Assalamualaikum...
Dah banyak kali dah rasanya aku up entry yang berkaitan dengan sifat manusia ini yang suka cakap besar, suka pandang rendah kat orang lain dan suka tunjuk diri tu bagus sangat..tahu dalam semua hal.. tak tahulah kenapa...macam tak ada modal nak menulis jer kan..tu yang duk ulang cerita sama jer..akeke...
Aku ni bukan insan yang baik sangat..banyak kelemahan..banyak kekurangan...tapi aku sedikit annoying lah dengan orang macam nie... bukan benci tapi malas nak melayan.. tak baik benci-membenci neh....nanti Tuhan marah..Tak perlu kot nak up diri sendiri memanjang.... jadi humble sudah..tak payah nak buktikan ke"bagus"an kita tu.. kalau kita betul2 bagus..tak payah cakap..diam2 je..lama-kelamaan orang akan tahu dan masa tu lah penghargaan akan diberikan... ^_^
Semua orang tahu rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t... so rasanya tak perlu jugak nak besar diri jika dapat gaji besar dari orang lain... jaga sikit hati orang yang tidak berpeluang untuk menikmati gaji sebesar anda...
memanglah kita akan rasa sakit hati bila orang berlagak dengan kita.. dan secara sendirinya kita nak tunjuk yang kita pun hebat...maka keluarlah ayat yang berwarna biru kat atas tu, so mana bezanya kita dengan dia?? nampak jelaslah yang kita neh pun sebenarnya sama sahaja dengan dia,.... adeh macam bercakap depan cermin je...haha ....oleh itu, bila kita berdepan dengan orang yang suka melebih2 nie.. kita diam je... biar dia tahu sendiri tahap mana kemampuan kita..last2 dia diam lah..
Semua orang tahu rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t... so rasanya tak perlu jugak nak besar diri jika dapat gaji besar dari orang lain... jaga sikit hati orang yang tidak berpeluang untuk menikmati gaji sebesar anda...
"alah dia tu tak payah nak berlagak sangat, gaji aku lagi banyak lah, aku tak heran pun"..
Setakat kerja operater, angkat henfon jer..tak payah nak berlagak... kerja aku lagi bagus dan gaji lagi banyak dari kau lah....
moga kita dilindungi dari sikap mazmumah seperti di atas...gambar ihsan google
Adoiiii la... bingit sangat KL seminggu neh... sambil menaip entry sambil jeling jet pejuang Malaysia buat latihan acrobatic untuk sambutan hari merdeka.... di dataran pulak rehearsal untuk perbarisan... intai dari balkoni ofis semua boleh nampak... hahaha
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 57 MALAYSIA
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...
Betul tu...tak perlu nak berlagak n cakap besar..nanti Tuhan tarik nikmat baru nak insaf
ReplyDeletesetuju..semoga kita sentiasa beringat sebelum berkata-kata
ReplyDeleteAgreed Naniey..Tak perlu bongkak dan takbur coz semua yang kita ada milik Allahkan..Bila-bila masa boleh diambil..
ReplyDeletebetul tu.. kalau berdepan dgn org mcm ni baik kita diam je.. mmg selalupun jumpa org mcm ni. pangkat tinggi sikit, gaji besar sikit mula la nak berlagak. kita tanya pun jawab nak tak nak je.
ReplyDeleteAssalam Naniey.. Org sombong & bongkak ni, akal dia singkat.. Berlagak lebih je, akhirnya ke tanah jugak nanti hhmmm...
ReplyDelete