Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..
Wednesday, 28 May 2014
KENAPA MARAH??
Assalamualaikum...
Aku marah bila di tipu dan di suruh untuk menipu..
Dalam kehidupan seharian kita nie..memang menipulah kalau kita tak pernah menipu... penipuan di tempat kerja melambak-lambak.. pergi kerja duk online facebook... bergosip.. keluar makan sampai 2 jam, buat overtime..tapi tak buat kerja, sambung bergosip... buat claim yang entah apa-apa.. running program habis 10k tapi claim dengan finance 15k.. 5k masuk poket... jangan tak nak mengaku..dan aku sendiri ada melakukan perkara yang aku cakap di atas... seperti melayan facebook di waktu kerja.. berwasap... blogging...tapi tak melampau..kerja yang diberi aku siapkan..itu yang penting...
DAH TERBUKTI MENIPU TAPI TETAP MENAFIKAN
Memang tak dinafikan ada penipuan yang boleh di terima dan ada juga perkara yang tak boleh diterima.. Aku akan marah dan sakit hati serta tak boleh nak terima bila perkara yang ditipu itu terkantoi dan dengan muka tak bersalah tak mengaku yang menipu,... dah kantoi tu mengaku sahajalah..tak perlu nak menafikan... sekeras-kerasnya tak mau mengaku walhal dah terang serta cukup bukti yang dia menipu....dah tu salahkan kita balik..hadoiii sakit hati sangat2...
TAK TEPATI MASA
Aku juga akan marah bila janji tak ditepati janji.. ramai manusia tak pernah nak tepati janji... jika berjanji jarang sangat nak tepati... sebagai contoh, berjanji nak jumpa di suatu tempat pada jam 10 pagi... tunggu punya tunggu jam 11.30 baru sampai.. dah lah lambat..dengan muka tak bersalah buat2 tak tahu je yang kita dah lama menunggu.. kalau lewat 10 minit oklah, boleh di terima.. diri sendiri pun kadang2 ada tak tepati masa juga..tapi tak pernahlah buat orang menunggu sampai sejam lebih... kalau kita sakit hati kena tunggu orang lama-lama..tolonglah jangan buat orang tunggu kita sampai berasap punggung...
Perasaan marah akan memakan diri jika kita tak cuba mengatasinya..aku punyai cara yang tersendiri untuk mengatasi masalah marah.
BERDIAM DIRI
Untuk atasi perasaan marah tu..aku akan berdiam diri... cakap banyak pun tak guna..makin sakit hati kita adalah... aku akan ambik masa yang agak lama untuk hilangkan perasaan marah.. kadang2 sampai sehari suntuk.. kalau aku tiba-tiba tak bercakap dengan sesiapa tu..maknanya aku tengah marah...
MEMBEBEL
Perkara ini aku akan lakukan dengan orang-orang yang terdekat dengan aku sahaja, seperti suami..adik-beradik dan juga anak saudara.. dengan mereka semua ini memang aku akan membebel.. bukan apa, untuk kebaikan bersama juga.. kesian suami kita, hari-hari dengar kita membebel kan..hehehe.. siapa suruh buat kita marah kan...
MENANGIS
Yang ni secara automatik akan berlaku sekiranya aku langsung tak dapat nak kawal perasaan marah.. bila aku dah lepas segala kemarahan..tetiba masuk toilet air mata laju je keluar... tapi aku tak suka tunjuk depan orang yang aku menangis.. aku tak suka orang kesiankan aku...aku nak orang nampak aku kuat secara luarannya...
BACA AL-QURAN
Kalau dah marah sampai tak boleh tidur malam..aku akan bangun dari katil..ambil air sembahyang..baca surah YASIN atau kalau malas nak bangun dari katil..aku akan capai telefon..dan buka bacaan YASIN di MP3 telefon... bacaan itu akan diulang-ulang sehingga aku tertidur..bangun esok kemudian baru off... kalau tak pun akan senyap dengan sendiri bila telefon dah habis bateri..hehe..
ok itu sahaja pembelajaran kita pada hari ini.. kenapa tetiba aku buat entry pasal marah??sebab aku tengah marah hari ni..hehe
Babaiii...
Babaiii...
Monday, 26 May 2014
NUFFNANG DAN HADIAH GIVEAWAY DARI GA TENGKU BUTANG
Assalamualaikum....
