Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..
Friday, 14 December 2012
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (P1)
Salam....
Bercinta 10 tahun belum tentu dapat kenal hati budi pasangan..bila dah kawen baru terbongkar semua... then bila xdapat terima sikap sebenar pasangan..mulalah bertekak..then tung tang tung tang... ambil keputusan utk divorce.. ohhh amat rapuh institusi kekeluargaan sekarang kan... simpang malaikat 44 musibah nie jadi pada keluarga aku...
Aku sendiri pon xberani nak komen lebih-lebih pasal nie.. sebabnya umur perkahwinan aku n suami pun masih baru lagi... baru 6 bulan something.. orang kata masih lagi dalam proses untuk menerima dan memahami pasangan even kitaorang dah couple 6 tahun before khawin.. tapi itu tidak menjamin apa2...
bergaduh..bertekak..merajuk..dipujuk.. adalah asam garam dalam rumah tangga. .....kalau xde sedikit selisih faham tu kan pelik pulak. sedangkan lidah lagi tergigit kan.. apalagi suami isteri.. makan semeja..tidur sekatil.. duduk sebumbung..xkan xpernah tercuit hati kan.. mesti ada yang xkena kalau suami isteri xlalui semua nie..aku akui sendiri banyak lagi yang perlu aku belajar soal hidup berumah tangga...
memandangkan aku nie masih baru lagi dalam alam rumahtangga nie... so aku pon google lah..mencari asas2 kebahagiaan rumahtangga..bahan2 bacaan memang banyak membantu.. buku2 kat kedai pon berlambak..tapi kalau nak jimat google jelah.. ada banyak aku jumpa pasal nie..
Yang aku jumpa ni Asas2 Kebahagiaan Rumah Tanggan Oleh penceramah motivasi terkenal Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dan suaminya, Wan Akashah Wan Abdullah
Jom sama2 baca---sama2 ambil pengajaran--sama2 amalkan... insyaAllah bahagia hingga syurga lah kita hendaknya..
Asas 1
Iman dan Takwa
Hanya iman dan takwa boleh membawa pasangan ke syurga untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi. Uji diri adakah kita telah menjalani tanggung jawab sebagai Muslim. Keluar rumah menuju ke pejabat apakah niatnya?
Bagi isteri, jangan salah guna keizinan bekerja yang suami telah beri. Elakkan makan berdua dengan lelaki bukan muhrim begitu juga dengan lelaki. Masing-masing perlu perkukuh iman dan kepercayaan yang telah diberikan, barulah rumah tangga ada asasnya.
Tip dari nabi SAW untuk menjaga kesetiaan ialah jangan sesekali suami atau isteri mendengar rintihan dari rakan yang berlainan jantina dari mereka.
"Ujian datang dalam bentuk kesenangan dan juga kesusahan, jadi kalau iman kita lemah kita pasti akan kalah, untuk menguatkan iman di pejabat, pastikan kita berjemaah di surau pejabat dan isi masa dengan membaca al-Quran.
Asas 2
Kasih sayang, cinta dan rindu.
"Sedihnya dua elemen ini sering berlaku pada zaman bercinta sahaja. Nabi SAW berpesan, kalau kita sayangkan seseorang mesti ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan. Jadi jika ada suami yang mengatakan 'abang sayang, cuma tak tunjuk saja' maka itu tidak patut, kerana nabi ajar suruh tunjuk," tambah Siti Nor Bahyah pula.
Sebagai ibu, haruslah memanggil anak dengan penuh kasih sayang dan panggilan yang baik-baik kerana setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu adalah doa.
"Nabi sendiri pun menunjukkan kasih sayangnya dengan berbaring di atas paha Saidatina Khadijah, jadi mengapa perlu suami sekarang tidak mengikuti perlakuan Rasulullah kalau itu yang menggembirakan hati isteri.
Asas 3
Contohi akhlak Nabi Muhammad SAW, jagalah adab suami isteri serta tingkah laku masing-masing.
Setiap dari anggota yang Allah kurniakan seperti mata, mulut dan hidung semuanya perlu dijaga.
isteri mesti memastikan suami makan dari masakannya supaya berkat. Dari situ makanan yang dimakan itu diyakini kebersihannya, apa yang dimakan menjadi darah daging untuk membentuk insan yang berakhlak mulia.
Asas 4
Amanah dan Tanggungjawab
Amanah dan tanggung jawab perlu dipikul sehabis baik oleh setiap pasangan. Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai pasangan yang secara tidak sengaja mengabaikan masa bersama pasangan atau anak-anak.
"Anak adalah amanah, sebaiknya kita menjaga anak kita sendiri dan tidak perlu menyerahkan tugas tersebut kepada pembantu rumah atau hantar ke pusat jagaan. Kalau pakai pembantu janganlah pula kita membiarkan pembantu mengambil peranan kita sebagai isteri.
Asas 5
Rezeki yang mereka perolehi adalah halal dan diberkati.
"Biar sedikit tapi mencukupi. Keberkatan itu amat penting. Apabila kita bersembahyang kita pasti akan mendapat ketenangannya. Begitu juga dengan kewajipan berzakat yang apabila kita tunaikan pasti kita akan tenang kerana mengikut suruhan Allah,"
Asas 6
Berbuat Baik pada ibu bapa
Pesanan yang paling penting ialah berbuat baiklah kepada ibu dan bapa. "Apabila kita sebagai anak berbuat baik kepada ibu bapa kita, Insya-Allah anak-anak kita akan baik kepada kita dan rumah tangga kita pasti bahagia," ujarnya.
Oleh; Ustazah Nur Bahyah
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm#ixzz2EzZkMuxE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!