Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 7 April 2014

TIP ELAK MENGANTUK DI TEMPAT KERJA

Assalamualaikum...
Aku yakin sindrom mengantuk di tempat kerja mesti di alami oleh kebanyakkan orang termasuk aku..akeke.... Ya Allah mengantuk sangat2.. sambil mengira peratusan pun boleh tersengguk2 neh.. nak kata tidur lambat semalam, tak adalah pulak..macam biasalah jam 11 - 12 pm masuk bilik... tapi ngantuk nie macam orang tidur 4 pagi...

Berikut adalah tips yang boleh diamalkan untuk menghilangkan rasa mengantuk di tempat kerja... aku baru google jap tadi... hehe


Hampiri kawasan bercahaya
suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika
Basuh muka
ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. namin ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar

Wangian aromaterapi
untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon

Dengar muzik
muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda

Senaman ringan
senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30 minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula

Pandang pepohon hijau
sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. nescaya mata anda akan kembali segar.

Minum air masak
Rasa mengantuk adalah disebabkan oksigen kurang ke otak, walaupun hidung tidak berhenti henti bernafas. Justeru, apabila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk.

7 comments:

  1. bagus perkongsian tips mengelak mengantuk di tempat kerja ini naniey.. macam akak kalau mengantuk bangun jalan-jalan dan gerakkan badan.. menabung libresse..

    ReplyDelete
  2. Ada jugak, kadang-kadang. Bila boring baca board paper...selalunya kita buat light exercise kalau ngantuk sangat..kalau sikit-sikit cukup dengan minum air aje..

    ReplyDelete
  3. Tips yang berguna. Dira pun selalu mengantuk bila buat kerja time tengah hari hehe :)

    ReplyDelete
  4. Good tips, Naniey... Kalau k nrl mengantuk, selalunya x dok kat tempat sendiri... Bangun pi jalan2 sekitar opis ni & dengar muzik... Opis x ramai staff pun... ^__^

    ReplyDelete
  5. betul2.. Fiza kalau ngantuk suke dengar lagu.. baru la tak bosan sgt..

    ReplyDelete
  6. Mmg kdg2 mengantuk di tempat kerja ni.. t kasih atas perkongsian tips ye.. :)

    ReplyDelete
  7. yup...membasuh muka dan mendengar muzik tu memang membantu..hehehe..selain tu bagi perokok, merokok juga membantu menghilangkan rasa ngantuk...hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!