Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 1 April 2014

PEMILIK CHALET DI PULAU PERHENTIAN "TERLAMPAU PERAMAH"

Assalamualaikum...

Percutian di Pulau Perhentian bersama kawan-kawan pada hujung minggu lepas berjalan dengan lancar seperti yang telah di rancang. Kebiruan air laut di sana memang menenangkan pemikiran yang kusut.. jejak je kat sana, terus kosongkan otak..tak mau fikir apa-apa..aku just nak fokus pada percutian nie je... alhamdulilah sepanjang berada di sana tiada sebarang panggilan telefon dari mana2 pihak yang boleh menganggu emosi aku pada waktu dan ketika itu.. akeke

Tapi mood bercuti sedikit terganggu dengan sikap pemilik chalet yang "terlampau peramah".

Ceritanya macam nie..

Aku booking chalet melalui booking.com pada bulan 1/2014 sebanyak 4 buah bilik.. melalui booking .com ni mudah sikit sebab kita cuma perlu booking je..then bila dah sampai sana baru bayar. kos pembatalan adalah RM0 sehingga 3 hari sebelum tarikh sebenar kita berangkat bercuti, sekiranya melebihi 3 hari yang ditetapkan, kita terpaksa bayar separuh dari harga asal bilik itu.

Nak jadikan cerita ada kawan aku tu tiba2 dia tak dapat join percutian ni sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan.. aku tengok tarikh masih ada 4 hari lagi sebelum tarikh percutian kami.. so tempoh masa untuk batalkan bilik ada lagi..dan aku tak perlu bayar apa2 atas pembatalan tu, aku pon tekan link cancel untuk 1 bilik.. alhamdulilah...

Bila tiba hari yang dinantikan, kami pon berangkat ke Pulau Perhentian..


Sesampai di chalet  ingatkan di sambut dengan fresh oren.. tapi terus di asak dengan soalan "kenapa cancel bilik last minute".. "bila lagi cancel ini, hari ni ke??".." kenapa tak bagitau pihak chalet direct??".. hamboi kak..laju nye mulut tu sembur kat orang... aku pon keluarkan notis pengesahan tempahan yang booking.com hantar melalui email.. nasib baik aku print.. aku tunjuk kat dia.. tarikh pembatalan 1 bilik dibuat pada 24hb Mac.. ada 4 hari sebelum tarikh sebenar iaitu pada 28 Mac.. so aku tak dikenakan charged kos pembatalan lah.. dah tengok bukti aku tunjuk tu..dia pon kata oklah..takpelah..tunggu kejap bilik tengah kemas sebab pengunjung baru check out... tapi dalam pada tu, mulutnya tak habis2 membebel..kenapa tak bagitau direct pada pihak chalet la..rugi lah dia sebab tadi orang ada tanya bilik tapi dia dah kata full...

Dalam hati aku geram je nak bagi sebijik.. ada aku kisah ke rugi ke tak.. aku batal bilik mengikut syarat booking.com.. kalau kau tak tahu aku cancel bilik awal..itu masalah pihak kau dengan pihak booking.com lah.. dah kau tak update dengan booking.com tu kenapa.. ehh nak salahkan orang pulakkan... dalam hati jelah..aku nie jenis malas nak panjang2 cerita...

Aku ingat hal ini dah selesai sampai situ je..rupa2nya ada lagi.. bila kawan2 aku pergi beli barang di kedai runcitnya yang mahal macam duduk di angkasa tu... dia asyik duk tanya kenapa cancel bilik last minute..hari ini datang..hari ni jugak nak cancel 1 bilik... bla..bla...bla..dia membebel kat kawan aku.. tapi bila aku sendiri ke kedainya..tak ada nye pulak nak tanya apa2..

Lagi kelakar bila dia tanya kawan aku yang lagi sorang tu... dari mana kawan aku tu kenal kami2 semua nie..macam mana blh kenal..kami dari mana.. dah tu keluar lagi pasal cancel bilik last minute tu.. kawan aku tu diam je..malas nak meleser balik... haiii mak cik neh... sabar jelah... ok..pemilik nie bukan mak cik sangat pon..umur lingkungan 35-38 tahun jer.. tapi mulutnya macam orang tua.. hehe..opppssss.. jahat naniey!!

