Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 14 March 2014

MINUMAN MENYIHATKAN TUBUH

Assalamualaikum...

Musim kemarau..jerebu..krisis air yang sedang teruk melanda negara sekarang nie.. mendesak kita untuk menjaga kesihatan dengan baik. salah satu cara untuk mengekalkan keadaan badan sentiasa sihat dan bertenaga ialah dengan minum air yang banyak. sekarang ni pun hidung dan mata dah mula pedih..nak bernafas pon susah.. Doakan semoga bencana ini berakhir dengan cepat yaa.. 

Berikut adalah beberapa jenis minuman sihat kepada tubuh anda. Selamat menjaga kesihatan yaa...!!

1. Teh hijau - Teh hijau merupakan salah satu minuman yang kaya dengan flavanoid, polifenol, antioksidan dan fluorida. Fungsi dari flavanoid, polifeno dan antioksidan adalah melindungi sel-sel pada tubuh anda dari karzinogen (zat penyebab penyakit kanser) serta mengelakkan pertumbuhan tumor. Sedangkan kandungan fluorida dalam teh hijau berfungsi untuk memperkuatkan gigi dan mencegah kerosakan pada gigi anda.

2. Air kelapa - Air kelapa mengandungi banyak kalium, kalsium, natrium, belerang, fosfor dan klorida yang merupakan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh kita. Air kelapa juga membantu melancarkan pengeluaran air kencing.

3. Jus lemon - Segelas jus lemon mengandungi pelbagai vitamin dan antioksidan yang dapat menyegarkan tubuh anda daripada rasa kepenatan.

4. Susu soya - Salah satu minuman yang menyihatkan tubuh anda. Susu soya mengandungi serat larut dan protein soya. Kandungan zat tersebut berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol jahat serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

5. Coklat panas - Coklat memiliki kandungan polifenol yang cukup tinggi yang dapat menghindarkan anda daripada serangan jantung dan dapat memberi ketenangan hati.

6. Jus tomato - Tomato merupakan salah satu buah yang banyak mengandung antioksidan lycopene. Fungsi antioksidan lycopene iaitu dapat menurunkan resiko penyakit paru-paru, kanser perut, pankreas, usus besar, mulut, payudara, serta kanser serviks.

7. Air kosong/mineral: berfungsi mgantikan khilangan air dalam badan/ melancarkan proses perkumuhan dll.

SEMOGA BERMANFAAT. Banyakkan minum air masak dalam cuaca panas ini, pesan kepada ibu ayah kita, pasangan suami/isteri dan anak-anak.

sumber: Page Pakar Diari hati

8 comments:

  1. akak paling suka minum no.4 dan 7.. memang menyegarkan.. musim panas dan jerebu ni kena banyakkan minum air kosong.. bagus perkongsian naniey ini.. salam jumaat.. :D

    ReplyDelete
  2. Betul tu Naniey, musim jerebu & panas ni memang kena minum banyak air kosong.. sedappp juga kalau dapat jus lemon sekarang ni, segar je.. ^__^

    ReplyDelete
  3. Air kelapa, jus lemon & soya bean tu favorite kita..memang selalu minum...

    ReplyDelete
  4. Semua saya suka minum, tp pilihan musim panas ni paling mengasyikkan ialah air kelapa... best & menyegarkan.. :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian.. air masak mmg kene minum banyak...

    ReplyDelete
  6. dlm list2 ni tasha cuma mnum air kelapa n minerel je hahahha

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!