Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 23 January 2014

BAHAYA MEROKOK PADA DIRI SENDIRI DAN ORANG SEKELILING!!

Assalamualaikum...

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.



Kesan rokok pada kesihatan.

- Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
- Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
- Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
- Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
- Kualiti sperma anda akan terganggu.
- Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

Hubungan Seks Anda Akan Terganggu

-Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita. Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah. Selamatkan diri anda dari mati pucuk Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin. Bertindak bijak, jangan merokok.

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok

-Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.

- Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar. Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.

Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok

- Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
- Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
- Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
- Bantulah diri anda.
- Amalkan cara hidup sihat.
- Jangan merokok.

Berhenti Merokok

- Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
- Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
- Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
- Luahkannya dengan cara positif.
- Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.

Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

- Sayangkan Jantung Anda
- Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
- Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
- Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
- Jauhilah diri dari asap rokok basi.
- Belajarlah menyayangi jantung anda.
- Jangan merokok.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 

- Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
- Setiap sedutan membawa padah.
- Kenapa harus meracuni diri?
- Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
- Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
- Bertindak bijak, jangan merokok.

Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
Metanol Bahan Api
Nitrobenzena Gasolin
Karbon Monoksida Asap kereta
Butana Cecair pemetik api
Raksa Logam dalam jangka suhu
Vinil Klorida Bahan utama plastik
Toulena Pelarut industri
Ammonia Pencuci lantai
Arsenik Racun tikus
Kadmium Bahan utama bateri alkali
Stearik Bahan utama dalam lilin
Sianida Racun berbisa


2 comments:

  1. Nasib lah en suami x merokok...

    ReplyDelete
  2. hmmm kesihan kpd perokok2 tegar ni.Badan mereka musnah sikit demi sedikit

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!