Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 30 April 2014

SEMINGGU DI MASM KOTA BHARU!!

Assalamualaikum...

Minggu lepas terpaksa bertugas di Pameran Minggu Amanah Saham Malaysia 2014 (MASM) di Kota Bharu.. sepanjang minggu memang berkampung di Kota Bharu..aku terima tugasan tersebut dengan hati yang terbuka sebab sambil menyelam boleh tangkap udang galah sekali..akeke...

Pameran MASM di anjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad.. memang meriah sangat2..ramai pengunjung.. tak sempat pula nak capture gambar... pelbagai aktiviti menarik yang ada kat sana..sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur...

Kalau dah Minggu Amanah Saham itu, agenda utamanya tentulah berkenaan dengan pelaburan. Kepada sesiapa nak buat pinjaman loan untuk ASB, personal Loan, kad Kredit dll lain2 lagi memang sesuai sangat berkunjung ke pameran ini, sebab semua bank ada di sini dengan pelbagai tawaran yang menarik.. just kita kena rajin servey lah..dalam banyak bank yang ada nie..bank mana yang memberikan tawaran terbaik...


Selama seminggu berada di sana, tak pernah terlintas pun nak buat loan ASB..tapi tak taulah hari terakhir tu tergerak hati nak kunjungi Booth RHB Bank.. cakap punya cakap..tanya punya tanya... tup..tup sain agreement untuk loan ASB.. Tapi jangan ingat aku sain macam tu je..sebelum tu aku dah servey dengan semua bank.. RHB bank menawarkan interest dan BLR yang paling terbaik berbanding bank lain sepanjang pameran tersebut..



Selama seminggu pameran itu berlangsung, ramai artis jemputan yang hadir memeriahkan suasana..antaranya Rosyam Nor, Fizo Omar, Adam, AC Mizal dan ramai lagi.. tapi dalam ramai2 artis yang datang tu, aku hanya dapat face to face dengan Dato AC je... Dato Ac memang kelakar..apa yang kita nampak dia kat TV..haa bagitulah sikap beliau di luar.. memang best!!!


Bila sampai hari ke-7, energy dah 0... nasib baik ada staf site membantu... kalau tak memang menangis tak berlagu dah.. penat sangat..nak cakap dengan pengunjung pun dah tak larat... hehe...

Walaupun seminggu di sana tapi aku rasa hepi sangat2..sebabnya?? aku boleh balik kampung selama seminggu tanpa ambil cuti... hehe... walaupun di sediakan hotel penginapan, aku memilih untuk stay di rumah mak ayah yang jaraknya 15 minit dari tempat pameran..hehe... sebab tu kat atas tu aku cakap, menyelam sambil tangkap udang galah..hehe

4 comments:

  1. blogwalking dan salam kenal....jom join GA saya

    http://dia-honey.blogspot.com/2014/05/giveaway-3rd-anniversary-syahoney-kitty.html

    ReplyDelete
  2. wah...15 minit dari tempat pameran??memang beruntung betul naniey ini..hehehe..menabung darlie sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. sambil menyelam tangkap udang galah..memang best..hehe..kalau boleh akak pun nak...:)

    ReplyDelete
  4. Wahh seronok sungguh... hmmm.. maaf sbb lama juga tak mendarat kat sini ye.. 2 minggu ni agak huru hara waktu berblogging saya....

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!