Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..
Tuesday, 18 December 2012
Bahagia itu Hak Kami...
Malas nak cakap banyak2.. Jz Amalkan 3 benda nie je kalau nak kekal bahagia.. peace!!@!
Ciuman : Isteri mencium tangan suami dan suami mencium dahi isteri setiap kali baru baru bangun tidur mahupun keluar untuk bekerja. Apabila suami menghadiahkan satu kucupan di dahi, isteri dapat merasakan getaran kasihnya yang begitu syahdu. Dengan mengamalkan amalan ini setiap hari, walaupun bergaduh, tetapi insyaAllah hati akan lembut apabila pasangan suami isteri saling merindui sentuhan dan belaian pasangan mereka. Lakukan berterusan selama 40 hari dahulu, insyaAllah, amalan ini akan berterusan.
Solat : Setiap hari, sekurang-kurangnya 2 waktu solat setiap pasangan suami isteri harus menunaikan solat berjemaah. Untuk solat berjemaah bersama suami sebenarnya mesti bermula pada hari pertama sah menjadi sepasang suami isteri lagi. Apabila ia diamalkan dari awal perkahwinan ia akan menjadi perkara yang wajib untuk pasangan suami isteri. Banyak hikmah solat jemaah bersama suami kita. Mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri. Sekiranya ada salah faham anatara kami ianya tak panjang kerana apabila masuk saja waktu kami pasti bertemu untuk berjemaah. Selepas selesai solat dan berdoa pasti kami bersalaman dan meminta maaf atas kesalahan masing-masing. Kan seronok, masam muka sekejap je. Tak boleh lama-lama.
Tidur : Tidur haruslah satu katil. Walau gaduh macamana sekalipun, jangan sesekali tidur asing-asing, kerana sekali dah buat begitu, maka di sanalah berpunca 1001 keretakan rumahtangga kerana pintu keterasingan sudah terbuka luas. Kalau mempunyai anak kecil, perlu membuat jadual. Sekali sekala boleh juga menemani anak-anak kecil tidur bersama. Sebaik berumur 3 tahun eloklah ceraikankan anak itu dari tidur bersama, bukan apa nanti dah biasa sampai ke sekolah tidur bawah ketiak mak bapak, susah pulak nak berdikari. Contohnya, tak mau pergi ke sekolah berasrama atau kalau pergi pun cabut balik ke rumah. Banyak kes ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!