Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 29 August 2014

A.Y.A.H

Assalamualaikum...

Minggu lepas terima panggilan dari mak... sakit saraf ayah makin teruk.. dah berjangkit kat mata dah... ayah sekarang dah jadi rabun ayam... nampak tak nampak macam tu... dah tu nak bangun dari tempat tidur pun susah.. tangan dah macam tak berfungsi... asyik mengadu sakit kepala.. nak bernafas pun sukar..macam tak lepas je... aduiii mengalir air mata aku seketika... sebak sangat2...tapi boleh kawal lagi..tak nak menangis masa bercakap dengan mak... lepas cakap dengan mak, aku transfer duit.. aku suruh mak bawa ayah pergi klinik swasta yang bagus untuk ubati ayah.

Lepas cakap dengan mak, sambung borak di group whatsapp family... aduiii masa  chit chat dengan family,aku dah memang tak boleh nak kawal..air mata laju je keluar, rakan sekerja sebelah ini macam syak je aku nangis tapi dia tak ambik tahu pun..mungkin dia ingat aku sedih dan sebak sebab masa tu tengah tengok istiadat perbarisan menghormati jenazah MH17 tiba di Malaysia.. 

Lepas pada tu, En Somi call aku untuk tanya nak balik kg ke tak jenguk ayah... dengar je suami tanya macam tu, makin laju air mata keluar.. sebak tak boleh nak bendung... kali ini kawan2 opis betul2 dah perasan..siap hulur tisu lagi... malu titewww tau... pada masa tu aku agak serba salah nak balik.. macam2 fikir... apa yang difikir tu tak payah lah mention kat sini yaa..akeke... lama suami tunggu jawapan aku.. aku kalau nangis mana boleh bercakap... bisu terus la.. beberapa minit lepas tu baru boleh cakap.. nanti nak call mak dulu..tanya keadaan ayah teruk mana.. kena aku balik ke tak... 

Call Mak, mak cakap tak perlu balik, tak perlu risau, lepas pergi klinik insyaAllah ayah ok.. kalau ada apa2 baru mak bagitau... so aku tak balik laa...

Dua tiga hari lepas dapat panggilan dari kakak.. katanya ayah duk tanya bila Teh nak balik.. ayah nak pergi hospital dengan Teh.. tak nak pergi dengan orang lain.. aduyaiii serba salah pulak dengan ayah nie... then aku minta kakak bagi telefon pada mak.. mak pun cakap ayah selalu tanya aku... aku terus terang dengan mak..hujung bulan memang susah nak cuti.. kerja banyak.. mak macam faham je.. dia cakap takpe lah... nanti dia suruh abang aku hantar ayah pergi hospital...

Semalam adik aku ada mesej, ayah tanya lagi bila aku nak balik...aduhaiii... memang wajib balik lah nie... ayah asyik tanya je... so aku pun bincang dengan suami.. kebetulan hujung bulan nie cuti merdeka.. so suami setuju untuk balik kg..alhamdulilah...

So malam nie aku akan bertolak balik kampung.. doakan aku dan suami selamat sampai yaa.. dan doakan juga untuk kesihatan ayah aku yaa... 


Kenapa perlu bongkak...??Jadi humble sudah...

Assalamualaikum...

Dah banyak kali dah rasanya aku up entry yang berkaitan dengan sifat manusia ini yang suka cakap besar, suka pandang rendah kat orang lain dan suka tunjuk diri tu bagus sangat..tahu dalam semua hal.. tak tahulah kenapa...macam tak ada modal nak menulis jer kan..tu yang duk ulang cerita sama jer..akeke... 

Aku ni bukan insan yang baik sangat..banyak kelemahan..banyak kekurangan...tapi aku sedikit annoying lah dengan orang macam nie... bukan benci tapi malas nak melayan.. tak baik benci-membenci neh....nanti Tuhan marah..Tak perlu kot nak up diri sendiri memanjang.... jadi humble sudah..tak payah nak buktikan ke"bagus"an kita tu.. kalau kita betul2 bagus..tak payah cakap..diam2 je..lama-kelamaan orang akan tahu dan masa tu lah penghargaan akan diberikan... ^_^

Semua orang tahu rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t... so rasanya tak perlu jugak nak besar diri jika dapat gaji besar dari orang lain... jaga sikit hati orang yang tidak berpeluang untuk menikmati gaji sebesar anda...

"alah dia tu tak payah nak berlagak sangat, gaji aku lagi banyak lah, aku tak heran pun"..

