Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 5 January 2014

TIPS MUDAH BANGUN PAGI


Assalamualikum

Bagi kita yang beragama islam, memang perlu bangun pagi kerana diwajibkan untuk sembahyang Subuh. Namun begitu, kegiatan aktiviti seharian yang tidak seimbang menjadikan kita penat/ susah untuk bangun pada waktu pagi. Seusai sembahyang Subuh, ramai juga dalam kalangan kita sambung tidur semula. Berikut adalah tips yang boleh diamalkan supaya kita mudah untuk bangun pagi..
  • Buatlah rutin malam hari sebagai persediaan untuk keesokannya.
  • antara rutin yang boleh diamalkan adalah seperti mandi air suam, minum secawan teh charmomile, ambil nafas dalam atau meringkuk atas katil, berselimut dan membaca atau menulis nota. Ciptakan sebuah ritual yang benar-benar akan membuat anda dapat tidue dengan lena dan menyambut waktu pagi dengan hati yang tenang...
gambar ihsan en.google
  • Jauhi kafein
  • Sebolehnya cuba elakkan dari mengambil sebarang jenis makanan atau minuman berkafien pada waktu malam. ramai yang berpendapat kafien boleh hilangkan rasa mengantuk.
  • Jauhi makan malam dengan makanan yang berat
  • Elakkan makan makanan berat seperti nasi pada waktu malam, dan jangan biarkan perut terlalu lapar. Perut yang lapar turut menyebabkan kita sukar untuk tidur. Untuk itu, amalkan makan malam seperti sup, sayur-sayuran rebus dan salad, biskut dan 2 keping roti.
  • Berhenti menonton televisyen dan melayari internet pada jam yang sepatutnya
  • Menonton tv dan melayari internet berlebihan sehingga melewati waktu tidur akan menyebabkan masa tidur anda menjadi semakin singkat. Selain itu, program yang baru anda tonton mungkin akan bermain-main di fikiran anda menyebabkan kesukaran untuk anda tidur lena. Waktu tidue yang mencukupi akan membuatkan anda terlalu mengantuk untuk bangun pada waktu pagi.
gambar ihsan en. google
  • Tetapkan Matlamat/Niat
  • Sebelum tidur, tetapkan matlamat anda bahawa anda nak bangun pagi sebab ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Kalau hari bekerja sudah tentu anda niat bangun pagi untuk ke tempat kerja, dan bagi yang masih belajar bangun pagi untuk ke sekolah/ hadir kuliah. Secara automatik anda akan bangun tatkala alarm handfon anda berbunyi. Kebiasaanya ramai yang sukar untuk bangun pagi pada hujung minggu, sebab dalam otak telah tertanam bahawa eskonya cuti, untuk itu tanamkan niat dalam hati mahu bangun awal pagi untuk kemas rumah, jogging, ataupun ke pasar. 
  • Jangan amalkan "snooze alarm" pada telefon bimbit
  • Ramai dalam kalangan kita yang suka amalkan snooze ketika alarm handfon berbunyi. Sebolehnya bangkitlah tatkala kali pertama "alarm" berbunyi. Tabiat snooze akan menjadikan anda semakin liat atau malas untuk bangun. 
                                                             gambar ihsan en. google


Semoga tip-tip diatas boleh membantu kita semua untuk bangun pagi yaa... sama-samalah kita amalkan.

11 comments:

  1. yg snooze alarm tu.. hehe. kadang2 terlajak jugak buat.. :p

    salam perkenalan cik belog.. (:

    ReplyDelete
  2. patut la liat liat bgn pagi.. boleh kate sume tu Fiza tak buat.. huhu

    ReplyDelete
  3. akak sangat bersetuju dengan semua tips bangun pagi di atas.. ada di antaranya akak amalkan..

    ReplyDelete
  4. Haha sy selalu snooze alarm ,__,

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sofar kita takada problem lagi nak bangun pagi naniey..sekarang ni dah jadi macam routine, bila tepat jam mesti terjaga ..tak perlu alarm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnye.. saya nak jadi macam raudah jugak.. sebab naniey pon liat nak bgn pagi..hehehe

      Delete
  6. Tips yg berguna terutamanya untuk saya.. Huhu :D

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah setakat ni masih biasa bngun pagi walaupun tido lmbt kecuali kdg2 klu terlalu kepenatan.. terlajak juga smpi alarm pun x sedar huhu.. t kasih diatas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  8. betul tu.. disiplinkan pon penting gak.hihi

    ReplyDelete
  9. Hehe, bagus info ni.. cz sy sll rasa ngntuk pepagi. Xc

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!