampiran yaa.. akeke...
Rating aku bagi : 2/5 (kejam tak??)
The Maze Runner adalah buku pertama dalam trilogi fiksi ilmiah dystopian dengan nama yang sama karangan James Dashner. Novel ini diterbitkan pada Oktober 2009 oleh Delacorte Press,Random House dan akan dibuat menjadi sebuah film di tahun 2014 ini oleh 20th Century Fox. The Maze Runner adalah jenis film Science Fiction, drama trailer misteri yang disutradarai oleh Wes Ball dan script oleh Noah Oppenheim dengan Desainer Creature Ken Barthelmey (telah menciptakan konsep desain untuk film ini).
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!