Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 20 November 2012

Cerita di Kg..


Assalamualaikum...

Rasa macam dah lama dah tak update blog neh.. nak kata sibuk sangat tu takdelah .. tapi biasalah, nak mengarut kena ada idea kan.. kalau takde idea, duk sejam dua depan PC ngandap blog pun belum tentu siap satu cerita kan..

Bukan apalah, minggu lepas kan deepavali vanakkam **cari alasan, cakap jelah xder benda nak di ceritakan**... aku ambik peluang untuk balik kampung lah**gila kau xbalik kg, cuti seminggu kot.. takkan nak terpacak kt KL jugak..even EN. Somi pun ambik cuti utk balik kg jugak...

Seperti sedia maklum lah, kalau dah sampai kg mana sempat nak berblogger kan.. tu yang tak sempat nak update blog neh..hehe..

Oklah cerita pasal balik kg aritu..

Ini adalah pemandangan diwaktu senja di kg halam aku..cantik tak???tetiba je kan...hehe

Seminggu di Kampung, macam2 plan yang aku buat..yang pertama sekali, nak ke Zon Bebas Cukai di Rantau Panjang.. banyak sangat nak habiskan duit kat sini. antaranya berangan nak beli baju t-shirt yang murah2..handbeg.. periuk..tukar..toto..mcm2 lagi lah..

Tapi mungkin xder rezki nak shoping kat sana bila kereta pulak buat hal.. dah bajet nye larik!!xsempat nak dikejar..ayoyoyo...kereta oh kereta..asyik rosak je..nasib baik bukan aku tuanmu..kalau tak dah lama aku gadaikan..haha

Memanglah kos baiki tu bukan guna duit aku..ofkoslah guna duit tuan punya kereta.. tp terjejas jugak lah plan kami... dah terpaksa batalkan niat murni aku tu.. urmmm~~~

Oklah, next time bila balik kg lagi, aku akan pastikan aku ke sana..just prepare duit jaa...haha

Time cuti tu jugak aku sempat hadiri majlis kawen kawan sekolah aku.. salah 1 plan balik kg pon sebab nak attend kenduri dia lah..

Ini dia kawan aku yang jadi pengantin baru deepavali aritu..hehe.. Tahniah Ja~~ mga kekal abadilah.. tayah nak wish bagai kat dalam blog neh..aritu dah bertimbun dah ucapan aku utk dia..hehe

Bulu mata tu aku yang pakaikan..belum tamat majlis, bulu mata dah tanggal..haha #bukan salah aku# hehe


eh eh..banyak gambar sendirikan..gambar pengantin xde pon..haha...


Nilah antara kawan-kawan yang sempat aku jumpa masa cuti hari tu, yamg lain semua xdapat balik atas sebab komitmen dengan kerja-lah kot~~hehe
Ini en. Somi saya...


Ini adalah gambar pada hari kenduri menyambut menantu sebelah rumah lelaki... pakai baju lama je sebab baju lain tinggal di Sepang.. n memang xplan pun sampai nak ke rumah sebelah lelaki..tapi orang dah jemput kan..pergi jelah.. bukan selalu kan menyemak kt majlis kawen orang kan..hahaha...

hepi depavali

Sunday, 11 November 2012

MUARA HATI


Salam...

Mula-mula dengar lagu neh aku tunjukkan muncung jer... bukan xbest langsung pon..sebab ada Doto' CT kan.. tapi boleh sikatakan so so je lagu neh bagi aku..hihi..

Tapi bila dh beberapa bulan berlalu... lagu nie pun kerap diputarkan di dalam radio.. aku dah rasa lain macam dah..

lagu nie macam menarik-narik je aku untuk dengar...

OK@ aku terima hakikat yang aku dah mula suka dengar lagu nie...

bila online je terus cari youtube and layan lagu neh...

Lambat betul frekuensi aku kan..bagi orang lain lagu nie dah basi dah tapi aku baru nak minat....hihihi ada aku kesahlah...

aku memang lambat sikit nak tangkap kesedapan dan kesyahduan lagu...hahaha


Muara Hati by Dato CT n Hafiz...

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta.


haaaa hambek mu mek..hari2 duk youtube lagu nie kan... dulu xsuka sangat kan... ayoyoyo...

Wednesday, 31 October 2012

DEFINISI CANTIK UNTUK WANITA


Aku copy dari blog lain neh~~~malas nak ulas sendiri~~~

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
.
3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
.
4) TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
.
5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.
.
6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
.
7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

ANUGERAH BOLA SEPAK : Teluskah Keputusan FAM???


Pagi tadi ada terdengar berita di radio Hot Fm.. tetiba aku tertarik dengan berita pasal Anugerah Bola Sepak Malaysia.. seperti yang telah sedia maklum pemain terbaik telah dapat anugerah masing-masing.. tahniah diucapkan kepada penerima anugerah..


inilah barisan hero yang dapat anugerah... congrates once again yaa brooo...

bila sampai ofis aku bukaklah FB..memang sah..ramai jugak kaki-kaki bola yang menghapdates status diorang pasal anugerah neh.. mcm2 komen yang diterima... yang paling banyak adalah *FAM xreti nak adili pemain yaang layak terima anugerah***ayoyoyo...


OK2..komen yang kt bawah sekali nie yang boleh buat aku hangin.. rasa nak lempang je..

Nie aku printscreen komen dari harian metro online..memang ramai yang xpuas..terutama dari penyokong negeri ambe lah... malas nak prinscreen dari Page Kelantan FA..mesti lagi maha dasat komentarr yang dilontar oleh fan kelantan..ehehe~~~

Tapikan biasalah..adat manusia nie ada je yang xpuas hati dengan apa yang telah berlaku.. termasuklah aku..aku jugak xberapa setuju dengan beberapa keputusan yang dibuat oleh FAM..bukan nak berpihak kepada mana-mana pasukan atau mana-mana negeri.. even aku orang kelantan pon, aku taklah kata Kelantan patut dapat semuanya.. tapi entahlah..aku pon xreti nak cakap..yang aku boleh kata: FAM memang anaktirikan Kelantan: tu je~~~


Macam diolog kat atas nie yang aku tahu mesti rekaan semata2 dari Fan Kelantan..tapi ada betul jugak kan.. masa Kelantan lawan selangor aritu aku rasa sekali dua je nama Syafiq rahim disebut2..tu pun time dia ambik free kick..dah tu sepakan dia melayang entah ke mana..haiyaaa macamana boleh jadi pemain terbaik... Ok Ok..aku xikut sangat flow perlawanan masa dalam kumpulan.. aku tgk pon yang semifinal dah..so tayah nak komen sgt pasal kredibiliti orang naniey wei..hihi... :-P

Semalam aku ada terbaca yang Kelab Penyokong Terbaik dimenangi oleh Penyokong ATM.. ok fine.. ATM ada penyokong sejati - lah sgt kan... aku xfaham n xfaham...

Habis tu takkan kau nak semua kelantan yang bolot anugerah tu naniey weii...eh why not if Kelantan deserved to get it...hihi...

Papepun..tahniah kepada semua player..next year do more better..!!! xdapat anugerah pun tidak mengapa yang penting semua orang tahu kebolehan anda yang sebenarnya.. keep it out!!!!