Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 7 May 2014

WW: TAKZIAH UTK SAHABAT



Assalamualaikum....


Perkabaran duka yang di terima semalam ( 6 MEI 2014)... salah seorang x-course mate masa belajar di UUM telah kembali mengadap illahi akibat kemalangan jalan raya...

Tiada kata yang boleh di ungkapkan... terkejut dengan berita yang tidak di sangka ini... al-fatihah untuk Allahyarham Ismail Bin Ali... semoga dirimu ditempatkan bersama golongan yang beriman..dan tenanglah di kau di sana... 




Last time to see him at our friend's wedding last year!!!...


 Arwah duduk di tengah2 pengantin..yang berbaju biru.... alfatihah....

Tuesday, 6 May 2014

KEHIDUPAN SEORANG DEWASA!!!

Nak membebel di petang hari...

Hari ini nak bercerita tentang masalah orang dewasa..untunglah jadi kanak-kanak..tak perlu hadapi masalah yang kekadang boleh buat kita nak tidur tak mahu bangun.... paling kurang pun cerita kat mak dan kakak... dan2 je dah selesai masalah tu..

Anak : Mak, cikgu minta duit yuran sekolah
Mak :" Ya, nak..esok mak bagi yaa...

ok masalah yuran selesai...

adik : kakak, adik tak pandai nak buat soalan matematik
kakak : Mari kakak tolong tunjukkan kaedah pengiraan...

ok..setel masalah matematik....

Boleh tak nak jadi kanak-kanak je... tak mau jadi dewasa...?? tak perlu fikir masalah itu sebagai satu masalah.. lapar..makan..masa belajar..belajar... masa main..main.... kalau mengantuk tidur.. nak gula2 mintak duit dengan mak ayah.... heaven sangat eh.... tak dapat asikrim..nangis...haha

KEKAL BERMOTIVASI UNTUK KERJA



Assalamualaikum....

Entry ni dah berminggu2 tertangguh, tersimpan rapi dalam draft..... sekarang baru ada masa nak touch up sikit2..then publish kat blog......

 Awal2 bulan 4 hari tu aku pernah buat entry tentang diriku yang agak penat untuk terus bekerja... BACA SINI

Masa tu memang rasa agak kepenatan... tak tahu apa puncanya..mungkin dah tak ada motivasi nak kerja... punca tak bermotivasi?? ada sebabnya..tapi tak mahu share kat sini....blog i neh ada silent reader.. skodeng je kerjanya ..tak pasal2 kecoh satu dunia.. tak mau gitu..hehe

Terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang lain atas pandangan..sokongan..nasihat..cadangan kepada aku supaya terus kekal bermotivasi untuk melakukan kerja..

Monday, 5 May 2014

NUFFNANG MELEKAT!!!



Assalamualaikum...


Buka blog hari ni.. terlihat ramai rakan follower update berkenaan nuffnang.. aku oun tergerak hati nak cek.. sebelum nie rasa malas nak cek sebab dah tahu nuffnang ni sombong sikit dengan aku.. payah betul nak melekat..akeke... tapi hari ini cek  3 ketul yang melekat untuk bulan april.. sebelum2 nie cek tak ada pun.... alhamdulilah.. walaupun jumlah yang di kreditkan tak banyak.. tapi oklah dari tak ada langsungkan...

okey mood nak berblog down lagi sebab keadaan blog makin teruk... entry yang diupdate pada minggu lepas hingga kini tak menjelma di feed blog... sakit hati!!!


Friday, 2 May 2014

JIKA BERMINAT SILA "PM" SAYA!!

Assalamualaikum...


Wahhh tajuk entry dah macam nak berniaga online pulak Naniey yaa... Tapi jangan salah faham, aku tak berniaga online pun.. minat nak berniaga ada..tapi tak tau nak mula dari mana... hehe... kadang2 cemburu juga dengan kawan2 yang dah berjaya dalam bidang ni... hiiiiii

Sejak dua menjak ni bisness online semakin berkembang.. pelbagai jenis produk yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan untuk meraih pelanggan... kawan2 terdekat pun ramai yang sudah menceburi bidang ini. Bagi aku bisnes macam ni memang memudahkan kaki-kaki shopping untuk mendapatkan barangan yang diperlukan tanpa mengerah tenaga berjalan di shopping complex dari pagi sampai malam... stay on depan PC..main2 klik..3 days later.. barang sampai depan rumah...