Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 9 February 2014

JAGA BATASAN DALAM BERSALAMAN

Assalamualaikum... 

Bersalaman ataupun berjabat tangan adalah memang digalakkan oleh agama, selain mewujudkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain, bersalaman juga boleh mengeratkan hubungan. Namun begitu, bagi seseorang muslim, batas ketikan bersalaman harus di jaga. Adalah haram apabila kita bersalaman dengan bukan muhrim ataupun berlainan jantina. 

Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.

Ada juga yang bersalaman apabila keadaan yang mendesak dan tidak boleh dielakkan seperti salam yang dihulurkan oleh klien syarikat yang berlainan jantina. Jika menolak bimbang menjatuhkan air mukanya. Dengan keadaan yang serba salah, salam yang dihulurkan tetap disambut. walaupun niat kita untuk menjaga air muka, tapi tindakan kita itu tetap haram. 

Antara individu yang boleh disalami oleh seseorang wanita adalah seperti berikut;
  • suami 
  • ayah 
  • ayah suami 
  • anak-anak lelaki 
  • anak-anak lelaki suami 
  • adik beradik lelaki 
  • anak lelaki kepada adik beradik lelaki (anak buah lelaki)
  • anak lelaki saudara perempuan mereka (anak buah lelaki)
  • Bapa saudara dari ibu dan bapa
  • wanita-wanita di kalangan mereka
  • hamba-hamba yang mereka miliki
  • pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

sumber: cahayaislam.net

6 comments:

  1. Adakalanya terpaksa bagi menjaga hati orang. yalah especially foreigners..Malaysian rasanya quite ok coz dia orang ni dah ramai faham...

    ReplyDelete
  2. Info yg bagus.Tak semua yg taw bnda ni,Kdg2 tasha pon terlepas pandang salam jugak dgn org yg kita xleh ehehhe

    ReplyDelete
  3. Qila dah save gambar tu :D Thanks share ye <333

    ReplyDelete
  4. thanks 4 da sharing..saya ngan kakak ipar saya sendiri pun dah tak salam bila jumpa,..tapi sib baik dia paham yang walaupun tak salam tapi sy respect dia sebenarnya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing ^_^ acik orang media, banyak kali perempuan hulur tangan untuk bersalam... keadaan binggung.. acik hanya menutup kedua belah tangan seperti berdoa.. dan mereka memahami

    Hari ini hari last untuk vote,Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. peringatan yg sgt baik utk renungan kita semua...

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!