Assalamualaikum!!!
Semalam sempat menonton rancangan Semanis Kurma TV9.. tajuk yang dibincangkan semalam ialah MERTUA CAMPUR TANGAN.. satu topik yang agak menarik yang sangat bersesuaian dengan individu yang sudah berumah tangga dan semestinya mempunyai mertua samada pihak isteri ataupun suami..!!
https://www.facebook.com/SemanisKurmaTv9
Dalam Islam, apabila anak sudah berkahwin, ibu bapa tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga anak-anak kerana dikhuatiri mendatangkan keburukan,”“Perlu diingat mentua tidak boleh masuk campur urusan anak mereka melainkan untuk mendamaikan rumah tangga dan ke arah kebaikan,”
Pendapat peribadi sayalah: mertua xperlu campur tangan dalam hal rumah tangga anak tapi boleh membimbing dan menasihati supaya rumahtangga yang dibina berjaya mengikut landasan agama yang betul!!!
a) Isu berkaitan keagamaan - memang tidak dinafikan kebanyakkan golongan muda agak cetek dalam ilmu keagamaan. masih lagi kabur tentang cara-cara untuk membimbing keluarga mengikut landasan yang betul.. contohnya teguran untuk solat berjemaah.. menantu lelaki kena jadi imam.. didik isteri dan anak2 dengan landasan yang betul, berikan nafkah kepada keluarga dengan cara yang halal dll.