Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 9 January 2014

SIKAP RAKAN SEKERJA KURANG DI GEMARI..

Assalamualaikum...

Pelbagai gelagat rakan sekerja yang terpaksa kita hadapi apabila sudah memasuki alam pekerja. Ada yang kita boleh terima dan ada membuatkan kita menyampah. Namun untuk memastikan prestasi kerja kita tidak terjejas dengan gelagat golongan yang pelbagai ini, cara yang terbaik adalah abaikan sahaja dan hanya buat kerja kita mengikut arahan bos/ pihak tertinggi.

Berikut adalah sikap rakan sekerja yang tidak digemari oleh rakan sekerja yang lain. Idea asal di ambil dari Utusan Online..

1) Kaki Kipas/Kaki Bodek

Semuanya mahu nampak sempurna di mata bos/pengurusan tertinggi walaupun hakikatnya menyakitkan hati dan mata rakan sekerja yang lain. 

Bahaya : Orang seperti ini akan melakukan apa sahaja asalkan di mata bos/pengurusan tertinggi dia yang terbaik. Kadang-kala akan melakukan perkara yang tidak masuk akal semata-mata untuk mendapat pujian daripada bos. Kalau tak menyusahkan orang lain tidak mengapa, ini semua orang jadi mangsa dia. 

2) Radio Transistor

Perkara yang kecil akan menjadi besar sekiranya ada golongan ini di tempat kerja anda. 

Bahaya : Di tempat kerja memang tidak dapat lari dari golongan seperti ini. Oleh yang demikian, jagalah diri anda supaya tidak menjadi tajuk utama berita radio transistor ini. Ia mungkin membabitkan cara anda berpakaian, ataupun tingkah laku dan sikap anda semasa ditempat kerja.

3) Egois

Golongan ini memiliki sedikit kelebihan berbanding dengan pekerja lain sama ada dari segi pendidikan, kecantikan ataupun kepercayaan yang lebih yang diberikan oleh Bos/ Pengurusan tertinggi kepadanya. 

Bahaya : Golongan ini sudah lama mengidamkan sesuatu jawatan dan apabila beliau berjaya mendapat jawatan tersebut, seboleh-bolehnya beliau inginkan pekerja bawahnya mengikut rentak beliau. pandangan dan cara orang lain langsung tidak boleh dipakai melainkan arahanan daripadanya.

4) Kaki MC

Kerja tengah menimbum, golongan ini senang-senang ambil MC..kalau sekali dua tidak mengapa, ini setiap bulan ada MC. Hujan lebat MC, kucing beranak pun MC.. 

Bahaya : Golongan ini akan menyusahkan anda apabila anda terpaksa menanggung beban kerja yang sepatutnya dipikul oleh rakan anda. 

5. Golongan suka memekak/menjerit

Setiap organisasi mesti mempunyai golongan seperti ini. Apabila bercakap mesti mahu pecah gegendang telinga kawan yang lain. Padahal bercakap melalui telefon sahaja. Selain itu ada juga golongan yang suka buat konsert di pejabat, nasib baik tak ada tari menari je.. tak salah kalau berhibur, mungkin boleh kurangkan tekanan kerja, tapi kalau dah sampai semua orang sumbat telinga dengan headfon, ini dah lebih. 

Bahaya: anda mungkin akan terikut-ikut rentak golongan ini sekiranya dibiarkan berterusan..haha

ps: semua gambar adalah ihsan en. google

4 comments:

  1. Teringat pula zaman keja sy sblum ni. Btol, perkara ni mmg terjadi. Jln akhir, wt xtau ja. Hehehe. Kan.. Kalau perlu bertindak, wt ja :)

    ReplyDelete
  2. setuju sangat.. semua golongan seperti di atasnya wujud di setiap agensi.. paling sakit hati bila golongan ni la yang bos sayang.. menabung ikea.. :D

    ReplyDelete
  3. actually semua golongan tersebut ade kat tempat keje lan...hehehe..tapi kekadang kelakar bila tengok level2 bos (Senior Manager) jadi kaki kipas..hehehe...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. paling tak menahan rakan sekerja yg mulut puaka tak hingat.. ish.. sakitnyer hati dengar..

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!