Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 25 July 2014

ALHAMDULILLAH.. Sampai Kampung~!~!

Assalamualaikum...

Tepat jam 4.15 pagi tadi kami selamat sampai di kampung halaman. Sampai je tengok rumah terang benderang..ingat nak sambut kepulangan aku..excited nak sambut anak menantu diperantauan kan..tu yang semua tak tidur... tapi rupanya2 mereka semuanya bersiap-siap untuk bersahur.hehe...mak aku siap cakap lagi ingat aku balik rumah mertua, mak tak masaklah lauk sahur yang best...alah mak nie..baru je nak touching sebab kepulangan kita dinanti2 rupa2nya mereka tak tau pun akan akan balik rumah sini..hehe

Alhamdulilah sepanjang perjalanan pulang semalam tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.. cuma adalah terkejut dengan sikap pemandu kereta yang tak penyabar.. memotong pada tempat yang salah..nak cepat sangat sampai tak tengok pun kereta yang datang dari arah bertentangan tu dah semakin hampir... nasib baik tak bertembung ... kalau tak dengan kami sekali ditimpa musibah sama... 

Trafik sepanjang perjalanan semalam adalah lancar..walaupun kereta dah banyak...tapi tak jem.. kadang2 je kalau ada lori kat depan..memang kenderaan yang kat belakang tu bergerak 40km/j jelah..tapi tak lama..bila dah dapat potong lori tu... dah dapat speed macam biasa... rancangan kami pulang awal untuk mengelak dari tersangkut dengan kesesakan lalu lintas boleh dianggap menjadi lah...hehe... risau jugak, kita plan balik awal untuk elak dari jem...ntah2 orang pun plan macam kita jugak... so bila ramai yang buat planning macam tu.. tak kiralah balik 3 hari awal pun... tetap akan terkandas di atas jalan raya yang kiri dan kanannya penuh hutan,,,

Masa duk Kl macam2 plan apa nak buat bila berada di kampung.. tapi sekarang bila dah ada di kampung dah jadi blurrr... last2 duk rumah juga yang best..hehe.. 

Oklah..kepada kawan2 diluar sana yang merancang untuk pulang ke kampung halaman masing2.. pandulah berhati2..semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamat.. tak perlu nak rushing memotong sesuka hati.. keselamatan diri dan keluarga dari penting..tak kisah sampai kampung lambat..yang penting semuanya selamat..

SELAMAT HARI RAYA...

5 comments:

  1. Selamat Hari Raya, Naniey...
    Maaf zahir & batin :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... semoga hari raya sentiasa ceria bersama2 keluarga tercinta.. :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..
    selamat berhari raya..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya dari Ros :)

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!