Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 4 February 2014

RESTOREN FOOD VILLAGE (CHIM CHUM), KOTA BHARU


Jika mahu menikmati hidangan ala-ala steamboat yang diusahakan oleh pemilik Melayu bolehlah berkunjung ke FOOD VILLAGE RESTAURANT di KG BAUNG JLN PENGKALAN CHEPA. Pernah dengar makanan Chim Chum Kalau anda pernah makan steamboat mungkin anda akan anggap ini adalah makanan yang sama. Tapi menurut pemilik restoran ini ia sama dengan steamboat tapi tak serupa.



Menurut beliau juga Chim Chum ni sukar untuk dijumpai di Malaysia kerana ia merupakan menu dari Thailand. Namun konsepnya sama dengan steamboat.Anda hanya perlu masak sendiri diatas dapur yang disediakan. Anda boleh bakar dan rebus daging ayam sotong isi ketam fishball kulat sayur-sayuran dan lain-lain yang telah dipotong halus. Kemudian cecah dengan sos manis atau pedas. Hidangan yang disediakan adalah secara bufet. Makanlah selagi anda termampu dengan hanya mengenakan harga yang amat berpatutan.

Kepada sesiapa yang tercari2 tempat makan yang best di Kelantan, memang aku cadangkan restoren nie.. boleh bawa seisi keluarga..meriah sangat kalau dapat makan ramai2.. 


Tapi sebelum datang tu sila buat tempahan dulu..sebab tempat ni selalu penuh.. kalau nak "walk away" pon boleh tapi pastikan datang awal.. 


Pelbagai makan laut yang disediakan seperti isi ketam, udang, sotong, sosej, fishball//meatball.. ada juga ayam dan daging yang telah diperap,.. makanan lain yang disediakan adalah seperti laksa..bihun sup//somtam..ABC.. nasi goreng dan lain -lain.. makanlah sampai kenyang yaa...


Bayaran yang dikenakan setiap seorang kalau tak silap aku dalam RM 22.00 dan boleh makan apa sahaja sehingga lebam.. dinasihatkan sebelum datang sini pastikan perut anda semua kosong yaaa.. baru berbaloi2..kalau dah makan sebelum datang sini..anda mungkin dapat makan sikit dan rugi dengan bayaran yang anda bayar..makan banyak ke..makan sikit ke..bayaran tetap sama.. tak ada diskaun yaa..hehe..

Oklah itu sahaja untuk kali ini... babai... 

 ps: kualiti gambar tak cantik sebab guna handfon..hehe...



10 comments:

  1. wah jauh nak gi ni..nway sellau makan steamboat kat one utama..sedap..kira oklah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..naniey memang asal sana raudah...xlah terasa jauhnya..akeke

      Delete
  2. Wow bestnya.. seronok & sungguh menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
  3. Waa, best kalau dapat makan ramai2 camni... ^__^

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.RM22 untk sekepala ke ??murahhnyee

    ReplyDelete
    Replies
    1. org sane kat Klantan anggap mahal ke rm22 tu...

      Delete
  5. hello.. awk igt org kelantan sesak sgt ke?? rm22 tu kira murah ok!! tiap2 hari mkn pn blh la..

    ReplyDelete
  6. hello.. awk igt org kelantan miskin sgt ke?? rm22 murah je, hari2 mkn pn xterasa.. ok!!

    ReplyDelete
  7. hii sis.sabar ya sis..saya pon ore klate sis... mahal ke murah terpulang pada individu... bukan kat kelantan je... semua tempat macam tu..xsemua orang di Malaysia ni kaya raya & mampu... tq sis tinggalkan komen..

    ReplyDelete
  8. asal puas hati.. mahal murah belakang kira..

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!