Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 7 March 2014

KHASIAT BROKOLI

Assalamualaikum...

Alhamdulilah selama seminggu amalkan makan brokoli..perut dah selesa..hari2 membuang..sebenarnya tak tahu pon khasiat brokoli neh.. secara kebetulan selitkan dalam menu diet.. hari2 makan sayur dan buah2.. dah seminggu tak sentuh nasi.. apa yang peliknya kebiasaannya kalau tak makan nasi.. perut mesti meragam...susah nak buang.. tapi kali ini oke je.. aku terfikir mesti sebab makan brokoli... then tepat tekaan aku..bila cari maklumat tentang brokoli.. memang banyak khasiatnya... antaranya ialah...
  • Membantu sistem pencernaan - mengandungi serat yang membantu sistem pencernaan yang boleh mengatasi sembelit
  • Meningkatkan kesihatan kulit - kaya dengan vitamin C, beta karoten, vitamin B kompleks dan vitamin E yang terdapat dalam brokoli sangat membantu perkembangan regenarasi jaringan kulit mati
  • Anti Kanser - mengandungi fitokimia yang boleh mencgah kanser seperti kanser payudara, usus dan paru-paru
  • Mengurangkan risiko sakit jantung - mengandungi lutien karotenoid yang dapat mencegah penebalan arteri jantung sehingga boleh menjauhkan kita dari risiko serangan jantung dan strok
  • Mencegah racun masuk dalam badan - mengandungi asid amino sulfur sehingga menjadikan brokoli penawar racun yang sangat baik.
  • Menurunkan kolestrol dan tekanan darah tinggi - kaya dengan serat kromiun dan potasium yang membantu menurunkan kolestrol dan mengontrol tekanan darah
  • Mencegah anemia - Mengandungi besi dan asid folat sehingga boleh membantu mencegah anemia
  • Mengawal diabetis - Kaya dengan kandungan kromium yang boleh mengatur insulin serta mengawal diabetis
  • Membantu mengurangkan risiko menyakit alzheimer
  • Meningkatkan sisitem kekebalan tubuh - sumber vitamin C
  • Memperkuatkan tulang dan mencegah osteoporosis - kaya dengan kalsium, magnesium, seng dan fosfor hingga dapat membantu memelihara tulang
  • Menjaga penglihatan - mengandungi beta karotena dapat melindungi mata mata terhadap serangan degenerasi makula dan mencegah katarak
  • Membantu kehamilan yang sihat - sumber folat membantu mencegah cacat saraf seperti spina bifida pada janin
  • Membantu mengurangkan berat badan - mengandungi kalori yang rendah - amat sesuai sebagai santapan bagi yang diet...
       

26 comments:

  1. Perkongsian yg menarik.. t kasih Naniey.. :)

    ReplyDelete
  2. my pebretooo, buh dlm sayur campur paling nyakut

    ReplyDelete
    Replies
    1. stim je..then makan dengan sos thousand island..best sgt... hii

      Delete
  3. semua sayur berkhasiat.

    paksa anak makan sayur banyak2..hi

    ReplyDelete
  4. sedap brokoli ni...terima kasih berkongsi naniey...nak makan brokoli selalu la cmni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh mama amir.. makan hari2 pon xpe.. baik utk kesihatan...

      Delete
  5. Assalamualaikum...suka dengan sayur brokoli ni...hehe..

    ReplyDelete
  6. Banyaknya Khasiat...kita suka steam brocoli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aaa raudah..saya pon suka stim.. rasa manis2 sikit..hehe

      Delete
  7. brokoli adalah sayur kegemaran akak.. banyaknya khasiat brokoli.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak 2 menjak nie baru jadi kegemaran saya kak..rugi rayanya x amalkan mkn brokoli dari dulu..hihi

      Delete
  8. banyaknya khasiat brokoli..rugi laa saya tak makan sayur nie..hehehe..pernah cuba makan tapi memang tak boleh masuk...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa rasa sayur ek sampai ada yang xleh makan??hehehe

      Delete
  9. akak pon suka makan brokoli naniey..selalu nyer akak celur jer buat ulam dengan sambal sedap apa ! berkhasit dah pasti hehe..
    thank u naniey perkongsian yg menarik ni...

    ReplyDelete
  10. Bagusnya...berdisiplin, boleh tahan x makan nasi seminggu. Memang sedap brokoli ni...
    Good luck yer...

    ReplyDelete
  11. terima kasih diatas perkongsian ini.. terbaik.. !!! ^_^

    ReplyDelete
  12. Fuyoo..xtau plak khasiat die byk cmni..tp mkn brokoli ni ikut mood..hehe..kdg suke..kdg xsuke :p

    ReplyDelete
  13. brokoli mmg sedap.. suke sangat..

    ReplyDelete
  14. Fav tu... sentiasa ada kat rumah, selain carrot.. ^__^

    ReplyDelete
  15. banyak khasiat brokoli, kena makan banyak ni :)

    ReplyDelete
  16. Saya suke sgt makan brokoli.Klu buat sup sayur mst nak letak bebanyak hehe

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!