Setakat kerja operater, angkat henfon jer..tak payah nak berlagak... kerja aku lagi bagus dan gaji lagi banyak dari kau lah.... 

memanglah kita akan rasa sakit hati bila orang berlagak dengan kita.. dan secara sendirinya kita nak tunjuk yang kita pun hebat...maka keluarlah ayat yang berwarna biru kat atas tu, so mana bezanya kita dengan dia?? nampak jelaslah yang kita neh pun sebenarnya sama sahaja dengan dia,.... adeh macam bercakap depan cermin je...haha ....oleh itu, bila kita berdepan dengan orang yang suka melebih2 nie.. kita diam je... biar dia tahu sendiri tahap mana kemampuan kita..last2 dia diam lah..

moga kita dilindungi dari sikap mazmumah seperti di atas...gambar ihsan google

Adoiiii la... bingit sangat KL seminggu neh... sambil menaip entry sambil jeling jet pejuang Malaysia buat latihan acrobatic untuk sambutan hari merdeka.... di dataran pulak rehearsal untuk perbarisan... intai dari balkoni ofis semua boleh nampak... hahaha

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 57 MALAYSIA
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...

Wednesday, 27 August 2014

CPUV NUFFNANG: HP PC Demand Gen Digital

Assalamualaikum...

Dah lama sebenarnya nak update pasal CPUV nuffnang yang melekat kat blog ini tapi masih belum berkesempatan.. so hari nie belek balik draf  untuk siapkan entry nuffnang neh... kali ini nuffnang yang baik hati bagi iklan HP PC Demand Gen Di gital...


Apa ni?? aku pun tak pasti..apa kata kita semua google untuk dapat kan maklumat...hehe...


Sila klik gambar di atas untuk mendapat info yang lebih lanjut berkenaan dengan HP PC Deman Gen Digital ni..

Aku nie bukan taknak jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan dengan HP PC ini, tapi aku nie buta IT buta teknologi.. tak tahu apa2 pun..so kalau kamu semua nak info..boleh klik2 gambar di atas yaa...

Terima Kasih NUFFNANG!!!

Thursday, 21 August 2014

LUKISAN ASAS

Assalamualaikum...

Sekarang ni dah jadi sombong sikit dengan blog neh.. lepas update entry terus klik button X dihujung window sebelah kanan... kalau dulu suka jugak jengah2 rumah orang, sekarang rasa malas..then nak expect orang datang jenguk rumah kita. memang tak lah kan orang nak melayan... haha...

Hari ini sepanjang pagi aku duk melayan chatting kat group di wechat.. hadoi melayan group sekolah nie memang tak terbuat kerjalah... ada je idea sorang2 nak melawak..padahal zaman sekolah dulu bukan rapat pon.. bila kumpul dalam group neh boleh pulak masing2 jadi pak lawak yang menyebabkan aku sering terkekeh seseorang depan pc neh... macam2 idea... macam2 cerita....semua topik ada.. yang paling best bila imbas balik kenangan waktu persekolahan.. kelakar pon ada.. kadang2 ada juga perkara yang dilakukan dulu menyebabkan kita rasa malu jika difikir pada masa sekarang.. 'eh kenapala aku buat perkara macam tu, memalukan betul lah'.. walaupun agak memalukan, tapi mampu menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sehingga hujung nyawa.

REZEKI BULAN PUASA!!


Assalamualaikum...

Lama tak mengarut dalam blog neh.. nak kata busy tu tak adalah tapi sejak balik dari beraya kat kampung, memang langsung tak ada mood nak layan blog... ada yang sudi tak tiup balik semangat berblogging dalam diri ini??akeke...

dalam sebulan dua neh banyak perkara yang berlaku..suka dan duka..semua bercampur aduk... perkara yang paling syok semestinya naik pangkat dan juga naik gaji..yeayyyyy!!!alhamdulilah... rezeki bulan puasa hari tu... then bila raya dah dapat merasa gaji baru... 

Kalau gaji naik kerjanya pun mestilah makin banyak dan makin berat kan... so terima jelah apa jua kemungkinan yang datang...nak stress ke..nak serabut ke.. so hadap jelah ...orang dah naikkan gaji kan... kekadang takut jugak sekiranya tidak melaksanakan tanggungjawab seperti yang diharapkan oleh bos... tak nak lah nanti ada yang cakap buat habis duit company je bayar kau, tapi kerjanya ntah apa2... haha...

Mulai hari ini jangan nak merungut lagi..buat kerja seikhlas mungkin... kalau asyik merungut, mengomen, mengomel, buat itu malas, buat ini malas tapi gaji nak naik memang ibarat menunggu bulan jatuh ke riba lah eh... tinggal angan2 jelah... 

Gambar memang ini  tak ada kaitan dengan cerita di atas ya.. sekadar hiasan...hahaha.... selfiee masa pergi open house rumah kawan....

Ok bai...