Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 9 January 2014

BEBELAN DI PAGI HARI...

Assalamulaikum...

Bersemangat taip entry di pagi hari, semalam lepas balik kerja tak sempat nak buat entry dan tak sempat nak BW, sebab nak cari balik background blog yang hilang, tangan nie gatal main edit itu ini..tak pasal-pasal html background hilang,hahaha....jenuh google nak cari balik wallpaper yang sama... last2 jumpa kat sini ...alhamdulilah... aku suka sangat background warna oren2 tu..sebab tu usaha jugak cari kat google.. walaupun berlambak background lain.. selagi tak jumpa background tu tak senang duduk.. nak layan blog pun tak ada mood.. kelabu asap je kan..haha... 

ok dah..sekarang just nak edit je background tu bagi nampak berseri sikit...tapi lain kalilah.. sekarang nak sambung buat kerja... 

Ohh lupa semalam sempat baca tutorial Kak Aiza (Dunia Kecil)  tentang cara-cara tambah widget "Top Commentar". Dah banyak aku cuba buat ikut tutorial lain tapi tak menjadi..last2 cuba yang ni..menjadilah pulak..ehehe... terima kasih ya kak... ok.. top commentar blog ini aku gelarkan " KEYBOARD WORRIOR" hehe.. sila scroll kebawah sebelah kanan dan semak kot2 nama blog anda tersenarai ke tidak yaaa..hehe..

Terima kasih juga kepada pemilik blog Mohd Noor Shawal kerana memilih blog ini sebagai pemenang "Segmen Pencarian Bloglist" Dan hadiahnya ialah blog  ini tersenarai sebagai bloglist di blog En. Shawal selama sebulan... terima kasih.. @_@ ..

Ok dah..nak sambung buat kerja... hard disk PC aku kat tempat kerja crush.. maklumat untuk tahun 2012 dan 2013 (2 tahun kerja sini)  semua tak dapat diselamatkan.. perasaan?? urmmmm happy sgt... hadoiiiii..gila nak hepi..semua report..database peserta..gambar event..gambar aktiviti... semua ada dalam tu hilang... yang paling stress tahap nak ketuk kepala sorang2 adalah aku kena buat balik report 180 muka surat..aku ulang 180 muka surat yaaa yang telah siap..tunggu masa je untuk print... tetiba papppp blank.. hilang 200%... yang paling super duper stress,,aku lupa nak buat backup..okey sila ketuk kepala sendiri..biasanya bila siap satu2 report aku akan transfer ke pendrive ataupun email.. tapi kali ini terlupa.. dalam sekelip mata semuanya hilang.. ok fine... nak tidur tak mau bangun... 

Ok dah..berapa kali dah eh..akekkek... bebel panjang pun tak guna... mula buat kerja skg!!!!

oKBAI... 

1 comment:

  1. uiks..memang bleh termenung kalau hard disk office crash...especially keje yang soft copy dia orang lain tak simpan..jenuh gak nak buat balik..tapi apa apa pun sabar ek...ade hikmah tu..hehehe

    Regards,
    Strider

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!