Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 6 January 2015

PENUTUP 2014 KAMI!!

Assalamualaikum....

Last entry pada 4/12/2014... dah kenapa Naniey...lupa eh diri tu ada blog..ke dah lupa ingatan.?? EH!!!!haha...

Hari ni 6/1/2015... selepas sebulan baru muncul.. tahun baru pulak tu... sebelum terlambat..walaupun dah memang lambat.. kita nak wish juga Selamat Tahun Baru kepada semua Blogger... followers...silent reader..kaki skodeng...kaki stalker dll... hiiii

Tahun 2014 berakhir dengan penuh dugaan dan cubaan terutama seluruh penduduk Pantai Timur... Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi setiap dugaan yang menimpa...!!

Bagi mereka yang tidak berada di tempat kejadian ataupun berhadapan sendiri dengan bencana itu, mungkin menganggap itu adalah banjir biasa... sudah lumrah banjir akan melanda Pantai Timur setiap hujung tahun... tak perlu nak kecoh sangatkan... gambar2/ cerita yang tersebar/ menjadi viral di FB pula dianggap sengaja diada-adakan..Takde lah pulak kita nak cakap yang cerita kat FB tu betul 100%... banyak jugaklah muncul pengarang yang tak bertauliah...mengada-adakan cerita... tapi kebanyakkan gambar atau status yang di update di laman sosial itu adalah dari individu yang mengalaminya sendiri..yang berada di tempat kejadian... mangsa2 bencana banjir tu... Bagi yang duk ngadap berita di TV semata2 tak perlu nak buat kesimpulan apa2.. tak perlu jatuhkan hukuman apa2.. jangan nak menghentam.. jangan nak menuding jari cari salah pihak itu..salah pihak ini... yang deritanya adalah mangsa banjir.... 



Laman rumah kita yang tak pernah naik air pon turut dilanda banjir.. sejengkal je lagi nak masuk ruang tamu... kat bahagian dapur memang dah masuk dah...tapi xbanyak... alhamdulilah, dugaan kita tidak sehebat mangsa banjir lain yang 100% kehilangan tempat tinggal... rumah hanyut, tiang jadi penanda itu adalah tapak rumahnya... ada juga yang kehilangan ahli keluarga... harta benda tak usah di cakap... semua berlumpur.... 

Walaupun pun tidak mengalami kerugian harta benda... tapi kita turut merasa bagaimana keadaan panik apabila bekalan makanan terpaksa di catu.. hari2 makan nasi lauk sardin dan telur sahaja.. maggi pon dah jadi makanan asasi.. alhamdulilah ada juga makanan berbanding dari yang lain.. ..bekalan air bersih tiada... bekalan elektrik terputus menyebabkan tiap2 malam bergelap,... talian komunikasi lagilah.. langsung tiada connection... tak boleh nak call in..call out.. 100% terputus dengan dunia luar.. kami tak tahu apa yang jadi kat dunia luar... xboleh nak tengok berita..xboleh nak dengar radio.. sebab elektrik tak ada kan.. Kapal Terbang Air Asia terhempas pon kita tahu bila ianya sudah di temui... itu pon dengar berita dari radio semasa dalam kereta... terukkan... 

Kalau nak ceritakan semuanya memang panjanglah entry ni... mesti tak ada yang akan baca sampai habis kan...nak cerita pasal bantuan pun dah makan beberapa perenggan..yalah bila cerita pasal bantuan ni..dah termasuk dalam hal politik...... sebab tu malas nak cerita..kesimpulannya sepanjang air naik mengelilingi kawasan..kami langsung tak terima apa2 bantuan, baik dari segi makanan ataupun hal lain.. bukan mengharap pon..tapi kalau seluruh kawasan air dah paras hapus kepala..macamana kami nak keluar cari makan kan...huhuhu... ok dah...malas nak cerita hal ni... biar KAMI RAKYAT KELANTAN sahaja yang mengetahuinya... bising2 pon orang bukan faham..malah tuduh kita itu ini...hihi

Oklah, semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi bencana ini... Anggap sahaja dugaan yang diturunkan ini sebagai tanda Dia sayang kita... Hari ini kita kehilangan harta benda... esok hari InsyaAllah Dia akan berikan rezeki tanpa putus.. teruskan berdoa ya... 

6 comments:

  1. semoga bertabah ye..kengkwan timm pun rmai jugk kena tempias bnjir ni..yg xprnh bnjir pun tetiba kna..huhu..

    ReplyDelete
  2. Sy bace smpi abis..awa saba ye...syukur alhamdulillah air xmsuk smpi ruang tamu..klu tak lg besar dugaan..sy xpnah ade pengalaman bnjir...to sayu hati tgk keadaan mangsa bnjir..moga semuanya dipermudahkan..amennn

    ReplyDelete
  3. dugaan juga tu walau tak tinggi.. ada masuk ruang tamu ke ? ke kat depan aje.. takot barang2 rumah..

    happy new year ^^

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah sentiasa mengurniakan ketabahan dan perlindungan sebaiknya dlm menghadapi bencana banjir. Semoga 2015 ini membawa kejayaan dan keceriaan yg lebih baik dari tahun2 sebelumnya... aamiin.

    ReplyDelete
  5. memang luar biasa banjir kal ni.

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!