Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 14 August 2014

CERITA RAYA SAYA!!

Assalamualaikum...

Tajuk entry macam budak darjah 3 buat karangan je..haha

Agak2 dah terlambat tak nak cerita pasal raya sekarang ni?? rasanya belum lagi kot..sekarang ni kan masih lagi dalam mood raya.. open house merata2 lagi kan... macamana dengan raya kawan2 bloggers semua..meriah tak??? hehe

Sepanjang 28 tahun bernafas atas muka bumi, rasanya tahun inilah raya yang agak sadis... boleh pulak kan malam raya tetiba suhu badan naik mendadak... pagi raya tu demam tak boleh bangun... dah lama tak demam..bila sekali kena, memang tak terbangun terus... orang lain semua syok makan rendang, ketupat, lemang, biskut raya..tapi aku terbaring dalam bilik..nak makan pun tak ada selera... tekak rasa pahit je... aduiii...

Pagi raya tu en suami bagi makan penadol active fast... biasanya kalau tak sedap badan, aku telan penadol je..tak sampai sejam dah ok dah... tapi kali ni tak berkesan.. badan makin panas..ditambah pulak dengan batuk dan sengal2 sendi....  en suami dah risau kot2 terkena demam denggi... petang raya tu terus dia bawa aku ke klinik..nasib baik klinik swasta ada beroperasi di hari raya....doktor pun terkejut dengan suhu badan aku yang naik mendadak neh... tapi nasib baik tak suspek denggi..kalau tak, beraya kat hospital lah eh..

Gambar pagi raya.. dari rumah mertua nak balik ke rumah mak.. walau demam gagahkan diri bergambar untuk kenangan raya tahun 2014..kehkeh..

Raya pertama dan kedua memang terbaring kat rumah je... memang tak larat langsung nak berkunjung rumah saudara mara dan kawan2.. raya ketiga suhu badan dah turun sikit... tapi dah boleh keluar jalan2... en.suami siap bawa pergi shopping dan makan seafood tepi pantai lagi... hehe... balik rumah malam tu, terus lembik balik..hehehe..ngengada eh...
Raya ketiga... gambar raya kedua memang tak ada sebab terbaring je atas katil... 

Raya keempat dah boleh ke kenduri sepupu...memang tak sihat lagi..tapi gagahkan juga... malam tu jumpa kawan2.. lepak sampai tengah malam di Cim Cum Food Village Restaurant... then balik rumah terus collapse...pagi keesokkan hari tu suhu badan naik balik... kembali terlantar atas katil... en suami pun membebel... "belum sembuh sepenuhnya dah keluar sana sini..minum ais bagai.. ubat tak makan.. memang cari sakit..bla..bla..bla..." alololo.."comel ngat eh bila suami membebel"hehe.. 
Raya keempat... hadir kenduri sepupu...

Masa bertolak balik KL pada hari ahad (3/8/2014), aku masih belum sihat sepenuhnya... selesema..batuk.. panas badan masih lagi ada.. selera makan masih lagi tak ok... beli junk food banyak2 kat petronas sebagai bekal perjalanan tapi tak terusik pun.. nasib baik traffik tak hectic jem... walaupun kereta banyak tapi perjalanan lancar walaupun boleh jalan dalam 60-80km/j je...

Sekian sahaja cerita raya saya..kesimpulannya..selama seminggu beraya di kampung aku langsung tak dapat sambut raya secara meriah seperti orang lain.. juadah raya langsung tak sentuh.. jadi mati selera..tekak tak boleh nak telan..lidah rasa pahit je... saudara mara berkunjung kat rumah pun aku tak dapat layan... apatah lagi nak berkunjung ke rumah orang lain.. sadis weh....

Kasi close up sikit muka demam masa raya... 

Ini sahaja gambar raya yang saya ada pada tahun 2014.. tak ada kenangan raya bersama keluarga..kawan2.. saudara mara... ok nak nangis sekarang!!!

Sekian Terima Kasih..

6 comments:

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!