Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 9 February 2014

CENDOL BAKAR

Assalamualaikum...

Tentu ramai yang dah dengar dan dah tahu tentang kewujudan Cendol Gula Bakar kan?? Agak famous kot.. rugi siapa yang tak sedar akan kwujudannya..hehe... Cendol Bakar ini terletak di Dengkil, Selangor. Kedainya betul2 terletak di tepi jalan raya dari Putrajaya menghala ke Sepang. 

Aku hari2 lalu kat kedai ini sebab rumah kat Sepang kan..tapi tak pernah terlintas di hati untuk singgah.. sebab aku bukan penggemar cendol..walaupun tak pernah singgah tapi aku tahu ianya menjadi kegemaran ramai orang, kalau tidak masakan orang asyik ramai je.. kereta yang parking kat depan kedai pon berderet je tidak mengira masa. Mula kedai tu wujud, aku dengan suami selalu tertanya2 macam mana rupa cendol yang dibakar. memang unik lah kan kalau cendol dibakar.. rupa2nya cendol itu sama sekali tidak dibakar... iar gula je yang berwarna hitam, macam di bakar.. mungkin guna gula melaka yang di masak.. suami aku pulak cakap pemilik kdai ni nama BAKAR.. sbb itu wujud Cendol Bakar. haisss macam2 lah... 


Dan telah tercatat sejarah pada hari ini setelah hampir 1 tahun duk lalu je depan kedai itu,  aku dengan ringan kakinya jejak ke sana untuk merasai cendol bakar yang meletop..haha..

senarai menu..
. aku cuma order cendol biasa sahaja sebab tak makan yang di campur aduk spt tapai..pulut..tapi... aku makan yang original.hiii.. rasanya oklah.. not bad.. tapi tak adalah meletop sgt seperti yang diperkatakan.. 

tapi jangan ingat kedai itu cuma jual cendol bakar je, ada beberapa lagi gerai lain yang menyediakan makanan untuj pelanggan..Antaranya gerai untuk nasi campur, air dan juga pesembor.. tadi pon aku order jugak pesembor.. best lah jugak... tak rugi bayar... 

oklah bagi penggemar cendol, jemputlah singgah kat sini.. memang tak rugilah... jangan jadi macam aku pulak, walaupun dekat dengan rumah, tapi ini kali pertama singgah sana.. orang lain dah jemu dah.. aku baru nak rasa..haha..


Cendol Bakar juga turut menyedikan Drive Thru bagi pelanggan yang tak sempat nak singgah makan di kedai.. ala2 MC D lah kan..hehehehe..

oklah.. itu je.. babaiiiii

gambar ihsan en. Google...

9 comments:

  1. Ros baru tahu kewujudan cendol bakar ni. oh sungguhla ketinggaln.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tau pulak ade cendol bakar. Haha. Bestnya musim2 panas cmni makan cendol yg sejuk kan :D

    ReplyDelete
  3. ala.. terliur tgk cendol.. hehe

    ReplyDelete
  4. Mcm sedap je.Tapi ni frst time dgr cendol bakar.hehehe

    ReplyDelete
  5. Kita teringin sangat nak pergi sini naneiy tapi belum berkesempatan..In Shaa allah one day mesti sampai coz kita memang suka makan cendol...

    ReplyDelete
  6. hahaha akk pon ttipu kan dgn nama cendol nie.family sye pon beria ingt cendol tu dibakar,pastu kteorang pk nma owner dia kot BAKAR haha lawak je

    ReplyDelete
  7. owh..macam tu rupanya cendol bakar nie..sebenarnya saya pun wonder mcm mana rupanya cendol bakar nie..ingatkan macam ala-ala ice cream goreng tuh..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Wah.. syoknya.. mmg sedap cendol bakar tu.. layan.. best.. :)

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!