Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 20 May 2014

#SELFIE

Assalamualaikum..

SELFIE..SELFIE..SELFIE.. satu perkataan yang agak popular sejak zaman instagram sekarang nie.. aku sendiri tak tahu apa makna Selfie sebenarnya.. mula2 nak sebut dulu agak kekok... tengok orang upload gambar dengan caption  #selfie... aku agak tertanya2 jugaklah apa maksudnya... biasalah, aku agak ketinggalan sikit perkataan2 zaman milenium, zaman facebook..twitter dsb neh.. akeke... masa tu penggunaan #selfie masih tidak meluas..kebanyakkan aku tengok artis yang banyak guna... so aku pun buat andaian sendirilah bahawa definisi selfie adalah apabila kita mabil gambar sendiri dan di upload di mana2 laman sosial..haaa itulah yang aku faham tentang #selfie...dan sehinggalah sekarang penggunaan semakin meluas dan hampir semua menggunakan #selfie..termasuklah aku..hehe... 

Selfie membawa maksud gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon bimbit atau webcam dan dimuat naik ke dalam laman web.   - sinar harian online

Salah ke kalau nak ber"selfie"??

Jawapan aku..memang sama sekali tak salah..sebab itu hak kita..langsung tiada kaitan dengan sesiapa..ambil gambar guna kamera/telefon kita dan diupload di dalam laman sosial yang didaftar atas nama kita.. tidak menganggu ketenteraman sesiapa pun... 

#selfie penyebab sakit mental??
#selfie penyebab hilang keyakinan diri

Beberapa bulan lepas beberapa akhbar membuat laporan tentang kesan buruk tentang #selfie... mesti ada sebab kenapa akhbar melaporkan sedemikian. Contoh kes akibat terlalu ber-selfie..

KES I
kes yang berlaku kepada seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dari England, Danny Bowman, yang menghabiskan masa hampir 10 jam setiap hari untuk mengambil kira-kira 200 gambar selfie menggunakan telefon bimbit.

Tabiat pelik yang membelenggu remaja lelaki itu yang berlarutan selama tiga tahun akhir memakan diri apabila keadaan tersebut hampir meragut nyawanya. Dia berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan gambar yang diambilnya hingga menyebabkan dia mengalami penyusutan berat badan sebanyak 20 kilogram.

KES II

Thailand, budaya selfie yang begitu popular terutama di kalangan remaja, menyebabkan Jabatan Kesihatan Mental negara itu telah mengeluarkan amaran kepada generasi muda yang terlalu obses.

Kerajaan Thailand berpendapat, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri, di mana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140429/ke_03/Budaya-buruk-selfie#ixzz32DHjZ3m5
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bagi aku, memang tak salah untuk #selfie..tapi berpada-pada.. jangan keterlaluan sehingga menimbulkan rasa benci, meluat dan menyampah kepada orang lain.. dalam sehari sampai berkeping2 gambar selfie kau upload kan..dah tu gaya dan tempat yang sama.... orang yang menegoknya mestilah akan rasa jemu dan muak even kau lawa macam mana sekalipun.... 

Ada perkara yang kita boleh kongsikan..dan ada juga perlu menjadi simpanan peribadi kita... aku suka tengok gambar orang pergi bercuti..sebab pemandangan tempat percutian memang cantik..tapi bila ada aksi yang menjengkelkan dalam gambar tersebut.. memang jadi menyampahlah kan...

Nah, sebagai penutup..aku belanja satu gambar diri sendiri yang tak berapa suka dah ber-selfie sejak usia dah makin bertambah... 



kalau dulu2 pantang jupa kamera/telefon..mesti memori akan full dengan gambar muka aku..sekarang nie susah sikit.. tak berapa suka dah tengok muka sendiri dalam gambar... dah tua agaknya kan..hahaha

ok babaiii....




5 comments:

  1. akk kurang selfie ni...suka amek gambar org je

    ReplyDelete
  2. Selfie ni ok je.. cuma klu terlebih2 je boleh jadi meraban.. semua benda pun mcm tu dlm dunia ni kan.. terlebih tengok tv pun tak bagus, terlebih gula pun tak bagus.. jadi.. sedang2 je.. :D :D

    ReplyDelete
  3. Kita suka jugak ambil gambar sendiri ..tapi tak upload nanti jadi riak ..he..he

    ReplyDelete
  4. K nrl kurang selfie ni... suka tengok gambar orang je :)

    ReplyDelete
  5. bagi saya selfie tu satu benda yang biasa jer..kalau nak kira obses, jangan kata selfie..kalau kita obses beli barang pun boleh menjadi penyakit mental gak kalau tak dibendung..hehehe..as long kena pada keadaan dan mematuhi etika bergambar, saya tak nampak mana silapnya selfie ini..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!