Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 24 February 2014

MENDAPAT TAJAAN 1 JUTA DARI KEM.PELANCONGAN...TAHNIAH THE RED WORRIOR...


Assalamualaikum...

Bangga kejap bila TRW adalah pasukan bola sepak yang pertama yang menerima tajaan RM1 Juta dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mempromosikan Malaysia di di luar negara. 



KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menaja pasukan bola sepak Kelantan ‘The Red Warriors’ (TRW) sebanyak RM1 juta bagi mengiklankan ‘Visit Malaysia’ pada jersi pemain bola sepak.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata arena sukan bola sepak negara diyakini sebagai medium berpotensi memajukan sektor pelancongan negara sekali gus menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014), yang mendorong kepada penajaan The Red Warriors.

Beliau berkata TRW dipilih kerana mempamerkan kecemerlangan dan kehebatan tersendiri dalam setiap perlawanan yang menjadikan pasukan itu terus kukuh dan bertahan dalam arena bola sepak negara.

“Kehadiran mereka (pemain) di negara luar untuk setiap perlawanan secara tidak langsung dapat mempromosikan TMM 2014 apabila ada ‘Visit Malaysia’ di jersi yang mereka pakai ini dan masuk dalam TV (televisyen).

“Iklan seperti ini penting untuk menjayakan pelancongan negara. Misalnya ada pemain yang jatuh, kamera akan ‘zoom’ dekat kepada pemain itu sekali gus orang ramai akan lihat ‘Visit Malaysia’ ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelantan Fiesta 2014 dan melancarkan Jersey & Kiosk TRW di sini hari ini.

Mohamed Nazri yakin penajaan terhadap TRW akan membawa pulangan memuaskan.

“Apabila kita ‘sponsor’ TRW ini dengan nilai RM1 juta, bagi saya ia akan beri lebih banyak lagi pulangan yang lebih besar kepada kementerian.

“Contohnya kalau ada 40,000 orang menonton perlawanan bola sepak, kalau seorang penonton ini kita bagi nilai RM1 sudah jadi RM40,000.

Ini baru satu perlawanan. Kalau lima, enam perlawanan dah boleh jadi banyak,” katanya. – Bernama

www.sinarharian.com.my

6 comments:

  1. mmg smart sgt jersi tu.. smlm dah ckp ngn mr. hubby mcm nak beli jer.

    ReplyDelete
  2. baru la betul sokong pasukan negara sendiri, asyik taja pasukan luar negara utk Visit malaysia tu, good job kementrian pelancongan.. :-)

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!