Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 19 February 2014

CIRI-CIRI PRODUK KECANTIKKAN YANG MENGANDUNGI MERKURI

Assalamualaikum...

Pada masa sekarang pelbagai jenis produk kecantikkan yang berada di pasaran yang sedang giat aktif dijual kepada pelanggan melalui online. Memang agak mengujakan bila dapat tahu ada produk yang mampu menjadikan kulit muka licin..gebu..cerah..tegang dan sebagainya.. Namun, semakin banyak produk yang berada di pasaran, semakin tinggi risiko anda terdedah kepada bahaya.. kenapa saya cakap begitu?? ini kerana persaingan antara produk yang berada dipasaran telah mendorong pengasas produk tersebut mencampur pelbagai jenis bahan kimia yang merbahaya seperti merkuri supaya pengguna akan mendapat hasil dalam masa yang singkat. Secara logik pun, ada ke produk yang boleh putihkan kulit, hilangkan parut jerawat..tegangkan kulit dalam masa seminggu??

Mungkin ada produk yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan yang mampu memberikan hasil dalam masa yang singkat, namun sudah tentu harganya berlipat kali ganda. Namun, produk ini juga tidak akan terlepas dari produk tiruan yang mana harganya dijual jauh lebih murah daripada produk original. Disebabkan keuntungan yang lumayan, peniaga tanpa bersalah menjual produk tiruan kepada golongan yang fanatik terhadap kulit muka yang cantik tanpa memikirnya kesan pada jangka panjang.

Pelbagai kes yang memudaratkan yang telah di gembar gemburkan dalam laman sosial. Antaranya ialah pengalaman yang di alami sendiri oleh neesa ... setelah menbaca pengalamannya.. aku minta izin untuk kongsikan dengan pembaca lain, ciri-ciri produk kecantikkan yang mengandungi merkuri yang merbahaya.. 

1. Krim Pada umumnya melekit. Sebagian lagi ada yang mencampurkan merkuri dengan bedak sejuk (bedak jerawat), agar nampak lebih cair.



2. Krim pada umumnya tidak HOMOGEN (tidak menyatu & kasar), bila didiamkan minyak akan terpisah dengan bagian padat.

3. Bau logam merkuri tercium atau sebagian menggunakan parfume menyengat utk menghilangkan bau logam merkuri tersebut.

4. Warna umumnya sangat menarik, kerana tidak menggunakan bahan pewarna utk kosmetik, umumnya menggunakan bahan pewarna tekstil (cap kupu-kupu) warna kuning dan warna krimputihnya pearly (mengkilat seperti mutiara)

5. Bila diusapkan pada kulit lengan terasa panas dan gatal.

6. Pada pemakaian awal meyebabkan iritasi pada kulit dan kemerahan bila terkena sinar matahari.

7. Warna Putih pada kulit tidak lazim, umumnya pucat

8. Kulit dapat berubah putih dalam waktu singkat (kurang 1 minggu, tergantung kadar kandungan merkuri, makin tinggi makin lebih cepat memberikan warna putih)

9. Tidak timbul jerawat sama sekali, hal ini disebabkan lapisan kulit epidermis kita telah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi radiasi sinaran matahari juga sudah tidak berfungsi, sampai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk pun tak ingin hinggap kat kita.

10. Pori-pori tampak mengecil & halus, ini sebenarnya disebabkan lapisan kulit terluar wajah kita telah nipis oleh logam merkuri, nampak sepintas lalu kulit mengecil & halus. Untuk mengujinya anda boleh merasakan dengan mencubanya pada sinaran matahari, kulit terasa terbakar, gatal disertai kemerahan, hal ini disebabkan kulit wajah sudah tidak mendapat perlindungan dari melanin yang berfungsi melindungi wajah kita dari radiasi matahari.

11. Bila anda telah tercemar merkuri & pemakaian dihentikan, akan timbul jerawat kecil-kecildisertai rasa gatal.

12. Bila pemakaian dihentikan akan bintik-bintik hitam di bawah kulit sebagian ataupun merata diwajah

13. Warna Putih pada kulit wajah lama-kelamaan akan berubah menjadi abu-abu lalu selanjutnya kehitaman

14. Untuk lebih lanjutnya dapat menyebabkan kanser kulit, kerosakan jaringan tubuh & menyebabkan kematian.

15. Dapat menlambatkan pertumbuhan, menyebabkan cacat & kematian pada JANIN.

Nasihat saya. berhati-hatilah semasa memilih produk kecantikan.. jangan sebab nak cantik..muka jadi bertambah teruk sebab salah guna produk. 

tumpang lalu....nak campak muka sendiri kejap... anak saudara bukan main suka lagi ikut Cik Teh dia jalan2..akeke

Alhamdulillah aku tidak mengalami kulit yang bermasalah..kadang2 kalau makan seafood tangan neh tergaru2 jugak kat muka..kawan2 ramai tanya aku pakai cream apa untuk kulit muka nampak licin dan gebu..ehh gebu ke?? tak adalah..dalam gambar je tu..kalau tengok face to face.. macam kawah bulan jugak.. akeke... bila orang tanya pakai produk apa..aku cuma senyum je..geleng2 kepala..jawab tak pakai apa2 pun.. aku just pakai cleanser nutox..dan bedak miyami... tu je... foundation akan dipakai kalau ada event.. haa tu je... hiii

oklah..itu je..babai.....

12 comments:

  1. Lucky naniey skin tak ada problem..tak perlu spent on product mahal-mahalkan..kita selalu jugak tukar-tukar skincare..Alhamdulillah so far tak ada problem..nway thanks info on mercury tu..memang kebanaykan nya ada kan especially kalau product untuk cerahkan kulit..

    ReplyDelete
  2. Scary kan baca tentang kesan2 produk pemutih tu. Saya pun just pakai cleanser dan foundation kalau hari nak make up, which is jarang sangat.

    ReplyDelete
  3. yup naniey..akak tengok muka mmg gebu, bersih je..
    akak pon tak guna prodak apa pon untuk memutihkan kulit..just clenser dan jugak pelembab :)

    thanks naniey for this info :)

    ReplyDelete
  4. takutnya baca kesan2 pada kulit tu..thanks for good info:)

    ReplyDelete
  5. bahaya kan produk yg ader kesan sampingan nie.. sebab nk cantik, kesannye pada masa akan dtg..

    ReplyDelete
  6. teruskan maintain kulit yg sihat n kongsi info yg bermanfaat..:)

    ReplyDelete
  7. gebu je kulit awak kan..puteh molek je..sy nie kan pantang kalu owg kata ada jual ubat jerawat,,tergedik2 sy nak cuba..hahahaha..tapi xda la pakai yg sebarangan..thanx for the info..really appreciate it...

    ReplyDelete
  8. ingatkan bila tidak timbul jerawat adalah perkara yg baik.. rupanya..... :(

    ReplyDelete
  9. bahayanya.. kena betul-betul pilih produk yang sesuai..

    ReplyDelete
  10. mkasih infonya, sangat bermanfaat. para wanita wajib membacanya nich

    ReplyDelete
  11. yup gud info..memang produk kecantikkan skrg banyak yang tak pure..becarefull ladies

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!