Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 21 August 2014

LUKISAN ASAS

Assalamualaikum...

Sekarang ni dah jadi sombong sikit dengan blog neh.. lepas update entry terus klik button X dihujung window sebelah kanan... kalau dulu suka jugak jengah2 rumah orang, sekarang rasa malas..then nak expect orang datang jenguk rumah kita. memang tak lah kan orang nak melayan... haha...

Hari ini sepanjang pagi aku duk melayan chatting kat group di wechat.. hadoi melayan group sekolah nie memang tak terbuat kerjalah... ada je idea sorang2 nak melawak..padahal zaman sekolah dulu bukan rapat pon.. bila kumpul dalam group neh boleh pulak masing2 jadi pak lawak yang menyebabkan aku sering terkekeh seseorang depan pc neh... macam2 idea... macam2 cerita....semua topik ada.. yang paling best bila imbas balik kenangan waktu persekolahan.. kelakar pon ada.. kadang2 ada juga perkara yang dilakukan dulu menyebabkan kita rasa malu jika difikir pada masa sekarang.. 'eh kenapala aku buat perkara macam tu, memalukan betul lah'.. walaupun agak memalukan, tapi mampu menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sehingga hujung nyawa.


Ok berbalik kepada group wechat tadi... inilah yang kami bincangkan....*rujuk gambar di bawah...

Lukisan yang dilukis oleh ahli kumpulan... Namanya Peja Menantu Dato' yang bertajuk Lukisan Asas 
Siapa biasa lukis pemandangan ini masa di sekolah, sila angkat tangan... 

Kalau darjah 1 dulu..bukan main susah lagi nak lukis gambar pemandangan nie... berjam2 ambik masa.. tapi sekarang tak sampai 3 minit dah siap..haha...boleh dikatakan hampir semua pelajar sekolah rendah tahu lukisan ini... 

Yang menjadi persoalannya, kalau diminta buat lukisan bertemakan pemandangan kenapa  kita akan lukis bukit yang ditengahnya ada matahari yang tersenyum?? (pada masa tu memang aku fikir matahari keluar dari bukit) ada sawah padi..ada anak sungai.. ada rumah kampung..pokok kelapa mesti sebelah rumah?? adakah imiginasi kita sama??

Aku pun tak tahu..mungkin cikgu lukisan seluruh Malaysia pada masa itu bagi gambaran yang sama kepada pelajar-pelajar tentang pemandangan..mungkin termasuk dalam sukatan matapelajaran pendidikan seni..

Hebat kan zaman kanak2 generasi kita dulu.... Kalau nak di bandingkan dengan sekarang, agak2 ada tak pelajar sekolah tahu lukis pemandangan macam nie?? budak2 sekarang tahu ke sawah padi macam mana?? hehehe...




2 comments:

  1. betul2.. dulu time kecik2 selalu jgk likis cmni.. sebijik! hehe..

    ReplyDelete
  2. Yup inilah lukisan masa dolu-dolu naniey. Pokok kelapa & dua bukit memang tak dapat dipisahkan..he..he

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!