Setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta.. seorang wanita dan kekasihnya telah mengambil keputusan untuk mengukuhkan lagi hubungan tersebut dengan ikatan pertunangan..
Setahun bertunang..pasangan tersebut disahkan hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan.. Majlis perkahwinan diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kunjungan saudara mara..jiran beberapa buah kampung..kawan-kawan...
Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya
"sayang, abg baru membaca artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut..
"kita masing2 akan mencatakan hal2 yang kurang kita sukai dari pasangan kita. kemudian, kita akan membahas bagaimana kita akan mengubah hal2 tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia"...
Isterinya bersetuju dan mereka mula memikirkan hal2 dari pasangan mereka yang tidak disukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal2 yang negatif kerana ianya adalah untuk mereka bersama.
Malam itu mereka bersepakat untuk berpisah tempat tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak fikiran mereka. Pada keesokkan paginya ketika sarapa, mereka telah bersedia untuk membincangkannya.
"Abang akan mulai dulu ya", Kata si suami...
lalu suami pun mengeluarkan senarainya yang ditulis semalam. banyak sekali perkara yang ditulis oleh suami, sekitar 2 muka surat.
ketika mulai membacakan satu persatu hal yang tidak disukai tentang isterinya ..dia memperhatikan isterinya yang tertunduk dan sedikit air mata bergenang.. mungkin ada sedikit kesedaran pada perwatakkannya sebelum ini tanpa disedari...
"maaf sayang, apakah abang harus berhenti?" tanya si suami..
"Oh tidak.. jawab isterinya. lalu si suami meneruskan membaca catatan yang ditulisnya...
Setelah selesai membaca semua perkara yang disenaraikan..si suami telah meminta isteri pula membaca perkara yang tidak disukai tentang suaminya yang ditulis semalam...
"Giliran sayang pula membacanya...abang sedia mendengarnya"..
Dengan suara yang perlahan dan tersekat-sekat isterinya berkata,
" Maafkan sayang...sayang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas sayang..sayang fikir bahawa abang sudah sempurna di sisi sayang. dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. adang adalah diri abang sendiri..abang hensem dan baik hati..penyabar dengan segala tingkah laku sayang.. tidak ada satu pun daripada peribadi abg yang kurang. sayang cintakan suami sayang dulu, sekarang dan selamanya selagi hayat sayang."
Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oelh pernyataan dan ungkapan yang dituturkan oleh isterinya bahawa isterinya menerima dirinya seadanya...
Dia kemudian tertunduk dan mengalirkan airmata..
Okkk..tamat... fuhhhh penatnya aku taip.. ingat nak copy paste je tapi bijak pulak pemilik blog neh..dia xbagi orang copy pulak.. so kena taip... cerita nie aku pernah baca dulu...tapi xingat kat mana.. sekarang bila aku melawat blog orang..aku terjumpa..so aku masukkanlah dalam blog aku..sebab aku suka cerita nie..boleh jadikan pengajaran untuk diri sendiri.
Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, kita kenalah cari kekurangan diri sendiri dulu. adakah kita cukup SEMPURNA??? kalau jawapannya adalah "YA", maka kita berbohong atau kita PERASAN... kerana tiada manusia yang sempurna atas muka bumi nie dan sentiasa ada yang perlu untuk dibaiki...
Sekian..tamat sudah sesi kopi-kopi...
Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..
Wednesday, 19 December 2012
Agungnya Cinta Wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!