Sebelum bercerita lanjut berkenaan dengan tajuk entry di atas, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Badminton Piala Thomas Malaysia kerana mempamerkan permainan yang mantap semalam. Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada pasukan negara, namun aksi semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain sememangnya mereka sudah dianggap pemenang bagi rakyat Malaysia. Tahniah.. mau luruh jangtung aku semalam..berdebar sangat... lagi best tengok aksi YB KJ.. betul2 bersungguh2 memberikan sokongan dan tiupan semangat kepada pemain. dari duduk di bangku penonton VIP..sanggup turun ke bawah bersama-sama pemain lain untuk memberi sokongan secara lebih dekat kepada pemain Malaysia.. inspiring betul YB nie kan... hiii...
Kembali pada tajuk entry, alhamdulilah nuffnang melekat lagi.. kali ini datangnya dari produk Sonafi Lactacyd ... Sonafi Lactacyd adalah produk Feminine Hygiene yang mampu memberikan kesegaran, kelembapan dan penjagaan yang rapi kawasan intim wanita.. untuk info lanjut boleh melawat di laman web Lactacyd. so kalau rakan-rakan semua nampak iklan Lactacyd sedang berjoget-joget di blog ini, jangan segan silu untuk klik banyak2 ya... jasa rakan2 semua amat di hargai...
Setel berkenaan nuffnang, aku teruskan kepada hadiah yang aku terima hasil daripada Segmen Give away 2nd Anniversary My Love & me dari Tengku Butang dan hadiah ini disponsor oleh Blog Mazura Azura .
Hadiah yang aku terima adalah Tdudung bawal bewarna hijau pucuk pisang... yieppyy dapat bawal.. macam tau2 je aku suka pakai tudung bawal..hahaha... Apapun terima kasih ya kepada Penganjur dan Sponsorship..
Kalau berkesempatan saya seru kepada rakan-rakan blogger untuk menjenguk ke blog penganjur iaitu http://tengkubutang.blogspot.com/ dan blog sponsor tudung bawal yang cantik ini : http://mazatulazura.blogspot.com/
sekian terima kasih..babai....
Friday, 23 May 2014
Mengarut Lagi...
Assalamualaikum semua...
Sejak dua menjak ni, mood untuk melayan blog agak ke laut... nak update entry malas.. nak blogwalk pun malas..apatah lagi nak tinggal komen di entry rakan-rakan blogger lain... kadang2 aku baca je entry yang aku rasa menarik..lepas baca berlalu macam tu je tanpa meninggalkan sebarang jejak..huh!!.. tetiba jadi silent reader...
Panda oh panda.. minggu ini memang hangat dengan panda... ramai yang mempertikaikan tindakan kerajaan membawa panda tersebut dari China ke negara ini dengan kos berjuta-juta ringgit..(kalau sampai billion aku tak tahu lah)... ramai yang cakap membazir.. kalau buat pembangunan untuk rakyat miskin lagi bagus kan.. aku pada mulanya tak setuju jugak..adalah komplen sikit2.... tinggi kot kos perbelanjaan untuk 2 ekor panda ini... tapi aku fikir positif je..
Kerajaan mesti ada alasan yang munasabah kenapa panda.. adakah panda itu akan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda dalam masa setahun dua lagi?? mana kita tahu kan... sama juga masa Tun M nak buka putrajaya dulu..ramai yang menentang..ramai yang kata membazir..tapi sekarang tengoklah..putrajaya antara lokasi tumpuan pelancong.kan boleh mendatangkan keuntungan tu.. begitu jugalah dengan panda..harap2 panda ini mampu memberi keuntungan yang tinggilah pada kerajaan nanti yaaa...ok dah entry aku sebenar bukan pasal isu panda sebenarnya...kehkeh...
Nak cerita pasal apa lagi?? Dyana Sofya...??Mintak maaf banyak2..aku memang malas dan tak suka nak komen berkenaan dengan politik.. sesiapa yang terlibat dengan politik bermatlamat hampir sama... untuk kepentingan diri dan parti semata-mata, sanggup memperkotak katikkan rakyat...
Hah yeay...nak cerita tentang Piala Thomas.. sekarang sudah masuk peringkat separuh akhir... Malaysia dijangka berhadapan dengan Indonesia pada peringkat separuh akhir nanti setelah menumpaskan Denmark semalam.. sanggup berjaga sampai lewat malam semata-mata nak tengok pasukan Malaysia main sampai habis... Malaysia kini sudah punyai pelapis... Aku yakin mereka akan setanding dengan pemain bertaraf dunia yang lain sekiranya terus diberi pendedahan dalam perlawanan peringkat antarabangsa seperti ini.
Sekian terima kasih...
Mengarut je..haha
Labels:
Dyana Sofya,
Panda,
Thomas cup 2014
Wednesday, 21 May 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)








