Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 1 April 2014

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN DALAM HIDUP

Asslamualaikum...

Kita selalu pandang remeh pada perkara yang kita lakukan dalam kehidupan harian.. Sedar atau tidak, banyak perkara yang kita lakukan yang boleh mendatangkan mudarat pada diri kita samada dari segi rohani dan jiwa... Sekadar perkongsian, berikut adalah perkara-perkara yang tidak elok diamalkan dalam kehidupan seharian kita;- 

1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan 

5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.

8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah
.
13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.

14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa

17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.

18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.

Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah.

5 comments:

  1. Peringatan yg sgt baik utk semua.. t kasih Naniey.. :)

    ReplyDelete
  2. ikutkan byk pantang larang..
    mana yg dapt tu cuba ikutlah..
    ada jugak yg rasa berat sikit nak ikut.
    sembahyang pun asyik tangguh...huh..:(

    ReplyDelete
  3. tq nanie atas ingatan yg ikhlas ini.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah, akan cuba ikut...
    Tq Naniey....
    Nice sharing ^__^

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana mengingatkan aiza.. ada di antaranya akak masih buat, huhu.. menabung 2 kali ford.. :D

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!