Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 8 November 2013

MERTUA CAMPUR TANGAN!!!

Assalamualaikum!!!
Semalam sempat menonton rancangan Semanis Kurma TV9.. tajuk yang dibincangkan semalam ialah MERTUA CAMPUR TANGAN.. satu topik yang agak menarik yang sangat bersesuaian dengan individu yang sudah berumah tangga dan semestinya mempunyai mertua samada pihak isteri ataupun suami..!!

https://www.facebook.com/SemanisKurmaTv9





Dalam Islam, apabila anak sudah berkahwin, ibu bapa tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga anak-anak kerana dikhuatiri mendatangkan keburukan,”“Perlu diingat mentua tidak boleh masuk campur urusan anak mereka melainkan untuk mendamaikan rumah tangga dan ke arah kebaikan,”
sumber:  Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz (berdasarkan laporan Harian Metro ) -Jumaat 8hb november 2013.
Pendapat peribadi sayalah: mertua xperlu campur tangan dalam hal rumah tangga anak tapi boleh membimbing dan menasihati supaya rumahtangga yang dibina berjaya mengikut landasan agama yang betul!!!
a) Isu berkaitan keagamaan - memang tidak dinafikan kebanyakkan golongan muda agak cetek dalam ilmu keagamaan. masih lagi kabur tentang cara-cara untuk membimbing keluarga mengikut landasan yang betul.. contohnya teguran untuk solat berjemaah.. menantu lelaki kena jadi imam.. didik isteri dan anak2 dengan landasan yang betul, berikan nafkah kepada keluarga dengan cara yang halal dll. 


b) Cara menguruskan rumahtangga - Mertua boleh nasihatkan menantu jika menantu xpandai nak uruskan rumah tangga... rumah xpandai nak kemas.. masak pun jarang2..suami banyak makan kat luar... keluar rumah sesuka hati.. pendek kata walaupun dah kawen tapi perangai tetap macam zaman anak dara. 
Ibu bapa perlu memberi peluang kepada anak-anak untuk menguruskan keluarga mereka mengikut cara dan kemampuan mereka. Sebagai ibubapa dan mertua, biarkanlah, pantaulah dari jauh. Jika apa yang dilakukan oleh mereka melanggar hukum agama dan alam, barulah masuk campur tangan secara berhikmah. Selain daripada itu, cukuplah sekadar memberi nasihat dan pandangan  serta biarkanlah mereka menentukan jalan yang mereka pilih.
Tips menjaga hubungan antara menantu dan mertua 
1) sabar
2) jangan syirik ( jangan syirik2 , Allah marah . Kita kan umat islam , ada senjata rahsia .. " DOA " )
3) doa & jangan tinggal solat
4) pandai jaga isteri , pandai jaga suami
5) cakap lemah lembut sopan santun , hormat
6) kena ada masa untuk mertua ( jangan setahun sekali baru jumpa )
9) buang ego dan saling bermaafan
10) mertua jangan terlalu masuk campur urusan anak-anak
11) cuba faham apa yang mertua dan suka lakukan ( contoh : cuba lakukan aktiviti bersama mertua )
12) sebagai mertua , jangan pilih kasih dalam melayan menantu .
13) layan mertua dengan baik bagaimana kita melayan baik mak kita sendiri .
Al-mukminuun ayat 97






My family in law!!!

3 comments:

  1. Betapalah saya kecewa apabila mertua mencampuri urusan rumah tangga saya sehingga mahu kami bercerai sedangkan tiada masalah sesama suami isteri. Oleh kerana terlalu mengongkong dan mahu mendegar segala katanya, hak saya ditidakkan sebagai suami.
    Tindakan lari dari mereka adalah keputusan kami yg paling tepat untuk kami hidup bahagia tanpa campurtangan.
    In sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hal anda seperti saya sekarang..saya haya berdoa dan tawakal(sabar)..apa seteruhnya wallahhualam..

      Delete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!