Apabila mak cik neh asyik duk ungkit pasal bilik neh kepada semua kawan2 aku.. aku dah mula rasa fed up.. tak mustahilah dia akan jaja isu neh kepada semua staf dia dan maybe kepada pengunjung lain juga... aku malas nak mention nama Chalet apa di sini sebab tak mau burukkan nama tempat tu.. mungkin sedikit sebanyak akan menjejaskan periuk nasik dia... sebab aku yakin, kebanyakkan orang akan cari maklumat  tempat tinggal/ chalet yang mereka akan duduki terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tempahan .. bila ada orang jumpa apa yang aku tulis neh..tak pasal2 chalet tu dapat imej buruk kan.. hihihi....

Lagi satu, pemilik chalet ini agak susah untuk membuat rundingan harga.. tak payah lah nak tawar menawar dengan dia..buat kering air liur je... akeke.. bila hari last sebelum berangkat pulang tu, aku suruh kawan aku je yang pergi bayar semua bil..aku rasa malas sangat nak pergi mengadap orang macam tu... dan aku memang tak kan rekomen kawan2 atau sesiapa sahaja untuk tinggal di Chalet ini sekiranya datang bercuti ke Pulau Perhentian



Mak cik harus ingat.. customer always right.. walaupun anda di pihak betul.. anda harus akui bahawa pelanggan sentiasa berada di pihak yang betul sebab pelanggan yang keluarkan duit..bukan duduk menumpang free... dalam kes aku neh..aku tak rasa aku yang salah..sebab aku memang cancel bilik awal, menepati syarat yang diberikan oleh booking.com..

Sori yaaa mak cik.. Chalet mak cik ni bad service.. saya bagi markah 3/10.. sekian terima kasih...




12 comments:

  1. nak juga akak tahu apa nama chalet tu naniey.. mana la tahu 1 hari nanti akak akan ke pulau perhentian terkena pula..

    ReplyDelete
  2. Kita boleh imagine betapa "buzy" nya makcik ni meluahkan perasaan tak puas hati dia..he..he..kesian naniey...nasib baik boleh bercuti lagi ya..kalau tidak mau stress..

    ReplyDelete
  3. Aduhai, ada pula ya yang macam tu. Dekat customer pon nak cari masalah. Geram pula hai bacanya... >.<

    ReplyDelete
  4. Kecoh sgt makcik tu.. ayo makcik. Klu saya ke pulau perhentian kena tau juga ni.. kena hati2lah. Kena ingat bab kedai kat angkasa tu & klu ada mak cik yg mulut kecoh tu taulah siapa kan... teruk2 org mcm ni....

    ReplyDelete
  5. lebih baik diam..
    sy suka senyum kalau kena marah..org nak marah pun tak jadi..haha..
    muka tak de perasaan kena marah..

    ReplyDelete
  6. tpt pelancongan tu.. dorg tak ly la buat perangai cmtu kan...

    ReplyDelete
  7. teringin jugak pegi tapi mintak2 jgn terkono dengan chalet ni

    ReplyDelete
  8. teringin jugak pegi...tapi x suke jumpe org cam ni...spoil mood bercuti jerk

    ReplyDelete
  9. teringin nak tahu nama chalet.. takut terbooking nanti. hihi

    ReplyDelete
  10. Chalet mana tuu?uissshh...
    bg jeeee..ckp lbih plk m.cik tuuu...
    Kekwn nnti hati2 pilih chalet yea...
    http://notashalimar.blogspot.com/2014/02/pulau-perhentian-part-2.html

    ReplyDelete
  11. Bg klu skit nama chalet. Takut terkena, saya selalu ke perhentian n mencuba pelbagai chalet d sana. Setakat ni belum terjumpa makcik mude tu.. Hehe

    ReplyDelete
  12. S#####A P####E kan.... baru book td sbb murah n bilik seaview. 😐

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!