Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 13 February 2014

13hb Februari 2014

Assalamualaikum....

Syukur alhamdulilah hari ini aku masih  lagi dipanjangkan umur untuk menikmati usia 28 tahun.. 


Semoga hidup ini dimurahkan rezeki...diberikan kebahagian ... dikurniakan keberkatan hidup dan mendapat keredhaan daripada Alla s.w.t

Dengan menginjaknya angka usia ini..
  • di harap diri mu lebih matang dalam menghadapi segala liku dan cabaran hidup... Lapangkanlah hati Naniey.. pejam mata...lupakan perkara yang telah  lalu... bangkit dan terus mengorak ke hadapan.. Dengan kematangan yang ada pada diri sahaja boleh menyelesaikan segala kekusutan secara berhemah..
  • Semoga ketabahan akan bersemadi di dalam dirimu Naniey.. hanya itu yang dapat membuktikan bahawa dirimu telah redha dengan segala ketetapan illahi... YAA aku harus lebih tabah... ini jalan hidup yang telah ku pilih.. dan aku harunginya sendiri... Oh hati..berhentilah menangis sendirian.. mata sudah tidak mampu lagi untuk mengeluarkan air mata.. sesungguhnya tangisanmu tiada siapa peduli dan ambil tahu... sedih sendiri..menangis sendiri..pujuk hati sendiri... dah bertahun2 Naniey..takkan tak boleh terima lagi keadaan ini....
  • Berazamlah untuk terus mendekati Penciptamu Naniey!! dengan cara ini membuatkan dirimu lebih tenang walaupun di saat itu di bahumu sarat dengan bebanan yang harus dipikul... InsyaAllah... aku tak akan sesekali jauh dariMu ya Tuhan kerana Engkau Maha Besar,,Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
  • Bahagiakanlah kedua ibu bapamu Naniey.. kerana jasa mereka terhadap dirimu terlalu besar.. tiada formula yang dapat mengira jumlah pengorbanan mereka. Mereka tiada galang ganti... hilang mereka tak berayah dan beribu lah kamu... bahagiakanlah mereka selagi mereka ada.... Mak Ayah.. memang jasamu di terbalas olehku.. sehingga kini aku masih lagi belum mampu untuk membalasnya walaupun 1%.. ampunkanlah anak mu ini yaa... mohon di halalkan segala2nya... dan doalah kebahagiaan anakmu ini walau dimana berada...
Sesungguhnya dengan umur 28 tahun ini..aku agak kecewa dengan jalan hidup yang dipilih,  segalanya masih lagi tidak teratur.. lintang pukang...masih tercari2 rentak kehidupan yang teratur... dalam erti kata lain aku masih lagi GAGAL untuk menguruskan kehidupan sendiri. 


9 comments:

  1. Alhamdulillah.. Happy Birthday.. semoga sentiasa sihat, diberkati kehidupan & tercapai segala yg dihajati.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...selamat hari lahir...
    Hari lahir naniey sama la dengan husband dan adik ipar saya, hari ini juga...
    saya mendoakan agar segala yang naniey hajatkan tercapai...insya Allah...aamiin...^_^

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...selamat hari lahir yer...semoga segala impian akan menjadi kenyataan...amin :)

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir naniey.Semoga panjng umur dan dmurahkan rezeki ye. Inshallah amin

    ReplyDelete
  5. hb.. smoga panjang umur dan murah rzki :)

    http://sihatrampingtk.blogspot.com/2014/02/hadiah-pertama.html

    ReplyDelete
  6. HAPPY BIRTHDAY NANIEY..
    semoga sentiasa diberikan kesihatan dan panjang umur..
    always happy in life..

    ReplyDelete
  7. Happy Birthday Naniey..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. selamat hari lahir yang ke-28 tahun naniey.. semoga dipanjangkan usia dan diberkati hidup oleh Allah selalu.. 13.12.14, cantik juga nombor ni..

    ReplyDelete
  9. tak gagal.. cuma belum berjaya je.. heee.. selamat hari lahir KAK naniey.. eh sengaja je caps-lock kan perkataan tu.. hehe..

    semoga dipermudahkan urusan dan dipermurahkan rezeki.. serta bahagia bersama keluarga tersayang.. <3

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!