Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 20 December 2012

Isteri bukan pembantu suami

Salam..eh pendek sangat...xberapa best pulak..bagi full lah..

Assalamualaikun warahmatullahiwabarakatuh...

Suami sekalian,
Ingatlah isteri adalah amanah yang ALLAH titipkan kepadamu,
seperti juga anak-anakmu yang dilahirkannya.
Maka jika kau tak mampu membuatnya tersenyum,
jangan sakiti hatinya dengan sikapmu.

Jika kau tak mampu membuatnya bahagia,
jangan membuatnya berduka,
dan jika tak mampu membawanya ke syurga-Nya,
janganlah menjerumuskannya kedalam api neraka.
Sekali lagi dia adalah amanah-Nya buatmu,
yang punya hak atas dirimu.
Maka jadikan dia pelengkap hidupmu,
penyempurna agamamu.

Mulianya seorang isteri disisi Allah…
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka
kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka….

Aku terbaca madah nie kat satu blog...so berdasarkan madah nie..aku nak huraikanlah sikit pandangan aku sebagai seorang isteri...

Isteri bukan pembantu suami..atau isteri bukan hamba suami... isteri insan yang diciptakan untuk membahagiakan suami...

so suami2 sekalian tayah lah nak menyuruh isteri anda basuh baju, masak2, kemas rumah, jaga anak, nak makan pon kena isteri hidang, nak minum isteri buat air..seetrika baju.. n pape jelah jenis kerja yang biasanya dilakukan oleh suri rumah. Ambik orang gaji ok... hahahaha...

Panas je bila suami baca statement aku neh kan..akekeke

tak dinafikan isteri memang tidak diwajibkan untuk lakukan kerja2 itu semua.. kalau wajib xdelah bibik2 kt umah banglo2.. rumah2 pak2 menteri, rumah2 VIP..bayangkan Puan Sri Rosmah basuh baju Dato' Sri Najib...memang xterbayanglah kan...haha... kesian pulak bibik dari indon, filipina dll xde kerja kat malaysia neh.. hehehehe... semua kerja dilakukan sendiri oleh isteri2..ouch!!!

walaupun isteri xwajib lakukan kerja rumah..tapi isteri2 sekalian mesti faham dengan sendirilah kan..kebahagiaan semuanya datang dari rumah.. kalau rumah macam tongkang pecah..baju kotor merata sana sini.. pinggan mangkuk xbercuci..suami asyik dihidang dengan masakan indon di warung je..bila masa nak bahagianya.. kalau yang mampu memang semuanya bibik yang uruskan..kalau yang xmampu macam aku neh..tayahlah nak jadi permaisuri sangatlah kat dalam rumah tu... nak harapkan suami..memang idaklah dia kemas n buat semua tu.. dah tersurat yang lelaki memang antonim dengan kerja rumah..

ok wahai isteri2 sekalian..sekiranya anda melakukan semua kerja rumah..jangan anggap diri itu sebagai pembantu..anggap ianya adalah tanggungjawab kita untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan rumahtangga..kalau rumah kotor kita jugak yang xselesa kan..weui..weui..weui...

kalau dah rasa xadil sangat..yalah kita duk terbongkok2 buat kerja rumah..tapi si suami bersenang lenang..bergelak ketawa melayan youtube.. sekali sekali apa kata jempot sekali dia untuk membantu kita.. barulah adilkan.. kerja yang dilakukan bersama2 alan mengeratkan lagi hubungan perkahwinan tau...acecece..pandainya haiii...

"ok aku antara isteri yang bertuah sebab memiliki suami yang ringan tulang tangan untuk membantu isteri dia yang agak pemalas neh....eh..eh..bukan pemalas..tapi kekadang sibuk..haha***senyum sampai telinga lah kalu en. ajemi neh baca entry aku yang nie***... en.somi aku neh rajin jugak kadang2 tlng masukkan baju dalam mesin..tlg jemur baju..tlg sapu n mop lantai ***(rumah abg besar k, saya xlarat sangat nak sapu***)ehehehe~~~~~~~~~~~ TQ abang..hope ianya berkekalanlah..jangan sekarang je rajin menolongnya.. weee~~yang berat sama dipikul..yang ringan sama di jinjing..baru aman rumahtangga..dak gitu abg cygg..****ehehe.."

oklah, yang lain2 tu pk sendirilah yaa...

Si suami pon janganlah melampau sangat nak arah itu n ini... kalau boleh buat sendiri tu cubalah buat sendiri.. jangan nak minum air pon suruh isteri suap..adoyaiii melampau neh...

Untuk isteri pon..ikhlaskanlah apa yang kita buat untuk suami.. bukannya kita buat2 tau..selain meneyenangkan hati suami.. kita juga mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda...

yang panting aku ikhlas apa sahaja yang aku lakukan utk my luvely hubby... ***eh orang kata kalau ihklas xleh cakap.. nanti xikhlas~~~~ahhh apa aku peduli..aku bukan cakap neh, aku jz taip dalam blog je..wehehehehe~~~

ok itu aje..babaiiii....

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!