Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 29 November 2013

KESAN PERKAHWINAN BAWAH UMUR

Pagi ini di dada2 akhabar kecoh berkenaan kes penceraian pengantin yang berkahwin pada usia muda dan boleh dikategorikan sebagai bawah umur. Pengantin perempuan baru sahaja 13 tahun dan lelaki berusia 18 tahun ketika dikahwinkan pada penghujung tahun lepas. Punca sebenar penceraian aku xpastilah tapi mengikut laporan akhbar sebab si isteri berkelakuan bukan seperti seorang isteri.. tak masak.. sering keluar rumah..dan tidak menghormati ibu bapa lelaki..

Ermmmmmmmmm di usia 13 tahun apa yang anda expect kan.. xboleh nak salahkan isteri lah.. dah memang usia begitu, pelbagai benda baru hendak diterokaikan dan dia pon belum faham sepenuhnya lagi tanggungjawab seorang isteri yang sebenar…  

Tahun lepas bila kes perkahwinan muda ini heboh, aku dah mula terfikir.. umur 13 tahun boleh ke nak uruskan rumah tangga.. aku masa umur 13 tahun dulu nak makan pon mak yang masak.. baju sekolah basuh sendiri tapi tu pon setelah berkali2 disuruh oleh mak… nak bagitau bertapa xmature nya aku di usia 13 tahun.. ni kan pulak nak kawen.. tapi dah jodoh mereka time tu..so kenalah positif.. gadis sekarang cepat matang..mampu uruskan rumah tangga dengan baik…

Then, pagi tadi terbaca kat muka depan akbhar “The Star” berkenaan penceraian ini… sedih lah.. sabar yaaa bagi kedua2 adik neh ..anda berdua masih muda lagi, banyak lagi yang perlu dipelajari..kadang2 pengalaman mematang kita… kedua2 belah keluarga pon harap bersabar.. hope setel masalah ini dengan baik yaa…

 so disebabkan kes ini aku pon google lah kesan baik buruknya kawen awal.. untuk pengetahuan aku sendiri jugaklah..nanti kalau ada saudara mara.. atau keluarga terdekat nak kawen awal..bolehlah beri pandangan kan…

artikel ini aku ambil dari Harian Metro dengan bantuan en. Google.

Pensyarah Jabatan Psikologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Madya Dr Hariyati Shahrima Abdul Majid berkata, perkahwinan bawah umur juga boleh memberi kesan kepada kesihatan mental, emosi, sosial dan kerohanian remaja.
Menurutnya, antara kesan perkahwinan bawah umur (dan hubungan seks terlalu awal) yang lain ialah:

Keciciran sekolah

 — Kajian juga mendapati remaja perempuan yang aktif melakukan hubungan seks lebih cepat baligh, kurang minat bersekolah dan mula berpacaran pada usia muda.

Perkembangan kemahiran menjaga kehormatan diri terjejas

— kebanyakan remaja tidak tahu bagaimana hendak menolak pelawaan mengadakan hubungan seks, tiada kemahiran menyelesaikan masalah dan belum bijak membuat keputusan.

Dr Hariyati berkata, meskipun sudah baligh, pemikiran remaja belum sampai ke tahap yang membolehkan mereka mengawal emosi, mampu menangani cabaran sebagai suami, isteri atau ibu bapa. Bagi remaja perempuan, mereka mungkin masih belum bersedia menjadi ibu kerana mereka sendiri masih mentah.


Berdasarkan kajian otak yang dijalankan Institut Kesihatan Mental Kebangsaan pada 2000, bagi kebanyakan orang didapati bahagian otak yang terbabit dalam kewarasan alasan, pemikiran logikal, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan kawalan emosi belum berkembang sepenuhnya hinggalah mereka berumur 20 tahun.


Tekanan
— Dalam usia sangat muda, remaja terpaksa berdepan realiti kehidupan, iaitu bukan saja memikul tanggungjawab sebagai suami/ isteri dan bapa/ ibu, bahkan mereka memerlukan kemahiran membuat keputusan, penyelesaian masalah yang berkesan, pengurusan kewangan dan emosi serta keupayaan berkomunikasi dengan baik.


Risiko anak terabai
 — Masalah penjagaan anak selalu menjadi isu yang mendesak, terutama jika pasangan remaja ini perlu bekerja untuk menyara kehidupan. Oleh kerana tidak mempunyai kelulusan (pelajaran), peluang mendapatkan pekerjaan baik juga terbatas, malah gabungan pendapatan suami dan isteri mungkin masih tidak mencukupi bagi perbelanjaan mereka sebulan.

Untuk mengatasi masalah ini, ramai akan bekerja lebih masa atau mencari pekerjaan sampingan. Akibatnya, anak pasangan remaja berisiko mengalami pengabaian, keciciran dan kekurangan zat pemakanan.


Kerap bertengkar dan kemungkinan bercerai

 — Kesukaran hidup antara faktor utama yang membuat ramai orang tertekan. Kekasaran dan keganasan dilaporkan sering berlaku apabila pasangan muda tertekan dan bertengkar. Jika ia kerap berlaku, perkahwinan mungkin tidak dapat bertahan lama.

Penganiayaan

 — Ini termasuk isteri diabaikan dan ditinggalkan sendirian selepas bersalin, bayi tidak dibawa ke klinik untuk suntikan imunisasi. Ada juga kes suami menjual bayi yang baru dilahirkan untuk mendapat wang.

Bagi pendapat saya pula, amalan kahwin awal berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah sebagai jalan pintas yang diambil oleh ibu untuk menyelesaikan masalah sosial atau masalah remaja liar. langkah tersebut adalah bagus, namun begitu ibu bapa seharusnya sedar dan oeka tentang kesan negatifnya pula pada masa depan anak-anak remaja tersebut. langkah kahwin awal bukan penyelesain yang membina tetapi mungkin tambah merosakkan lagi. Jika remaja tersebut masih belum mampu untuk menguruskan diri sendiri, bagaimana nak uruskan suami dan anak-anak kan...

Gadis remaja di bawah umur ini harus diberi pendidikan yang baik agar boleh boleh mematangkan mereka dan memperkasakan diri mereka agar lebih bijak apabila membuat sebarang keputusan? Yang menguatkan jati diri dan keyakinan diri mereka, agar tidak mudah ditipu dan dizalimi orang. Agar dia tahu hak-haknya, hak asasi manusianya, haknya sebagai seorang rakyat dan juga bagi perempuan, hak-haknya sebagai seorang isteri.


3 comments:

  1. dah dengar pasal ni,semuanya saling menyalahkan,hmmmm

    ReplyDelete
  2. Macam2 kan semuanya menyalahkan antara 1 sama lain. Kenapa tak fikir dulu sblm buat.

    ReplyDelete
  3. kan..... semua baik ibu bapa atau anak2 ambik mudah pasal kawen neh.. kalau nak kawen...xmau cerai... rapuh betul institusi perkahwinan skg...

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!