Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 6 January 2014

TIPS CINTA JARAK JAUH...

Assalamualaikum....

Dua hari lepas, aku ada "chatting" dengan kawan-kawan masa sekolah di "group chatting facebook". Saja tanya khabar kawan-kawan... dari "chatting aku dapat tahu bahawa ada seorang kawan aku neh sekarang tengah melalui Perkahwinan Jarak Jauh... Kawan aku seorang cikgu, sedang mengajar di salah sebuah sekolah di Serawak, manakala suaminya pula berkerja di Kelantan. mereka mempunyai 2 orang anak perempuan yang berusia 2 tahun dan yang bongsu xberapa pasti berapa bulan... Dalam mendengar cerita kawan aku tu, terdetik pulak dalam hati ini bertapa tabahnya kawan aku itu menghadapi cabaran dan dugaan..berjauhan dengan suami dan anak-anak adalah dugaan yang paling berat terpaksa dihadapi oleh seorang isteri dan ibu...


gambar ihsan En. Google

Aku dulu2 pun pernah jugak alami situasi ini..tapi bukan perkahwinan..tapi percintaan jarak jauh..hehehe.. 5 tahun bercinta tak pernah duduk berdekatan walaupun kami satu negeri, satu daerah dan juga pernah satu sekolah.. tamat belajar sekolah menengah aku terus sambung belajar di UUM, Kedah.. si dia pula sertai latihan Bomba dan Penyelamat di Akademi Bomba, Wakaf Tapai.. bila aku dah habis belajar, dan balik kerja di Kelantan, si dia pula dah kerja di Ibu Pejabat Bomba, Putrajaya.. selepas 6 tahun bercinta baru boleh duduk berdekatan.. sebab kami dah kahwin..alhamdulilah... 

Ini adalah tips-tips yang mungkin boleh membantu semua pasangan sama ada yang tinggal sebumbung atau berjauhan. Sama-samalah kita mempraktikkan tip ini dalam hubungan dan membaiki diri ke arah lebih baik. 

• Manfaatkan masa yang ada 

Masa dan peluang yang ada untuk bertemu pasangan perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Elakkan daripada mengeruhkan suasana. Jika ada perkara yang membuatkan anda terasa, cepat-cepat padamkan perasaan itu supaya ia tidak berlarutan. 

• Kreatif 

Anda perlu kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti kasih sayang iaitu bukan saja makan bersama tetapi lakukan aktiviti lain supaya masa yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Walaupun tidak dapat bertemu anda boleh sesekali menghantar kata-kata indah kepada pasangan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial. 

• Saling percaya 

Mempercayai pasangan adalah aspek paling penting dalam perhubungan kerana ia akan memastikan hubungan yang dibina berkekalan. Kesangsian boleh mencetuskan pergaduhan dan perpecahan. Jangan sesekali berfikir negatif terhadap pasangan. Sekiranya anda mendengar cerita yang kurang baik mengenai pasangan, jangan cepat melenting sebaiknya fikir dan selidik dulu kesahihannya. 

• Kurangkan masa bertengkar 

Jika berlaku salah faham segera selesaikan kerana sukar untuk menyelesaikan masalah melalui jarak jauh. Jangan panjangkan masalah yang remeh sehingga ia menjadi masalah besar dan sukar untuk ditangani. 

• Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi 

Setiap pasangan mengimpikan hubungan berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sesekali meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap hubungan kerana dibimbangi akan berakhir kekecewaan. Ini bukan bermaksud anda tidak perlu serius dalam menjalin hubungan, cuma berfikiran realistik. 

• Hubungi pasangan apabila rindu 

Tinggal berjauhan membuatkan rasa rindu kepada pasangan semakin mendalam. Bagi menghilangkan rasa rindu itu hubungi pasangan anda sekerap mungkin pada waktu lapang. 

• Tatap gambar 

Simpan gambar pasangan di tempat yang mudah dilihat iaitu di dalam beg duit. Setiap kali rindu tatap gambar pasangan yang boleh membangkitkan rasa kasih sayang. Dengan cara itu juga dapat menghilangkan segala masalah yang ada di dalam fikiran dan menenangkan jiwa ketika bercelaru. 

• Buat kejutan 

Sesekali berjumpa apa salahnya kita membuat sedikit kejutan kepada pasangan. Misalnya mengatur makan malam di tempat yang lebih eksklusif. Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi ia sangat berbaloi kerana membuatkan pasangan rasa dihargai. Ia juga dapat mengeratkan hubungan. 

• Kirim surat *xtahulah releven lagi tak sekarang nak berkirim surat..akeke

Mungkin anda ketawa mendengar cadangan ini, tetapi tahukah anda kaedah konvensional ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ia umpama ada keajaiban kerana hati akan rasa tersentuh membaca surat dari orang dicintai apatah lagi jika dikarang dalam bahasa indah dan romantis. Tidak mustahil surat akan menjadi teman tidurnya!







gambar ihsan dari En. Google




sumber: Metro online

11 comments:

  1. Bukan senang percintaan jarak jauh tapi tak mustahil :)

    ReplyDelete
  2. Semua di atas ada lah betul.
    palign penting kena KUAT IMAN..SABAR ..SALING MEMPERCAYAI.

    Pengalaman Fuza..bercinta jarak jauh selama 7thn kerana belajar di Universiti yang berlainan..
    Sekarang dah berkahwin 12 tahun..pun berumahtangga jarak jauh sejak kawin kerana hubby keje engineering line

    Alhamdulillah, kami bahgia dengan kehadiran 3orang cahayamata, walaupun asam garam rumah tangga tu ada pahit manisnya

    Zaman sekarang payah kot nak ada pasangan yang boleh bersabar macam ni.
    wallahuallam

    jemput singgah
    http://fuzamusa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. pernah satu tahun perkahwinan duduk berjauhan, sy di kuala lumpur, suami di terengganu. banyak cabarannya..tapi alhamdulilah..kini berdekatan.hihi

    ReplyDelete
  4. suka baca tips cinta jarak jauh ini.. yang penting jauh di mata tapi selalu dekat di hati.. sekarang ni dah ada banyak aplikasi dalam smartphone yang merapatkan hubungan..

    ReplyDelete
  5. ramai jugak kawan y bercinta jarak jauh ni..hingga berkawin..

    ReplyDelete
  6. Saya setuju.sy pon dlm keadaan cmni,Tp perkahwinan jarak jauh la heheh.Pape pon kepercayaan tu penting heheh

    ReplyDelete
  7. saya setuju dalam artikel ini namun pada pengamatan saya punca ramai orang yang susah nak jalinkan hubungan long distance relationship ini adalah kerana kekurangan item no 3 tu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Cinta jarak jauh memang susah tetapi sesiapa yg dapat mengharunginya pasti lebih matang perhubungannya.

    ReplyDelete
  9. Dugaan banyakkan Naniey cinta jarak jauh ni..kena trust & honest with each other!!!

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah 4 tahun dgn tunang masih kekal, walau prnh hampir kecundang. Tp mungkin dh org kata jodoh, wt la apa pun. Kalau dilanda mslh anggap ja tu musibah dr Allah atas dosa2 ms lalu :) Mudah2han kte sume dpt pasangan yg baik, aamiin. Kekal hingga Jannah InsyaAllah..

    ReplyDelete
  11. Sy brcinta ngan kekasih yg study abroad... x thu laaa mcm mn masa dpn kmi

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!